S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

9:06:00 PM

DOCTOR'S NOTE.

TEST RESULTS: ALLERGIC TO HOMEWORK!

NOTES:

TEACHER, PLEASE DO NOT GIVE MY PATIENT HOMEWORK EVER AGAIN!!!! HE IS ALLERGIC TO IT!


PRESCRIPTION:

GET PLENTY OF REST AND PLENTY OF VIDEO GAMES



SIGNED: ........................................................DR. WHATEVER!

SPN 21-Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21.


Form 1-year 7
Form 2-year 8 (SPE- Student Program Exam)-If cemerlang cuma 4 tahun
Form 4-year 9
Form 5-year 10
Form 5-year 11

1. SPE
- Year 7 and Year 870% from Exam
30% from (SBA-School Based Exam)-C/W+H/W+Project/Group work/any Activity)
Total 100%

2. O Level BCGCEYear 10 (General program- Year 7, Year 8, Year 9 and Year 10)-SPE+SBA.
It depends on the achievement:-

(a) Core Subject (Teras subjek)
Yang mendapat sekurang-kurangnya 70% pada pelajaran berikut:
Bahasa Melayu 70%
English 70%
Science 70%
Maths 70%
(Mana-mana 3 subjek mestilah mendapat 60% keatas)-Elective sujects.

(b) If not Year 11 (5 tahun)- Year 7, Year 8, Year 9, Year 10 and Year 11.
Sama jua ada aliran Sains and Arts.
Yang mendapat sekurang-kurangnya:
Bahasa Melayu 60%
English 50%
Science 50%
Maths 50%

(c) Applied Program (bagi yg mendapat markah terendah).

Aduh! sibuk tah mami ni, udah siap kumpul list2 patients kan dibagi vaccine ani, ada lagi tugas baru kan membari vaccine pulang pasal sampai dah h1n1 vaccine kitani- syukurtah. H1n1 vaccine ada macam2 brand, yang datang dibrunei namanya 'Pandemrix'. Setiap brand vaccine nda sama, contohnya vaccine h1n1 yang digunakan di Australia dapat diberikan kepada ibu hamil dan yang menyusukan sedangkan pandemrix nda dapat. Setelah mendengar talk n briefing pasal pandemrix ani, ingin jua rasanya share sama abiskita hehe. Tadi sibuk membuat persediaan akhir segala kelengkapan yang patut tersedia untuk pemberian vaccine kepada semua. Takut nanti kelamkabut bila d actual day tiba, maklumtah start isnin ani mulai. Dimulakan dengan patients dari Dept of respiratory medicine (DORM) dulu. Paediatrics akhir, start early february, atutah our real patient from paeds~preterm babies, asthma, thalasaemia, cardiology etc belum termasuk patiens dari CDC (child development centre-kiarong). Atu lagi tah sangat sangat sibuk. Walau apapun start jua monday ani menginject kanak kanak dari other dept esp yang chronic.

Pesakit dibahagi kepada 2 bahagian:-

  1. Paediatric (age 6 months-10 years old)
  2. Adult (age 11 years above)
Pada siapakah yang patut diberikan?
  1. Pesakit yang menghidapi penyakit chronic
  2. Sesiapa yang keluar negeri (14 hari sebelum bertolak, jika kurang hendaklah diberikan selepas pulang).....kenapa? Ditakuti any reaction selepas menerima suntikan.
Pada siapakah tidak dapat diberikan?
  1. Demam
  2. Ibu hamil
  3. Ibu yang menyusukan anak damit dibawah 3 bulan)
  4. Sesiapa yang mempunyai alahan pada telor
  5. Sesiapa yang mempunyai masalah kulit yang serius
  6. Sesiapa yang pernah disahkan mendapat H1N1 positif

8:23:00 AM

Cinta setelah bercerai hidup....perceraian adalah petaka??..ramai yang beranggapan begitu dan ada juga yang menceritakan kemelut hatinya setelah bercerai hidup. Pada yang menghadapi masalah serupa, tentu rasa sangat teruk sebab menyangka masalah ini hanya dia seporang yang mengalaminya, orang lain tidak. Orang lain semuanya bahagia. Sebenarnya tidak begitu. Ramai lagi orang menghadapi masalah serupa bahkan lebih banyak yang lebih teruk lagi. Rasulullah S.A.W bersabda, "Tiada seorang muslim pun ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit dan lain-lain, melainkan kerana Allah akan menghapuskan keburukan-keburukan sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daun."(Bukhari). Ini bermakna setiap petaka adalah kifarat. Perpisahan bukan semestinya buruk, kadang-kadang ia adalah garis penamat pada penderitaan yang lebih dahsyat sedang menanti dihadapan sekiranya tidak berpisah. Lihat hidup dengan pandangan yang positif, kita akan lebih berasa yakin. Rasulullah S.A.W bersabda, "Pada saat Allah jatuh cinta pada sekelompok orang, maka Allah akan mengujinya. Kerananya, siapa yang bersabar (menerima ujuan allah itu), maka dia akan mendapatkan (pahala) kesabarannya itu. Siapa saja yang berputus asa, maka dia akan mendapat keputusannya." (Ahmad). Dengan memahami makna bahagia sebenarnya, hidup akan lebih mudah dilalui biar apa pun masalah yang terpaksa dihadapi.

Jaminan Allah..
Kita sebagai hambanya yang serba-serbi mempunyai kelemahan, tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu adalah urusan Allah. Telah turun wahyu kepada Rasullulah S.A.W bermaksud, :Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Pada kesimpulannya berkaitan masalah ini, Sebaiknya kecintaan anda terhadap Allah dan Rasulnya mengatasi yang lain-lain termasuklah bekas suami. Agar dengan itu kita selamat. Amin...

12:29:00 PM

Al-Fatehah buat kaka H.M,..semoga rohnya dicucuri rahmat, amin. Baru jua kemarin rasanya kitani bejumpa. Baru jua kemarin rasanya tangan ini mengusap rambut kaka. Dan...baru jua kemarin mata ini merenung kaka dan bibir ini menyebut ayat-ayat suci untuk kaka. Aaahh, hati ini sayu lagi, tangisan sebak bersahut-sahutan. Lidah tidak mampu lagi untuk berkata, akhirnya mata ini berkaca...butiran airmata jatuh jua kepipi. Diri ini kagum atas keperibadian kaka,...cool saja. Namun tiada siapa tau pergolakan dihati kaka. Masih terngiang ngiang tawa riang kaka, bibir kaka tiada henti menyebut keagungan tuhan, kebesaran ilahi. Semoga rohmu berserta orang orang yang beriman, amin. Disaat ini, ingin rasanya ku peluk insan insan yang ku sayang. Ajal maut tiada siapa yang tahu bila masanya menjemput kita...


Life is too short
Grudges are a waste of perfect happiness
Apoligize when you should
And let go of what you can't change
Love deeply and forgive quickly
Take chances, give everything
And have no regrets
Life is too short to be unhappy
You have to take the good with the bad
Smile when you're sad
And always remember what you had
Always forgive but never forget
Learn from your mistakes
But never regret
People change, and things go wrong
But always remember
Life goes on .....


Hijrah itu payah..
Hijrah itu Susah..
Hijrah itu menuju kepada Allah,
Penghujungnya Hassanah.

Hijrah?..kedatanganmu ku nantikan, bersama doa dan harapan,
agarku dikuatkan hati dan semangatku dalam mengharungi hari hari mendatang, amin.
Syukur Alhamdulillah, sampai mami dimalam kemasjid sembahyang berjemaah sempena menyambut maal hijrah dan membaca surah yassin. Thankyou mela, temankan kak zur kesana. Cmana, siukkan?..hati terasa sejuk, tenang dan damai. Usah ditangisi perkara yang lalu, tak akan kembali lagi. Banyak perkara tuntutan yang perlu kitani laksanakan selain memikirkan perkara yang sudah sudah yang pastinya menyayat hati dan perasaan yang akhirnya tiada memberikan apa apa keuntungan. Adakalanya kitani harus pasrah pada ketentuannya..'Hayati maksud apa yang tersirat dan yang tersurat'..insyaalah kita akan mendapat keredhaannya jua, amin. Be cheerful, my fren. Salam to my mumdad yang masani belayar esp my mum (miss u n hope happy on your vacation, rehat tah babu,.. dont worry kami disini baik baik sja). Salam jua to my dearest kak lifah, thanks atas semua nasihat kaka selama ani.. Its really helpful!. To kaka at paed..(thanx jadi our 'radio' slalu nyanyi nyanyi hiburkan hati ourself, hilang jua stress kan). To my close fren (rajin banar kawanku sorang ani, always help kak zur, yeah teamwork!). Miss my lovely n gorgeous fren hjh Janizah Nazha of Shah Alam (sorry, lama tak hantar email. tentu fifi dan adek dah besar sekarang kan?..peluk cium tuk semuanya). To michele, amy, elo n hjh amina of philippines (really miss miss u so much! when will I see u all again?, ok I will check ur facebook daleng)..my answer to ur question is hahahaha funny, ok stil single n happy..dont worry). To my dearest 2 frens, hehe u all know who you are....(bila kan jumpa n discuss lagi?..somewhere?, somehow?. Thanks for being my good friends,...sayang awak sangat-sangat hehe Oopps!..)
For all of u, "You'll always be my dearest frens at all times"

Bisikan Hati;
"Cinta itu letaknya dihati~
Meskipun tersembunyi, namun getarnya jelas sekali".

As we sit here day after day sharing
our lives, our dreams, our fears, our failures
We've shared lots of fun and laughter
We've shed many fallen tears
I will share with you my good times,
You can share with me your fears.
Sometimes you'll lead,
Sometimes I'll follow.
Sometimes we'll lean in each other arms..
Supporting, Caring, Safe from harm.

Thankyou for our friendship
For it means so much to me..
Your friendship I cherish so deeply
So this message to you I send,
May God bless and always watch over you..
And may you always remain my friend.

G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.
(semasa bersalin, sampel darah diambil dari tali pusat dan dihantar ke makmal untuk ujian G6PD).

Fungsi enzim G6PD:
Untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan lebih awal.

