S.L.I.D.E.S.H.O.W

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

There was an error in this gadget

Daily horoscope

Chinese daily horoscope

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

ASMA- Penyebab dan Rawatan

Semasa serangan asma saluran udara paru-paru menjadi sempit sehingga menyukarkan udara mengalir melaluinya. Pernafasan menjadi lebih sukar dan bising dan kanak-kanak mungkin mengalami perasaan 'kesempitan' dada. Semasa serangan teruk kanak-kanak mungkin mengalami kelemasan udara.

Penyempitan Saluran Udara: Disebabkan oleh kontraksi otot.
Keradangan: menyebabkan lapisan saluran udara membengkak