Apa yang perlu IbuBapa lakukan?
Elakkan anak awda dari bahan bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah seperti:

  1. kacang parang
  2. Ubat Gagat
  3. Ubat ubat tradisional/jamu
  4. Ubat nyamuk
  5. Memberi ubat ubat sendiri tanpa arahan Doktor.
Apa akan berlaku jika termakan bahan bahan diatas?
  1. Sel darah merah musnah dengan cepat
  2. Bayi akan dapat kuning/jaundice dengan serta merta (Yang boleh menyebabkan kecacatan otak/pendengaran).
  3. Air kencing berdarah atau berwarna seperti teh pekat.
  4. Pucat
  5. demam
Bolehkah seseorang yang mempunyai kekurangan G6PD hidup secara normal?
  1. Mereka boleh hidup secara normal, tetapi mesti mengelakkan makanan atau ubat ubatan tertentu (seperti yang telah disebutkan sebelum ini).
  2. kekurangan ini adalah sepanjang hayat, nemun ia BUKAN penyakit berjangkit.
  3. G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak kanak lelaki. Manakala kanak kanak perempuan sebagai pembawa (carrier).

Obesity/kegemukan:
Kurangkan....

  1. Sweets (manis-manisan)- kuih, susu pekat, gula putih, air gas/syrup, gula-gula/chocolate.
  2. Fats (minyak & lemak)- keju full fat, susu/yogurt full cream, santan, minyak/deep fry, lemak daging/kulit ayam.
  3. Kanji (carbohydrate)- Nasi/pulut/tapai (2 suap kecil saja), roti (1-2 keping roti wholemeal/rye (pumper nikel)/chapati/naan), ubi (kayu,keledek,kentang), mee (semua jenis/spaghetti/macaroni-2 suap kecil saja)
  4. Cholesterol (sila ikuti bahagian cholesterol)
Darah Tinggi:
Kurangkan...
  1. garam
  2. Kicap
  3. Ikan masin
  4. Telor masin
  5. Ikan bilis
  6. Ajinomoto
  7. cencalu
  8. Air gas
  9. Keju
  10. Kurangkan berat badan
Cholesterol:
Kurangkan...
  1. Kuning telor (kek lapis, serimuka, serikaya.....)
  2. Sotong/ketam/udang
  3. Keju/susu penuh lemak)
  4. Hati (liver ayam, kambing, lembu)
  5. Brain (otak)
  6. Daging merah
Gout (sejahan):
Kurangkan...
  1. Bahan bahan proteun (paru,limpa, hati, daging, ikan, pusu, ayam, tauhu, tempe)
  2. Kekacang
  3. Telor ikan
Yang boleh...
  1. Nasi
  2. Sayur
  3. Buah
  4. Sedikit isi ikan yang besar (bukan ikan pusu)
Saturated Fats/Triglicerides (Lemak-lemak):
Kurangkan...
  1. Santan/minyak kelapa
  2. Rendang/kerisik
  3. Lauk lemak
  4. Roti prata/martabak/wajid/lemak/kelupis
Nasi minyak/ayam/lemak/beriani
  1. Lemak daging/ayam (kulit/tungking)
  2. Mebtega/minyak sapi
Yang boleh...
Sedikit minyak olive (zaiton), canola, sunflower (bunga matahari), kacang soya.


NASIHAT AM
  1. Lebihkan~Sayur daun/ulam-ulam, buah-buahan, minuman air putih (lebih kurang 2 liter sehari)
  2. Kurangkan/hentikan~ rokok/pipe/dadah, minuman keraqs, gamdum putih (ganti dengan capati iaitu tepung atta), gula putih (ganti dengan sedikit air madu/gula melaka), margerin, deep fry (digoreng memakai lemak/minyak yang banyak)
  3. Pilihlah~dalam masakan (makanan yang direbus)~susu/keju/yogurt (yang low fat/rendah lemak)
  4. Amalkan....
Madu lebah asli (didalamnya mengandungi ubat untuk badan manusia)-Al-quran
Biji jintan hitam (ubat segala penyakit melainkan maut)-Al-Hadis
Makan berpada-pada
Exercise/senaman~sekurang-kurangnya setengah jam 3 kali seminggu.
Bertenang selalu~kurangkan sifat geram, dendam dan stress (rasa tidak puas hati)
Amalan baik~berpuasa, amalan ayat Quran, sedekah dan kerja kebajikan
Sentiasa berfikiran positif.

G6PD (Glucose.6.Phosphate Dehydrogenase) is a hereditary enzyme found in the red blood cells. Deficiency of this enzyme can damage the red cells when exposed to infection, certain drugs or food, resulting in jaundice especially during the first 3 weeks of life. If the jaundice is severe, it can result in brain damage.

All newborns are routinely screened for this enzyme deficiency, which occurs in 28% of our population.

G6PD deficiency being hereditary and thus lifelong, it is important to avoid certain drugs or foods which can trigger a reaction.

6:10:00 PM

If Your child has G6PD Deficiency....

There are certain precautions that must be taken for the rest of his life:

  1. At every visit, tell the doctor or dentist that your child has G6PD deficiency
  2. Don't use mothballs on clothes and bedding
  3. Don't give your child any traditional medicines such as certain herbs and beans such as san zi zi, fava beans (bian dou or kacang parang) and chuan lian (banned in Singapore)
  4. Remind the bdoctor that your child has G6PD deficiency if any of certain western medicines are prescribed for him
  5. Don't buy any medicines yourself from a pharmacy for your child without consulting a doctor
This is a list of the more common medicines to avoid. please consult your family doctor for information on other medicines;

Antipyretics (for treating fever):
Aspirin (acetylsalicylic acid)
Phenacetin (acetophenetidin)
Acetanilid
Antipyrine
Aminopyrine

Antibiotics (for treating infection):
Nitrofurantoin (furadantin)
Furazolidone
Nitro Furazone
Sulfisoxazole (Gantrisin)
Sulphamethoxazole
Sulphamethoxy pyridine
Sulphanilamide

Antimalarials (for preventing malaria):
Primaquine
Pamaquine
Pentaquine
Quinine
Chloroqiune

Others:
Nalidixic acid
Phenylhydrazine
probebecid
Vitamin K3

  • Chemicals in mothballs, certain medicines, herbs and beans make the red blood cells break down in people with G6PD deficiency.
  • Breastfeeding mothers should not take any of the above too as the chemicals can reach the baby through breast milk.

Health Promotion Board, Singapore.
www.hpb.gov.sg/www.healthylife.org.sg

Spacer devices are made out of plastic material . Material that accumulates are static charge. This charge will attract the drug particles so differing amounts of drug will be delivered on each dose. The charge effect will reduce with use. Therefor to wash the spacer more than once a week is not recommended.

To Wash a Space Device:-

  1. Separate the two halves of the spacer
  2. Use a soap detergent to wash the spacer
  3. Rinse and leave to dry
  4. Do not wipe the spacer dry, as this will cause a static charges that will impede the flow of the drug.

SN Zuriyati Hj Ismail
Paediatric Clinic,
Paediatric Unit/Department,
RIPAS Hospital. BSB.

ASMA- Penyebab dan Rawatan

Semasa serangan asma saluran udara paru-paru menjadi sempit sehingga menyukarkan udara mengalir melaluinya. Pernafasan menjadi lebih sukar dan bising dan kanak-kanak mungkin mengalami perasaan 'kesempitan' dada. Semasa serangan teruk kanak-kanak mungkin mengalami kelemasan udara.

Penyempitan Saluran Udara: Disebabkan oleh kontraksi otot.
Keradangan: menyebabkan lapisan saluran udara membengkak dan menghasilkan banyak kahak yang menghalang aliran udara.

Asma boleh dikawalnmelalui rawatan campuran STEROID sedutan dan agen BRONKODILATOR.

Steroid sedutan:Bengkak boleh berkurangan walaupun otot masih berkontraksi.
Bronkodilator: Otot mengalami relaksasi walaupun bengkak masih kekal.

Jadi apabila steroid sedutan dan agen bronkodilator ini digunakan, bengkak akan berkurangan dan otot akan mengalami relaksasi (combined therapy).

UJIAN KAWALAN PENYAKIT ASMA: (ketahui markah ujian kawalan penyakit asma kanak-kanak): Ujian ini akan mengira markah keseluruhan bagi ujian kawalan asma anak awda yang akan membantu doktor menilai kawalan asma kanak-kanak. sekiranya kawalan asma tidak memuaskan, mungkin tiba masanya untuk menukar pelan tindakan penyakit asma kanak-kanak. Pada kebiasaannya ujian kawalan penyakit asma ini dibuat sebelum membawa anak awda berjumpa doktor pada hari yang sama.

Cara mengambil ujian kawalan penyakit asma bagi kanak-kanak:
Langkah 1: Biarkan anak menjawab soalan soalan 1-4. sekiranya kanak-kanak itu memerlukan pertolongan awda membaca atau memahami soalan tersebut, ibubapa boleh membantu tetapi pastikan yang anak awda yang memilih jawapan soalan 5-7 harus dijawab oleh ibubapa tanpa mengendahkan jawapan anak awda.
Langkah 2: Catit markah diperolehi (markah 1 hingga 5) untuk setiap soalan
Langkah 3: Jumlahkan markah untuk mendapatkan markah keseluruhan anak awda
Langkah 4: berbincang dengan doktor berkenaan kawalan asma anak awda.

Soalannya:-

1. Bagaimana keadaan asma hari ini?
2. Adakah asma memberikan masalah sewaktu berlari, bersenam ataupun bersukan?
3. Adakah batuk disebabkan oleh asma?
4. Adakah bangun diwaktu malam disebabkan oleh asma?
5. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mempunyai simptom asma pada waktu siang?
6. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mengalami semput/lelah disebabkan oleh asma pada waktu siang?
7. Dalam masa 1 bulan yang lalu, secara puratanya, berapa kerap anak awda bangun waktu malam disebabkan oleh asma?

Markah keseluruhan anak awda:
Markah <20 adalah hilang sasaran kerana disebabkan Asma anak awda TIDAK TERKAWAL.
Sila berbincang dengan doktor untuk meningkatkan kawalan asma anak awda.

Apakah maksudnya sekiranya markah keseluruhan anak saya ialah 19 ataupun kurang?

  1. Sekiranya markah ialah 19 ataupun kurang, mungkin kawalan asma anak awda kurang memuaskan dan tidak terkawal sepenuhnya.
  2. Sila tunjukkan ujian kawalan asma ini dan berbincang dengan doktor. Doktor boleh menyarankan pelan tindakan penyakit asma bagi membantu kawalan asma anak awda.
  3. Sila berbincang dengan doktor mengenai ubat asma jangka panjang yang boleh membantu mengurangkan dua penyebab utana simptonm asma iaitu mengawal inflamasi dan pengecutan saluran pernafasan untuk memperolehi kawalan asma sepenuhnya.

ASTHMA ACTION PLAN (Rancangan Tindakan Asma/Ampus.


A. UBAT PENCEGAH (PREVENTER):
Digunakan setiap hari (no cough or wheeze); Jangan berhenti menggunakan ubat pencegah.
Alat sedut Coklat (Becotide Inhaler dan Pulmicort Inhaler)/Ungu (Serotide Inhaler). ? puffs/times per day.
Singulair (montelukast) 1 tablet per day

B. UBAT PELEGA (RELIEVER): Ventolin/Bricanyl Turbuhaler.
Digunakan sebelum melakukan exercise atau bermain.
Alat Sedut Biru Ventolin 2 puffs sahaja bila perlu setiap 4-6 jam.

Ubat Pelega Reliever perlu diambil dos tambahan jika terjadi simptom yang teruk: Jika batuk dan selesma.
Pada masa yang sama,teruskan menggunakan pencegah (preventer)
Dengan menggunakan aerochamber, Ventolin 6 puffs/Bricanyl Tubuhaler 3 puffs 4-6 jam.
Jika simptom berkurangan, kurangkan dos dan kekerapan penggunaan.
Berhenti menggunakan apabila sudah sembuh selalunya dalam tempoh masa 1 minggu.

Tetapi apabila simptom berterusan: seperti batuk yang semakin teruk dan selalu terjaga dari tidur.
Gunakan Ventolin: 6 puffs/Bricanyl Turbuhaler 3 puffs setiap 4 jam.
Jika simptom berkurangan pada masa itu, kurangkan dos pengambilan.

Apabila simptom bertambah teruk seperti sesak dada, sesak nafas sehingga tidak boleh bercakap: Iaitu apabila ventolin/Bricanyl digunakan kerap setiap 3 jam.
Jangan dilengahkan dan awda perlu membawa anak awda berjumpa doktor.
Atau hubungi Ambulan (991)
Teruskan menggunakan ventolin 6 puffs/Bricanyl 3 puffs setiap 15-30 minit sehingga ambulan datang.

(Adapted from Asthma Plan Generator, Royal children's Hospital, Parkville, Australia).

Penyakit Asma (asthma) adalah suatu penyakit kronik yang menyerang saluran pernafasan
(bronchiale) pada paru paru dimana terdapat radangan (inflamation) dinding rongga bronchiale sehingga mengakibatkan penyempitan saluran pernafasan yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas.

Faktor penyebab:

  • Penyakit asma seringkali dikaitkan dengan mereka yang mempunyai sejarah atau latar belakang keluarga yang jua terdiri daripada pesakit asma.
  • Penyakit asma banyak berlaku dinegara maju, terutama yang mempunyai kadar pencemaran udaranya yang tinggi, baik dari asap yang dikeluarkan oleh aktiviti perindustrian, asap kenderaan mahupun debu dan sebagainya.
Tanda tanda awal anak mendapat asma;

  • Mood yang berubah ubah seperti selalu menangis
  • Selalu mendapat demam
  • selsema
  • Batuk yang berpanjangan
  • Gangguan tidur akibat serangan asma
  • Tidak dapat menjalankan aktiviti harian disebabkan gejala asma
  • Kekurangan aliran puncak (bacaan pada peak 'flow meter'
Tanda tanda yang perlu diambil lebih perhatian;
  • Apabila kelihatan ada gerakan pernafasan yang terlalu laju dibahagian dada dan perut anak berkenaan.
  • Tidak selesa dan tidak dapat berbaring
  • Bibir dan hujung jari (kuku) kelihatan membiru.
Rawatan untuk pesakit Asma;
  • Adalah sangat penting dan mustahak untuk ibubapa supaya memastikan pengambilan ubat kepada anak berkenaan secara berterusan dengan cara yang betul iaitu tidak boleh diberhentikan selain dari arahan Doktor.
  • Apabila pernafasan anak menjadi tidak stabil seperti sukar untuk bernafas, segeralah membawa anak biskita keklinik yang berhampiran atau kehospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
  • Pada kebiasaannya, Doktor akan memberikan 'Nebulizer' iaitu sedutan gas untuk mencairkan kahak atau lendir dalam saluran pernafasan anak tadi. Kerana Nebulizer adalah ubat sedutan yang terus masuk kedalam saluran pernafasan.
Kaedah perubatan Alternatif;
  • Homeopathy
  • Madu lebah asli
  • Scott Emulsion (minyak ikan kod)
Petua petua tradisional;
  • Ikan belut yang dimasak sup atau digoreng sahaja
  • Telor burung puyuh
Tips penjagaan untuk anak yang mendapat Asma;
  • Elakkan dari memandikan mereka diawal pagi dan terlalu lewat petang. Ini kerana cuaca sejuk dipagi hari boleh mengakibatkan rasa sejuk pada dada mereka.
  • Pastikan selepas mandi disapu minyak angin diperut, dada, betis dan tapak kaki mereka untuk mengelakkan angin masuk kedalam tubuh mereka.
  • Elakkan jua dari memberi anak anak yang berkenaan memakan buah buahan yang berair dan sejuk seperti tembikai (sikoi), jambu air, betik (kepayas) dan buah buahan yang lain.
  • Jauhi dari memberi makan buah buahan yang masam seperti oren, limau, strawberi, anggur, epal hijau kerana kandungan acid citrus didalam buah tersebut akan menyebabkan lendir didalam saluran pernafasan anak berkenaan menjadi pekat dengan lebih cepat.
  • Elakkan jua dari memberikan mereka minuman yang bergas, minuman sejuk seperti ais batu, ais krim dan jangan biarkan mereka berendam terlalu lama didalam air atau kolam renang.
  • Adalah jua dinasihatkan untuk anak anak ini tidak ditujukan kipas yang terlalu kuat atau pada pendingin udara yang bersuhu terlalu sejuk (tukar ke mode fan).
Panduan Kecemasan;
  • Ambil Dos tambahan pada ubat yang diambil seperti yang telah diseneraikan didalam 'Asthma Action Plan' pada perjumpaan diklinik berdekatan atau diklinik pediatrik yang lalu.
  • Jika tidak jua ada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkanlah rawatan kecemasan dengan seberapa segera.


Anak anak adalah dinasihatkan untuk;


  • Membawa ubat yang telah diberikan kesekolah terutama sekali pada ketika anak anak melakukan aktiviti sukan seperti ubat Inhaler Ventolin (berwarna biru), Becotide (berwarna coklat)atau Serotide (berwarna unggu).
  • Apa yang penting anak anak hendaklah menjauhkan yang menyebabkan alahan pada pernafasan iaitu haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya.
  • Ibu bapa atau penjaga anak berkenaan sebaiknya mencatitkan kedalam kalendar pada setiap bulan, setiap kali anak dihinggapi asma dan ditunjukkan kepada Doktor pada perjumpaan yang berikutnya.
Semoga anak anak yang menghidap Asma ini akan cepat sembuh sepenuhnya, Insyaalah.

Bertuturlah cinta mengucap satu nama,..
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Kusandarkan hidup matiku padamu

Bisikan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku padamu maha cinta
Sudah diubun ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
Merungkai butir cinta
Sujud syukur padamu...atas segala cinta..

Salam aidiladha......
Duhai bonda, duhai ayahanda....tanpa ku sedari airmataku mengalir, mendengar ayat suci seruan takbir. ku peluk ibuku, ku peluk ayahku...ku pohon restu. Ooh maafkan daku, kesalahan diriku. Terasa hangat pelukan ibu, terasa mesra pelukan ayah. Semangatku pulih seketika. Walau tiada kedua permataku disisi. Semalm hatiku gundah, dimana anak anakku??....bonda mengharapkan kepulangan anak anak tercinta. Tiada seri tanpa kehadiran putera puteraku. Semalam mami sms, mami telepon tapi tiada jawapan. Hati ini gundah lagi...aduh. Doa mami siang malam agar anak anak mami sihat sejahtera dimana jua berada. Baru pagi ini mami terima sms- anak anak mami bersama daddynya dan sekejap lagi kan balik. Wah, hati mami berbunga kembali. Semangat dan kekuatan mami pilih sepenuhnya. Terima kasih tuhan....

Ramai ramai berkumpul dilambak sempena aidiladha ini. kitani semua ditemukan sekali lagi dengan izin tuhan. Semua ada disini asai, ngangah ngangah, uda, amit dan usu....Cuzen cuzen pun ada.....pulanglah anak anakku. Mami rindu untuk memeluk kalian. Kemarin mami sms teacher adib to say thank you. kata teacher adib, "Same to mummy adib. It has been a pleasure teaching Adib and lucky he has a great mum..."...Wah, terasa beban yang ditanggung selama ini terurai. Ada satu lagi yang menghiris pilu hati mami, Kaka fifah. Kaka fifah 2nd cuzen adib sebelah daddynya same school sama adib. Setiap kali mami ambil adib, kaka fifah selalu salam cium tangan mami walau pun sudah tau situasi antara mami dan daddy. Tetapi ikatan persaudaraan masih ada, tiada benci dihati. Mami janji kalau pass psr mami pun kan bagi kaka fifah hadiah. Mungkin mami teringin banar tedapat anak bini bini iatah mami sayang kaka fifah. Happy rasanya mami maliat kaka fifah senyum memeluk mami masa mami bagi teddy bear n chocolate. Ngilu hati mami nya kaka fifah, "kalau fifah sudah year 7, nda dapat lagi jumpa auntie yati'. Katanya lagi, "kalau fifah rindu auntie yati, fifah takul saja teddy bear ani". Insyaallah, panjang umur dan dengan izin allah kitani kan berjumpa lagi. Nda terasa masa berlalu.....HARGAILAH ORANG ORANG YANG KITANI SAYANGI..

Tuhan,...berikan aku pedoman.
Tunjukkan aku kearah jalan yang kau redhai..

'Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi untuk kau isi sebagai isteri...untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita,....untuk kau beri erti dengan kelembutan,...untuk kau hargai dengan kasih sayang. Ku ingin kau jadi wanita mulia, yang tau harga budi dan hati,..seorang lelaki bernama suami....kerana kau isteri,... ku ingin kau mengerti bahwa hidup ini.....tak semudah yang kita janjikan,..yang kita janjikan, kerana kau isteri ku....'. Syahdunya dan gemersiknya alunan lagu dari sang suami. Alangkah indahnya alam maya jika disirami dengan Kasih sayang, dibanjiri dengan kemanisan sebuah kehidupan. Cinta itu indah, lembut di mata tenang dijiwa. Manusia memerlukan cinta kerana itu adalah fitrah semulajadi manusia,...ingin dibelai, ingin dimanja... Tetapi apa yang paling penting adalah RASA HORMAT dan MEMAHAMI perasaan. Sedangkan 'persamaan' yang disebut orang sekarang sebagai 'ADA CHEMISTRY' adalah diawal sesuatu perhubungan sahaja. Selepas itu.....aahhh! entah dimana silapnya. Atau mungkinkah ianya Qada' dan Qadar yang mana kita harus pasrah dan bertawakal kepadanya. Kata orang 'what past is past', biarkan yang berlalu biar berlalu. SENTIASA BERBAIK SANGKA KEPADA TUHAN dan BERBUAT BAIK KEPADA SESAMA MANUSIA. Walau hati disakiti, hancur berkecai. Namun siapalah aku sebagai hamba yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangannya. Sedaya mungkin, sekuat mungkin kekuatan dikumpulkan. Ahirnya, aku redha, aku pasrah dengan ketentuanmu ya Allah.....'mungkin ada yang lebih baik' berbisik ditelingaku. Tiada yang lebih baik dari mendapat rahmat dan keberkatanmu ya allah. Syukurlah...Diri ini masih kuat, masih jua mampu menjalani kehidupan ini.....apakah ini tidak mencukupi??.....jadi buat apa ditangisi lagi?. Siti Hawa yang terdampar sendiri tanpa Adam disisi selama bertahun tahun meski ada rindu dihatinya. Tapi berkat kesabaran dan iman yang kuat pada allah, akhirnya kembali bertemu Adam. jadilah juga seperti Siti hajar yang terlantar seorang diri dengan puteranya Ismail ditanah lapang yang tandus tanpa air yang akhirnya allah berikan air zam zam. Oleh kerana iman yang kukuh memberikan hidayah dan menjadikan mereka wanita wanita yang sentiasa dekat dengan Allah dan redha dengan ketentuannya....

Pengorbanan seiring dengan keikhlasan...menjanjikan kebahagiaan dan menghasilkan kejayaan. Dimanakah letaknya keikhlasan?....dihati. Hati yang bersih, jiwa yang tenang membuahkan keimanan dan ketaqwaan kepada tuhan. Akhirnya menimbulkan keinsafan dan melahirkan pengorbanan atas dasar kecintaan. Cinta pada ilahi dan sekalian makhluknya. Ingatlah jika kita menghormati orang, orang akan menghormati kita. Jika ingin diri disayangi, hendaklah kita jua menyayangi. Jangan ada dendam dan benci, kelak merosak diri sendiri. Terlalu banyak pengorbanan didunia ini......pengorbanan seorang ibu. IBu, terimakasih atas segalanya. Tiada ada insan yang lebih memahami selain ibu. Sesejuk airmata ibu, sebening kasih diwajah ibu. Aaahh,....mampukah aku sekuat ibu??. Bila saja terluka , hati ini bagai disiat siat pilu,....pedihnya!. Tipisnya perasaan dihati ini, mudah tergores bagai sembilu. Halusnya perasaan ini.....Rawannya hati ini......

Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu satu puteranya Nabi Ismail alaihissalam. Baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan. Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri. Lebih lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki hasil perkahwinan dengan siti Hajar. Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya. Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatannya kepada Allah taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang. Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan diatas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih diatas leher anak yang tabah itu. Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya. Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibassy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut. Sejak waktu itu Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kitani laksanakan setiap hariraya Adha atau hari hari Tasyrik.

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tarmizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:-
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh disisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.

Ibadat korban pada hariraya Adha ini dilakukan bukan sahaja semata mata untuk membantu kehendak syariat Islam dalam menghidupkan dan meneruskan sunnat nabi Ibrahim Khalilullah dan sebagai ikutan dari perbuatan Nabi Muhammad SAW. Disamping dapat menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin, tetapi lebih dari itu ialah sebagai simbolik dari pengajaran Islam, agar umat Islam hendaklah sentiasa berkortban dan berjihad dalam hidup mereka, pengorbanan itu sesuatu yang utama kepada pensaksian akidah untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup didunia dan diakhirat.

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, betapa ramai orang orang yang telah berkorban kerana Allah Subhanahu Wataala semata mata. Umpamanya dizaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan Islam. Mereka bukan sahaja berkorban harta tetapi jua jiwa raga. Saiyidina Ali karamallahu Wajhah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasullullah SAW berhijrah ke Madinah. Saiyidina Abu Bakar As-Siddek dan Saiyidina Othman Radiallahu-Anhuma banyak mengorbankan harta untuk menegakkan Islam. Bilal bin Rabah dan Yasir mengorbankan nyawanya kerana Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Jelas kepada kitani Ibadat korban dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji disamping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati. Bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta. Ibadah korban boleh jua menyemaikan benih kasih sayang dan timbang rasa sesama manusia dimana jua boleh merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat.

Selamat Hariraya AidilAdha untuk semua,...semoga kita diampunkan dan dikurniakan rahmat dan keberkatan serta belas kasihan daripada Allah jua....amin.

Aduh ngalehnya hujung minggu kan berehat tapi have to attend conference n symposium. Belum lagi kira meeting audit, attend lecture cne n talk time ofis hours. meeting sampai ahir, balik kan buat homework terrunggak lagi hehe. Awal december ani injection H1N1 kan sampai tuk semua. Bersyukur tah kitani dikurniakan kemudahan dan kesenangan tanpa bayaran. Tiada dapat kitani membalasnya, cukuplah berbaik baik sangka kepada ilahi dan berbuat baik sesama manusia. Mencuba sedaya upaya memaafkan, nescaya tuhan akan mengampuni dosa dan kitani akan lebih dikasihi dan disayangi, amin. Bebalik pada injection, before that we have benzylpenicillin monthly we have to give to patient in need. Pas tu inj prevanar, pnemo 23, alum lama ani flu vaccine. Dirumah buat database kan dikumpulkan list2 premature babies, asthma patients, down syndrome, diabetic, heart cases n baru baru ani kan dimasukkan lagi thalasaemia patients. Belum lagi masuk referal case n not forgeting jaundice babies...uwaaa

12:48:00 AM

'Malam ini ku sendiri, tak ada yang menemani seperti malam malam yang sudah sudah....Hati ini selalu sepi tak ada yang menghiasi seperti cinta ini yang slalu pupus. Tuhan kirimkanlah aku,.... kekasih yang baik hati yang mencintai aku....apa adanya...'Hehehe bukan apa, rindu dengan anak anak mami padahal baru tadi daddynya ambil. especially my angel Danish, mami kan cium takul danish tapi nda danish. Barangkali adib n danish sudah tidur disana,....baik baik sayang. Mami lepas solat baca surah as-sajadah, mohon diberikan kemaafan dan ketenangan dihati mami. Really mami sad, mami rindu anak anak mami sayang. Esok balik tah ah.....mami nda kawan. Mamitmu slalu jalan, nini kejemputan. Time time cmani mami malas kejemputan, nda anak anak mami tersayang dimata mami. Ani mami kan tidur tapi nda dapat. Mami cium baju danish bagas danish pakai tadi. Hmm bebau hehe tapi nyaman dihidung mami, terasa danish disiring mami. Mami rawan hati. Tadi masa danish kan keluar kata danish "mami, mami laju bah ikut danish jalan daddy bawa danish".....hancur luluh hati mami mendangar. Danish belum faham sayang. Mami sentiasa selalu bersama danish, tapi bukan pada saatnya seperti yang satu ini. I really really love u n abang adib. Insyaalah, esok tani jumpa k. Ingat mami dalam tidur adib dan danish......Ya tuhan, lindungilah.....peliharakanlah dan selamatkanlah anak anak ku....amin.

Terimakasih pada babu, bapa dan adik adik dan anak anak buah tercinta!...kerana berkesudian datang kerumah kaka Yati hehe kerumah Wawa di kulapis malam jumaat lalu untuk sama sama membaca doa selamat dan diteruskan Bbq. Nda lupa jua terimakasih datang kerumah masa open house di aidilfitri yang lepas. Rupanya dat day sambutan hari guru...Oh...happy teachers day to asai, ngangah ina, ngangah non, ngangah imah, ngangah elmi, babu pinah, babu nana n babu hjh amal...semoga berbahagia!....rupanya tani ani 'family cigu2' hahaha. Thanks ngangah Ina for the lamb chop n thanks ngangah Imah bawakan pemanggangnya. Siuk rasanya berkumpul beramai ramai sampai lupa ambil gambar hehehe. Thanks jua tua pun ada,...uwa marul n babu nana , babu iju pun ada sms nda dapat datang. Its ok, next time lagi, insyaallah. Wawa miss alya, si lawa ah nda ia ada kali ani. All my anak buah sibuk baibun kadang ikut main game dalam bilik abang Adib n liat dvd dibilik Danish. Wazif, best cuzen of danish tidur dirumah palagi siuk tah adibdanish tu..hehehe dapat main game sampai subuh. Maklum abis udah psr n exam ugama. Mudahan adib n wazif pass amin!...Yeah ngangah zul from kb jua ada sama irfan, si handsome wawa....Biar kegembiraan, harapan dan cita cita kitani share bersama. Yo Asai, my bro...to u mudahan tercapai cita citamu ambil phd. Wawa tumpang gembira n mudahan wawa pun ikut jejak asai nanti, amin. Insyaalah, habis urusan mahkamah wawa kan menyambung cita cita meneruskan pelajaran. Tiada istilah sudah terlambat dalam kamus wawa....begitu jua pada semua adik adik yang lain. Semoga tercapai segala impian kalian, amin. Semangat dan perjuangan perlu diteruskan sehingga dapat menggapai bintang. Namun keimanan tatap bersarang dijiwa supaya dipermudahkan segala urusan kitani. 'Berusahalah seolah olah kamu hidup untuk selamanya dan bertakwa dan bertaubatlah seolah olah kamu mati keesokan harinya'. Hidup memerlukan pengorbanan dan perjuangan my dear!. Terimakasih semuanya kerana sudah banyak membantu dan menyokong wawa sehingga dimana berdirinya wawa disaat ini....Syukur alhamdulillah. Semoga kita dipanjangkan umur, sehat walafiat dan senantiasa didalam perlindungan allah. Diluaskan pengetahuan kita, dimurahkan rezeki dan mendapat keampunan ilahi, amin....

9:13:00 AM

'Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. Apakah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?...Kita asyik membicarakan persoalan hidup dan juga pilihan. Serta kejujuran semakin berkurang, mungkinkah tiada bertemu jawapan....... Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati??...Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan seolah olah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus. Pertemuan sekali ini bagi diriku amat bererti, tetapi ku bimbang untuk menyatakan...bimbang kan berulang kesilapan......'. Apa??, nda apa apa...jangan lupa lirik. Tiada salahnya berkawan dengan sesiapa saja...hmmm walaupun dengan x?. Satu soalan lagi. Boleh, untuk kesejahteraan anak anak. Lagipun sudah dimaafkan, walau tidak dapat dilupakan. Yang baru...yang mana satu?? hehe. Kata orang nda semuanya sama, jika bernasib baik mendapatkan yang terbaik. Kata Dr fadzilah kamsah, 'maafkanlah semua orang' dan selalulah berkata 'innalilllahi wainnailaihi raziun'....... Insyaalah tuhan akan menggantikannya dengan yang lebih baik, amin. Paling mujarab, sebelum tidur, maafkanlah semua orang disekeliling kita, ikhlaskanlah. Bila hati kita ikhlas, tuhan lebih menyayangi kita. Bila tuhan menyayangi kita, kita akan merasa ketenangan walau beribu halangan dihadapan kita. Bila hati kita bersih, terpancarlah sebuah ketulusan dan keindahan. Life is short my dear!....Tak ada manusia yang terlahir sempurna...jangan kau sesali segala yang telah terjadi. Kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat...seakan hidup ini tak ada ertinya lagi?..... jangan menyerah, jangan menyerah.....'Syukuri apa yang ada. Hidup adalah anugerah...Tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik. Tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasanya,bagi hambanya yang sabar yang tak kenal putus asa......'. Jangan lupa lirik lagi hehehe. Be cheerful!!....

9:07:00 AM

Apakah hikmah disebalik musibah??. Bila hatimu goyah, tak tenteram, tak aman.......bila keadaan manjadi reda, baru terfikir difikiran, terdetik dihati dengan berbagai persoalan menghantui dijiwa. Dimanakah silapnya diri?....mungkin juga kesilapan diri sendiri atau kah orang sekeliling kita??.......kerana jika diri sudah menginsafi tapi masalah semakin menjadi jadi. 'adatah hikmahnya tu....." there must be something good reasons behind it".....kan??. Ya!......benar benar hikmah diatas sesuatu kejadian......Jika sebelum ini diri dipandang rendah dan disingkirkan, sedangkan sejuta usaha sudah dilakukan, beribu hajat sudah ditunaikan....entah dimanakah silapnya?. Ketika hati tulus kepadanya, ketika hati ikhlas kepadanya dan telah ku berikan seluruh hatiku...........walau hati sememangnya sudah sakit! sudah cacat!. Saat fikiran berserabut...ah!!....sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi hati masih berkata sayang, masih jua berkata rindu. Hendak ku ungkaikan sulaman kasihku, namun ku tak berdaya..., langkah kakiku tiba tiba terhenti...seperti ada yang menghempap kuat!....masya allah. Saat ku melihat kasihnya masih ada, mungkin jua cintanya masih ada. Ku gagahi jua.....aduh!!! sakitnya........sekali lagi ku terjatuh. Aku sudah kehabisan daya, kesabaran ku sudah dipenghujung batasan. Mereka bertepuk kegembiraan, bersorak kegirangan. Akhirnya aku redha akan ketentuannya. Bila tangisan dan sebak hatiku bersahut sahutan, hanya doa yang dapat ku panjatkan kepadamu...Ya allah!.....berikanlah aku kekuatan. Ku pandang kedua permataku, hati semakin berkecai, hancur luluh......Maafkan mami sayang........apakan daya tangan tak sampai. Namun benarlah tuhan itu maha adil, maha pengasih dan maha pemurah. Diketika mereka yang mentertawakan itu pula bagai disambar petir, disimbah aing panas dek kekerasan hati mereka........baharulah mulut mereka berbicara, baharulah tau mana kaca mana permata. Malunya diri mereka, dimana kan menapuk mua??.........kasian, itulah balasan tuhan, kitani manusia ani sama sahaja saudaraku.....allahuakbar!!!........barulah memandang, barulah mengharap dan seribu kemaafan pun dipinta. Tangisan dan sebak dihati terhenti seketika........tiada terkata. Diri dipeluk, diri ini ditangisi.......namun sesalan tiada berguna lagi. Segunung harapan hanya mimpi. Hijrahkan lah diri ini ya allah!.........hijrah kan lah........hanya kau pendamping ku, hanya kau ku cintai. Kasihanilah pada ku dan kedua putera belahan hatiku......sempurnakanlah kehidupan kami didunia dan di akhirat, jika ini yang engkau kehendaki......amin.

7:16:00 PM

Alhamdulillah, by second day of hariraya hampir semua udah sanak saudara yang terdekat didatangi. Tinggal lagi kan dilanggar rumah cuzen cuzen yang berumah sendiri...insyaallah esok lagi menyambung. Mudahan kitani dipanjangkan umur sehat tubuh badan, bejumpa tah kitani. Syawal ani tah peluang paling tepat kitani berkunjung kunjungan, merapatkan tali silaturrahim yang lama terputus dek kesibukan duniawi. kadang kadang tejumpa n terserempak saja dijalan, senyum dan angkat tangan tah saja. Kadang jumpa dikadai, macam hari atu garam banar hati mami eeeee! siapakan ni himpit himpit hampir jua siring mami. Marung mami tapi sekali toleh rupanya hj airol anak tangah. Eeehh kau ani lai, sikit lagi kayati kan marah....hehehe udah atu sama sama tah ketawa, bah kirim salam tangah ah..Kata orang mami ani selalu mukanya serius sampai nda nampak saudara atau kawan ada disubalah mami hehehe, auw banar eh brunei ani damit kehulu kehilir pun kejumpahan jua dangan. Sudah bekumpul musim raya ani palagi bah 'gaplah' tah tu, cerita itu cerita ini..cerita hot hot pun ada. But i really respect all my family- they are very sporting walaupun tau situasi mami pada masa ani. Mami pun think positively saja.....its life!. Tekajut mami maliat anak cuzen cuzen mami yang sudah basar basar, sudah jadi anak dara, sudah jadi anak bujang rupanya sialai sialai ku ani eh.....tinggi tinggi tagap badan bisdia. kadang adib betanya, "mami, knapa cuzen mami atu anaknya sudah basar basar kan, padahal umur mamanya sama macam mami?"....kata mami pasal cuzen mami atu ada yang kawin awal iatah anak pun bemudaan tia. Aahhh....nya adib. Open house sana sini, pikir saja nda lagi tampat kan menaruh....mana nda parut udah panuh. Ah pas tu datang tia gastric, eeh macam nda paham paham parut ani eh. Baik jua nini bini membawa minyak kapak. Atupun barat baratan mami kan memakai......hehehe takut keciuman baunya maklum tah hariraya kan...masa besalaman style masani lagi cium pipi kiri, cium pipi kanan hahahaha. Apa calinya nah hariraya taun ani??......ada kek namanya kek H1N1 hahahaha.....baik jangan dimakan, karang dapat H1N1 positive....tepaksa kana quarantine hehehe hariraya jua lagi ni. Tapi mun ada kek tau biskut yang namanya kek Tamiflu, baik tah dimakan tu ok jua jadi ubat penawar H1n1 atu hahahaha macam macam saja. Anyway, semoga ikatan persaudaran dan tali persahabatan kitani akan berkekalan dan jumpa lagi ditahun hadapan.......amin!!.....Salam kasihsayang.....

Apatu??.....ehem ehem macam galak saja bunyinya, soal hati kah?. Itulah fitrah kejadian manusia, manusia memang memerlukan cinta untuk meneruskan hari hari mendatang. Tanpa cinta, kosonglah jiwa. Cinta kepada ilahi, cinta kepada anak anak, cinta kepada ibubapa, cinta kepada adik adik, cinta kepada agama dan negara. Cinta kepada sesama manusia??...hehehe adakah?. Kita tidak dapat berselindung, dan bukan salah kita jika cinta hadir didalam hidup kita walau macamana speednya..pelahan kah atau macam disembar kilat hahaha. Cinta adalah milik tuhan yang maha kuasa. Cinta adalah satu anugerah pemberian tuhan yang sungguh nikmat kepada hamba hambanya. Cuma manusialah yang selalu menyesatkan pemberian tuhan yang satu ini. sesat cinta?...hehehe. Cuma manusia yang berakal dapat membezakan cinta. Cinta plastik, cinta kaca...aduh berkecailah jika terhempas. Cinta monyet, cinta yang cuma sementara...yang hanya ingin melihat yang indah indah belaka dipandangan mata. Jika sudah kelihatan kudisnya..........terkuburlah cinta semacam mendapat penyakit berjangkit. Cinta kepada ilahi dan cinta yang berlandaskan iman adalah cinta hakiki. Soalnya, dimanakah bisa mendapat cinta yang hakik??. Inilah cinta berlandaskan iman serta penuh kasih sayang, cinta yang benar benar memerlukan penghayatan dan pengorbanan. Tiada apa yang diinginkan, tiada apa yang dijanjikan, melainkan ketenangan dan kesejahteraan jiwa nurani. Bukan saja cantik dan indah dipandangan mata, malahan terasa sejuk dan damai dihati. Cinta inilah yang membakar semangat untuk sebuah kehidupan yang lebih bererti. Bukan cinta yang penuh keasyikan dan khayalan semata mata seperti cintanya cindarella atau snow white yang pada hujung ceritanya happy ending kerana bertemu putera idaman. Selepas itu tamatlah cerita....sekian wassalam. Apa cerita selepas itu tidaklah diketahui dan diikuti lagi. Tiada siapa yang tahu apakah bahagianya hingga kehujung nyawa?. Cinta yang membuak buak, sehari tidak jumpa bagaikan setahun. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena....aduhai kasihannya. Lemas dalam buaian kasih yang akhirnya terdampar dilautan.....hilang pengayuh, sampan entah kemana. Masya allah.......Ya allah, maha suci tuhan...alangkah indahnya cinta yang hakiki. Tuhanku, sekiranya hambamu ini tiada akan menemui cinta hakiki milikmu ya allah, maka palingkanlah cinta hati hambamu ini sepenuhnya hanya kepadamu. Cukuplah cinta yang hanya sekadar ucapan yang sebenarnya adalah dusta!....yang hanya indah dimata dan manis dibibir, tetapi meratah dan mengelapkan hati dan memusnahkan perasaan.

Salam aidilfitri tuk semua! mohon maaf zahir batin. Sudah siap semua persiapan??. Mami biasa biasa saja yang penting adib dan danish happy. yeah! esok hariraya. Bunga api, bunyi badil disana sini mengajutkan tapi memang memeriahkan suasana. Tadi dikulapis terasa banar syahdunya hariraya menggamit perasaan. Sibuk mami memasang cadar baru, memasang carpet baru dibilik tamu n yang siuknya maliat cucul sudah siap bepasang. Hehehe beraya tah tani taun ani sayang. Open house?....insyaallah. Baju kurung mami last last baru siap padahal simple saja maniknya. Next time, biar tia mami membuat manik sendiri eh..mami pernah sekali cuba jait manik tapi nda smart, jaraknya antara satu manik kemanik yang lain skajap satu cm skajap kan seinci hahahaha....nda orang mau mengupah menjahit manik. Asai bini baru teror membuat manik, lawa lawa lagi. Tapi katanya sangal belakang kan pasal batah duduk. Satu lagi kalau mata kabur, karang tecucuk jarum hahaha. Gerenti kadai jahit ahir tutup ni malam ani. Kadang musim hariraya ani, time makan lunch n dinner pun nda tantu, perut pun meragam sudahtah banyak minum be gas. tambah tia lagi makan biskut n kek yang memang semuanya manis manis. Ehehe...list list order kek/biskut banyak payah pulang memilih. Yang calinya ada list yang boleh tani membayar masa time bonus hahaha, tapi kasian jua tu lambat balik modelnya. Tapi biskut biskut my mum still the best!!...Mami tais liur mencari biskut tat nenas- siasia pun....yang paling mami ingaukan, adib kan exam psr lapas raya. mudahan adib pas...amin. Auw ah, taun ani first time mami beraya masa sudah kraja ofis hours. Mun dulu masa beshift, mami slalu tekana post nite (first day hariraya bagas kraja malam) palagi ngantuk lah...tapi mami masih bersyukur dengan pemberian tuhan kerana allah lah yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya. Sekali lagi, jangan sekali kali berputus asa dari rahmat ilahi. Eid mubarak!.....minal aidil wal faizin.

Macam siok rasanya malam ani semangat esok stat puasa. Mami sembahyang terawih bawa danish. Adib wit his dad. Mami kan sembahyang terawih di masjid katimahar tapi mami malam ani ke lambak liat persiapan puasa. Mami sampat buka cucul n spotlite dikulapis, biar cahaya terang. Dilambak, babu sibuk menyediakan makan malam before kami semua kemasjid. Wow ada umai, ada acar nyaman tah makan mami. Nah...camana mami kan lose weight ni, nini masak nyaman nyaman hehehe. Habis mamam n sembahyang maghrib, mami bersiap siap bawa bag bakul isi tikar sembahyang, kain telekong n stokin. Telekong andang mami pakai awal. Wah,..sambutan first day terawih memang lah...full parking sampai keluar jalan. Mami nda mau mau memajal jua kan paking ampir, jangan harap. I wish, setiap malam meriah macamani, kan siuk. Jangan karang sudah separuh puasa, dui kurang tia jemaah ah. palagi pada 7 malam terakhir, bukannya ingau malam lailatul Qadar tapi jadi malam lailatul kadai hahaha. Biasalah, sibuk mengusai rumah, bepikir apa patut ditambah. Kek n biskut siap kah udah, baju kurung takut nda siap manalagi kan di ubah suai. Pas tu bepikir, hariraya keberapa kan open house ani?. 2 kali ni kan open house, skali khas tuk peradian, patuan, cuzen. Skali lagi tuk frens hehehe. Kasian, dari dulu udah bisdia ani kan beraya dikulapis, bah insyaallah. Eh, kedangaran babu bangun kedapur menyediakan sahur. Apa babu masak ah?. Cerita pasal sungkai lagi. Dulu membali penyungkaian di gerai gerai ramadhan. Masani restoran sudah berakal, masing masing belumba lumba offer sungkai buffet murah, ada yang $6 per head, ada yang $5 per head. Kanak kanak murah lagi daripada atu. Hai, alamat bersih nda berasap dapur ni...Kadang boring jua makan direstoran. Ingin jua merasa masakan simple ie. lauk berabus, telor masin hehehe. K salam ramadhan tuk semua!!. Semoga kitani beroleh rahmat dan keberkatan darinya jua..Amin.

Ramadhan bulan kerinduan. Sudah lama mami tunggu kan bertarawih malam berkumpul makan sama sama masa sungkai hehehe teringat mami zaman kanak kanak dulu, nini bangunkan subuh tuk makan sahur tapi mata mami masih mengantuk jadi sambung lagi tidur dimeja makan padahal makanan sudah tersedia dapan mata. Siang berlapar menyesal nda makan sahur tapi ditahankan jua malu sendiri punya pasal. Time kan sungkai atu yang siuk sibuk minta balikan makanan tais liur kan makan itu ini semua kan mau. Nya orang iatah liur puasa tu. masa sungkai banar banar makan sudah atu 'kebungkayangan' nah kan sembahyang maghrib pun barat baratan palagi sembahyang terawih. Habis nunggu bis nini sama bis babu terawih, kami ramai ramai bekumpul tuk betedarus. Kedangaran mulah nini melagau mami adiberadi mengarahkan suruh sediakan alquran dan riyal (alas quran). Bah urak tikar betadarus tah kitani,.....Yati! zam! na! ada udah bis kajah linah mu bis ka bini, ka dk raimah, dk ramnah tu?.. sibuk tah nini tu sambil menyediakan makanan minuman tuk bis kami yang kan betadarus ani. Koktel, cincau, cindul, air puspa menjadi satu kemestian mesti ada hehehe. Time makan bah sibuk tah kami tu adi beradi n sepupu sepupu 'gaplah' baibun nda jauh kadang becakal jua hehehe. Mulah nini, i really rally miss u.......'alfatihah' tuk niniku tercinta. Sebak rasa hati mami sayu rasanya menganang mulah nini. sermangatnya kuat, ketabahannya yang sekarang diwarisi oleh babu- seorang ibu dan nenek yang cukup tabah. I really admire them, mami belum tantu macamatu. Malam malam sebelum tidur mesti kami ramai ramai main bunga api. Dulu bunga api mami cap kucing bali arah siung, cina yang menjual kerumah rumah dikampung air pakai perahu merah hehehe. Bila hujan, mesti ia betapuk dibawah rumah kami belindung menunggu habis hujan. Ntah dimana kah siung masani, mungkin sudah tedapat kadai runcit kali. Atutah, alangkah indahnya zaman kanak kanak mami. Kalau boleh mami ulangi semula dan akan lebih berhati hati bila menginjak dewasa,......tapi semuanya ketentuan ilahi. Sudahlah duhai hati. Bebalik kepada bulan kerinduan," eh mami!,..mami!,...nda nampak anak bulan katanya dalam tv".....sibuk adib sama danish membaritau mami hehehe. Perangai mami dari dulu sampai sekarang, bila kedatangan bulan puasa mesti pasang angan angan mesti kurus kan sikit badan kan belawa nanti pakai baju kurung baru. Barutah mami sibuk mencari cream lotion mami yang betimbun bebali nda jua makai. Hehe kan beusai belawa sapu bio-oil ketangan kekaki atleast lambut jua tangan nda kasar besalam. Barutah mami sibuk kan menyambung makan vitamin c n other supplement. Eh masih ada ubat mami ginkgo biloba capsule...lah baik jua balum expired jan, 2011..bah talan sebiji sehari. Eh knapa tah mami nda rajin lagi makan ubat ani?. Dulu setiap kali habis mens, mesti mami tutuk indung kunyit ambil airnya n dicampur diminum dengan air suam. Ajaran petua mulah nini, katanya untuk wujud kan kembali kekuatan badan. Banyak lagi petua kesihatan tubuh badan yang diajarkan mulah nini sebab atu mulah nini dulu cakah, rajin hehe. Dulu sikit2 gatal badan allergic punya pasal pun mengadu arah nini. Sibuk tah nini mengeluarkan arang, sabut piasau, kulit bawang merah yang sudah kering.....bah yati, betangas bekamban tah diberanda tutup lampung...hehe.Tapi banar, dengan kuasa tuhan jua sekajap ilang tia gatal gatal dibadan ah hehe. Now harapkan ubat dari hospital saja palagi mudah bagi mami untuk mendapatkannya...tau apply saja kekulit before sleep. Tapi kesan nya sekajap saja n sure ada side effectnya...nda dapat mengalahkan petua perubatan orang dulu dulu. wallahuaklam...

kedatangan musibah, dukacita dan seumpamanya bukan bererti detik kehancuran dan kedaifan. As we know we learn from mistakes. Dari sana kitani mengetahui tahap kebijaksanaan dan kedaifan diri sendiri. Tanpanya kitani nda kan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Jadi bersabarlah dan berserahlah pada tuhan. Paling penting, berbaik sangkalah kepada tuhan kerana allah sajalah yang mengetahui segala galanya. Allah tidak akan membebankan sesuatu kepada manusia melainkan sesuai dengan kamampuannya. Pahit hendak ditelan, namun berbanggalah kitani adalah salah seorang pilihannya, kuatkan hati kembalikan semangat kehidupan yang sudah musnah. Disamping itu jangan putus putus berdoa dan berusaha. "janganlah berputus asa dari rahmat allah". Maybe there is something good reason behind it, who knows??. Ingatlah, jika tuhan segera memakbulkan doa hambanya bererti tuhan amat menyayangi kitani. Jika tuhan melambat lambatkan doa hambanya bererti tuhan menguji kitani. Jika doa belum dimakbulkan tuhan bukan bererti tuhan tidak mengasihi kitani, tetapi tuhan 'merancang sesuatu' untuk kitani. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Langit tidak selalunya cerah. Jangan berhenti, teruskanlah berjalan dilandasan yang betul. Insyaallah, kehidupan akan lebih bermakna selepas ini....amin.

6:38:00 PM

Adib jalan sama dady, danish ikut nganah imah liat kedai kasut baru buka d madang complex. Owner is sis ngangah elminya, dina. Bannernya sudah ada tapi opening by next week. Anyway congrats to her. Eeeh siuk jua buka bisnes hehe. Mami minat n udah lama kan tedapat kadai, tapi kadai apa ah??,..restoran, cafe, kadai jahit, dobi, car wash hehehe. Today mami semangat baca buku buku motivasi esp yg bersangkutan dengan bisnes (buat duit). Salah satu buku yang mami tepakai 'Buat duit dengan rumah' by shamsuddin abdul kadir, penulis buku best-seller 'kaya dengan rumah'. actually mami pinjam from my bro, zul. Its how to buy house n sell to someone. But in my case, mami plan kan buat rumah banglo damit siring rumah mami dikulapis dapat jua tuk disewakan one day. Boleh pulang tambah rumah dibawah n sewakan tapi its not good for privacy n for long term. Waah..business minded jua mami ani ah. Insyaalah,....Umur bersara ditambah ke umur 60 tahun. syukur alhamdulillah..by that time adib n danish sudah keraja. Mami selalu terpikir apa duit udah pencen ah?..melangui kasau. Kan bisnes makanan, im not so good in cooking, kan menjahit nda pandai lagipun masa atu memang mata udah semakin kabur, karang singan memasukkan banang dalam lubang jarum tecucuk tangan sendiri...adui!! hehehe. Ntah lah, yang pastinya rezeki tuhan yang membari.

Hehehe sibuk banar orang mengunjar mask nyanya lakas abis, market tinggi. Mami belurih mask price nda sampai $20 for 1 box 50 pcs. rupanya dikadai naik harga. Talk about mask, macam macam nama n bentuknya. N95 macam nama mobile nokia tah pulang haha, pas tu mask nano. Yang mami tau baju slim saja namanya nano. So nano means barang yang diperbuat menggunakan nano technology. Ada warna putih, biru, hijau, orange. Ahhh, mask dari kain beludu yang dapat disasah balik balik pun bejual, lagi lawa tarang tarang warnanya dark blue, dark green, maroon, brown. baiktah pakai ikut warna baju. So dijemputan, jangan lupa pakai mask as part of our accessories. Yang calinya, ada yang pakai mask tebalik, yang putih pulang diluar. ada mask tangah tangahnya ada filter nampak lagi munjung mulut. For nurses, no choice mesti pakai N95. For patients pakai surgical mask, atupun yang having cough n cold saja. We at RIPAS pun nda dapat sukahati kan mengorder labih, they will ask you tu. Ni lagi cali, my fren just now call me, she's a teacher n she told me now trend sudah di skulah ada yang pakai mask kain beludu atu, sudah pun colourful dibaginya manik manik lagi for attraction hahaha, nak.. nak... nda lagi cigu kamu tecakap, speechless udah maliat ulah kamu tapi membari gali hati jua hahaha...bah habis swine flu karang tutup tia kadai mask, kadai apalagi buka??.

keyakinan dalam rawatan secara islam dengan mengamalkan ayat ayat allah untuk mengubati diri sendiri adalah lebih mujarab, insyaallah....salah satunya ialah mengamalkan dengan bacaan selawat syifa. Bila badan terasa ruam dan gatal gatal disebabkan oleh rengsangan kulit atau peluh yang berlebihan, ambil sirih dan ditumbukkan bersama kunyit. Di ambil airnya, bacakan selawat syifa dan sapukan pada tempat yang berkenaan. Atau ambil daun sirih yang bertemu urat dan isi lidah buaya, jadikan sirih atu sebagai penampal dan bacalah selawat syifa. Ada sejenis penyakit kulit nya orang tua2 'tepalit', daun balik angin dibakar sampai kering, kemudian dicampur dengan minyak zaitun dan disapukan seperti losyen. Untuk mengelakkan kembung perut dan masuk angin, setiap pagi biasakan meminum air halia yang dicampur dengan satu sudu teh madu. Sebelum minum, bacakan selawat syifa 7x dan ditiupkan kedalam air atu. Dan setiap pagi sebelum berus gigi, cacapkan jari manis kegaram, kemudian lekatkan jari kedalam langit2 mulut. Bacalah selawat, dikulum dan telan. Berhati hati, beringat ingat kata orang tua 'sudah jadi idapan baru mengunjar apa ubatnya'...... hehehe. Jika diberi minuman, bacalah surah al quraish 3x serta bacakan selawat syifa dan ditiupkan perlahan kedalm air tersebut. Apabila hati was was dengan minuman dan makanan pemberian yang sudah ditelan, minumkan dengan air yassin dan bacakan ayat "lau anzalna" dan surah Thoha ayat 1 hingga 7, insyaallah musnah. Wallahuaklam bisawaf.....

12:54:00 AM

Banyakkan amalan sunat disamping mengerjakan kewajiban akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Ikhlas dalam pekerjaan dan menjalankan tuntutan seharian juga dikira sebagai pahala. Dibulan ini kitani berpuasa sunat, semakin hampir rasanya bulan ramadhan. Bulan mulia yang dinanti nantikan,........ tenang, sejuk dan damai rasa hati bila bersama sama solat terawih di surau. sayang rasanya kalau nda share setiap pengajaran yang membawa kearah kebaikan dan ketaqwaan. Amalkan membaca surah yassin (selepas solat maghrib). Teruskan membaca surah waqiah (selepas solat isyak) dan membaca surah as-sajadah dan al mulk sebelum tidur. Banyakkan membaca 'laillahailallahu wahdahula syarikalah, lahulmulku walahulhamdu yuhyi wayumith, wahuwa ala qullisyaiin kadir' hingga tertidur. Insya allah.....

'Jangan terlalu mencintai'........Inilah silapnya yang mengarah pada kebodohan!. Surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.". Jadi, jangan memaksa diri mengikut semua kehendak hati sedangkan kita tidak tahu apakah sesuatu itu baik bagi kita, benarkah ia terbaik buat kita??. Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita, sedangkan kita tidak mengetahuinya. Apabila manusia gagal mencintai tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. Rahsia ilmu allah keatas diri makhluknya tidak akan pernah tersingkap. Allah S.W.T maha mengetahui pilihan yang baik untuk hambanya. Ilmu allah meliputi segala sesuatu dan tiada siapa pun yang mampu menembusi rahsia qada dan qadarnya. Sesungguhnya ujian dalam rumahtangga boleh mendatangkan rahmat kepada suami dan isteri, jika mereka mahu mencari pengajaran dari kesilapan yang dilakukan dahulu. matinya cinta lebih baik daripada matinya jiwa. Setiap orang yang bersedih kerana putus cinta, kemudian ingat kepada Allah S.W.T sepatutnya lebih beruntung daripada orang yang terus tenggelam dimabuk cinta. Manusia hanya mampu merancang, allah S.W.T jua yang menentukan.

8:46:00 PM

Not forgetting him?. Apa salahnya once a while to send him 'happy fathers day'. He's still daddy's of my 2 adorable n handsome kids forever!...k, he reply 'tq'. Thats pretty enough for me. Just keep in touch for the sake of our children. The most important is the happiness of my children. How deep is ur heart gets hurt, just keep aside. Think a head, think positively. The rest just serahkan pada tuhan. Everytime if he wants to bring our kids out for jalan jalan, im pleased. Anak dan indung jangan dipisahkan.. n im happy for that. I don want to talk further about this matter. What i want is things goes smoothhhh....Yang lama jangan dibuang becos yang baru belum tentu.........I love this quotation "jangan terlalu membenci apa yang kamu tidak sukai, kerana boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu. Dan janganlah kamu terlalu mencintai apa yang kamu sukai, kerana boleh jadi apa yang kamu sukai itu mendatangkan keburukan kepada kamu".

8:26:00 PM

Happy fathers day to all bapak bapak! Im not close to any man, but im very very close to 2 young men hehehe....my kids lah. selamat hari bapa tuk my dad. mami masih ingat when i was small. if mami got fever, nini laki lah yang menjaga mami sampai nini mengantuk. He gav me 'tepod sponging' (small wet towel put onto my forehead) to reduce body temperature. That's cool n practical. Lepas tu nini suruh pakai selimut sampai bepaluh n switch off the fan. Ok pulang lapas bepaluh, badan sejuk n body temp reduced. But mami heran why again lakas balik semula panas badan. Now i know, cepat sweating, cepat balik jua balik panas badan, then beselimut balik. Hehehe sepatutnya opposite pulang, expose jangan pakai selimut, instead pakai thin clothing n pasang fan!. Fan, not aircond. kalau aircond pun, change mode to fan. Rupanya kalau demam, need ventilation bukan 'betangkumus' wit selimut. Now, i do that to my 2 kids, and it works!. But at least, i know how much my dad love his children. Now both my parens sudah pencen, babu recently. Insyaallah, they wil go to mecca for haj. Semoga mereka panjang umur, sihat selalu, murah rezeki dan sentiasa didalam perlindungan allah, amin...

11:16:00 AM

'Amalan yang sedikit jika dilakukan berkekalan adalah lebib baik'. Selain sembahyang 5 waktu, amalan2 sunat seharian yang lain adalah seperti membaca alquran dan mendirikan solat sunnat seperti sembahyang sunat dan tahajjud. Rasanya memang semua kan mau sempat dikerjakan tetapi sibuk dengan pekerjaan dan urusan anak2. Tapi alhamdulillah, bandingkan dulu semasa mami kerja shift, semuanya 'rush' semuanya kan disempati. Now, mami can manage my time. I can hav time for my kids, my family n mengerjakan tuntutan akhirat. Berusahalah kamu, seolah olah kamu hidup selamanya dan beriman serta bertaqwalah kamu, seolah olah kamu akan mati pada keesokkan harinya'. Dunia dan akhirat mesti di seimbangi- if more to dunia, jiwa dan hati kita akan kosong tanpa iman didada untuk bekalan diakhirat yang kekal. If more to akhirat, terabailah diri dan tanggungjawab. Sedangkan agama islam menitikberatkan kearah kesempurnaan insan. Bayangkan tiada pekerjaan, diri dan anak2 mau makan apa??, kerana ketiadaan wang dan bekalan. Naujubillahiminzalik!...Selebihnya, mami serahkan pada tuhan- wallahuaklam bisawaf.

9:35:00 AM

june 18th am. mami attend majlis forum kejururawatan at songket room, rizqun hotel. Sempena hari jururawat dan bidan antarabangsa 2009 with theme 'jururawat dan bidan pemedulian CALAK brunei', anjuran kementerian kesihatan. its nice to seat together n cerita2 while waiting tetamu kehormat datang. I sit between 2 of my nice frens with different stories. one is my senior n one is my junior. I admire my senior marital backgrund, she is very firm but supportive. She is religious n i share wit her religious knowledge, eventhough she told me ia nda habis sekolah ugama. she has got a happy family n her eldest child is become a teenager already n also another toddlers. I ask her wat makes her happy? she told me 'suami yg menghargai dirinya'. she told me her hubby always say thank u even on a small matter. My other junior fren is very young n beautiful. Her big problem is her hubby everyday jealous n marah2 to her until she get bored!. the crisis come to climax until her hubby cut her long n beautiful hair when they quarrel. Now she told me, she has no more feelings toward her hubby. n...she got her scandal..oopps! but she stil love her hubby n children. no comment, she stil young. we just take iktibar dari kedunya k. Really luv god, my kids n my family....n thats my happiness. allahuakbar!

yeah! hapy bday 2 u, hapy bday 2 u, hapy bday 2 danish,...hapy bday 2 u.. panjang umurnya...panjang umurnya..panjang umurnya serta mulia,..serta mulia,..serta mulia. Allah selamatkan kamu..allah selamatkan kamu...allah selamatkan muhd ifwat danish....allah selamatkan kamu, amen! june 18th....the day danish is waiting for hehe. danish always plan to celebrate his birthday at school but danish birthday musim cuti sekolah hehe. 'mami, danish mau birthday di kulapis bawa rizqa, abang wazif, damia, irfan apa kekulapis mi. Next time tah danish ah ada nanti mami panggil ramai2 dikulapis. di lambak saja ah pasal ngangah imah sponsor bouncer. Danish birthday on friday so tarustah nya nini membaca tahlil, yassin, doa selamat dan sembahyang berjemaah beramai ramai tani. wah! pagi pagi sudah ada bouncer...bouncer danish ada sliding n swimming pool jua. eeh mami join ah. kawan danish subalah rumah nini pun jua ada..bah main sama sama ah. 'mami, knapa mami keraja? ngangah imah, ngangah ina, asai apa nda jua keraja'. hehehe mami bukan teacher lai macam bis ngangah. Mami nurse nda kana suruh cuti pasal standby virus swine flu. wah!, tu liat..lawa kek danish. eh,..nini balikan danish baju baru untuk danish birthday kah?. thanks ngangah imah for the kek n bouncer. alhamdulillah......

11:33:00 PM

lonely....not really, i hav 2 kids tuk nyibukkan diri. Yang penting sekali dalam rahmat allah, dekatkan diri kepada allah. jodoh??....ajal dan maut ditangan allah. Menidakkan?, takut suatu hari nanti ditemukan. Mengiyakan?, takut dan 'beruri' dari kegagalan yang lalu. hehehe that's life...sometimes, we hav to choose one not all. Siapa yang nda mau kan kebahagiaan yang kekal berpanjangan?...lebih lebih lagi bila mengenangkan perasaan anak anak esp adib. Adib lebih lama wit him compare to danish. But the truth is, banar kata orang 'cinta pertama dibawa mati'....god, I stil love him, no matter how deep is my heart gets hurt!. wish we become a fren one day, so adibdanish wil be happy. cos my kids are my happiness. Ya allah, ampunkanlah dosa dosaku, ubahlah nasib diriku dan anak anakku kearah yang lebih baik dan mendapat keuntungan didunia dan akhirat..Amin!

8:21:00 PM

ntah mengapa sampai saat ani mami selalu terkenangkan jasa ibu, bagi mami hari hari adalah hari ibu. mungkin atutah life mami being a mother, being a daughter, being a sister, being a paediatric nurse dealing everyday wit 'mama'. cos mama lebih rapat towards children than papa. sorry papa. now, when everything my life is dump!..i go back talk to my mum...about my 2 kids, my career, jokes hehehe n rasanya mami semakin hampir kepada tuhan. i really need to pray for myself, my children n my family. pray for?....keselamatan, perlindungan, kekuatan n harapan. adib sama dan ish tau apa perasaan mami semasa adib danish nda wit mami??. tuhan saja tahu, hanya doa dan harapan beserta kalian selalu. ya allah, selamatkanlah dan lindungilah anak anakku, adib dan danish. 'hidup tidak selalunya indah duhai anak anakku'. mami selalu ingatkam adib dan danish- usaha, doa dan tawakkal adalah teman kitani. everything i do, i do it for u all. i will fight for our own right! you mark my words. insyaalah sayang,.....

happy mothers day and happy nurses day!
tugas ibu dan tugas jururawat tiada jauh bezanya. seperti juga tugas seorang guru membimbing dan mendidik kearah kesempurnaan insan. adapun jururawat merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan insan. pengalaman menjaga orang sakit sudah sebati dijiwa sekalian jururawat. nurse,....sakit nurse. nurse,...minta ubat penahan sakit!. atu bagi orang dewasa, bayangkan anak damit yang meronta ronta kesakitan, hanya ibubapa yang merasakan kesakitan dan keperitan anak anak damit mereka. anak damit yang hanya tahu menangis bila lapar, menangis bila pampersnya panuh segantang oleh tahi dan kencingnya. apalagi menangis semasa menahan kesakitan...aduh! jarum menyusuk kepembuluh darahnya. nurse,...nurse,...macam bangkak tangan kaki anak ku ani nurse iatah barangkali menangis baby ku ani lagi tadi menahan kesakitan. abis biru kaki tangannya nurse!.nurse, anakku mutahkan susu, susu yang nurse gantung tadi dalam syringes! eehh,...pandai tia sudah begauk baby ani. alhamdulillah, kan sihat tah tu ia. karang menyuruh doktor menurunkan susunya ah, inda baby tolerate kali.
dibilik subalah, kelihatan ibubapanya serta kaum keluarganya datang masuk kedalam bilik anak damit yang critically ill. kelihatan ustaz khusyuk membacakan yassin. sekujur tubuh kecil yang kaku tiada bermaya. ventilator, alat pembantu pernafasan sudah disconnect, harapan sudah tipis. ibu menangis, duhai nyawa...andainya dapat kuganti dengan nyawaku...selamatkanlah anak ku ya allah!..atulah doa dan harapan ibu yang tiada putus putus. sabar..kesabaran ibu dan jururawat sangat sangat diperlukan disaat saat genting ani. nda lagi dapat diselamatkan nurse? duhai hati,.......hancur luluh mendangar tangisan dari seorang ibu, petunjuk kasih yang tiada berpenghujungnya.....

8:46:00 PM

yeah, danish n adib sudah baik. danish continue augmentin ah sampai 5 hari, karang takut kambuh balik tonsil danish. mami....macam ada tajam bah arah leher danish. danish payah talan tapi danish lapar mami..iatah kalau danish rajin makan antibiotic, tonsil danish inda merah lagi ah. mami..mami janji kalau adib sama danish sudah baik, mami bawa jalan jalan bali barang. au,...nanti mami bawa..mami nda duit sayang,....kalau mami sudah ada duit, mami bawa liat wayang ah. danish, siapkan dulu homework danish, esok kan antar arah teacher. mami..mami...pemadam danish nda. nah hilang tia lagi pemadam danish ani. bah, minjam karang pemadam abang adib ah...eh danish ani balik balik mami balikan pemadam. esok mamo balikan, jangan hilangkan lagi ah..

11:04:00 PM

mami!....danish? ya allah! balik semula panas badan danish. mami liat jam, balum due ubat danish should limpaskan 6 hrs ani baru a few hrs. 'bismillahirrahmanirrahim, ya naru kuni bardan wa salaman ila sulaiman' kata ustazah baca 7x tiupkan ketangan dan sapukan seluruh badan, insyaallah.

10:20:00 PM

semalam, mami...adib nda dapat tidur sakit telinga adib. badan adib panas sayang, bah bangun makan ubat, mami ambilkan air ah. mami....mami.....adib masih sakit telinga. andangnya tu kalau damam, telinga sakit namanya bangal.
pagi, tadi pagi mami bawa adib n danish jumpa doktor. danish 2nd time sudah ni. im abit anxious. kali ani biar tia danish kana prescribe antibiotic augmentin. panas danish nda pandai turun, ergh!..i don wan danish to be admitted. mami demanding lagi, mami mau doktor bagi paracetamol suppository. doktor ikut saja hehe. i know danish nda suka, katanya mavam rasa kan beria hehe. mami, mami...danish sajuk arah hospital mami ani eh. nah, tadi danish lupa bawa jacket.
dirumah, mami, danish nangis cari mami. mami kedapur kajap syang masakkan danish bubur. adui, mutah tia lagi sidanish ani eh. kasian, nini bini tolong lapkan mutah danish. mami, danish sakit parut...urutkan parut danish. bah limpang sayang, mami ambilkan ubat. yeah, bubur danish sudah siap, mami camour minced beef n telor. alhamdulillah, ada jua kan 2 mangkuk danish makan. mami lap panas danish ah? danish mau milo? adib jua? lapas ani cuci kaki sebelum tidur sayang. mami sembahyang dulu supaya tuhan kuatkan hati mami, amin.....

10:58:00 PM

When You Make A Mistake, There Are Only 3 Things You Should Ever Do About It:

1. Admit It
2. Learn From It And
3. DON'T REPEAT IT!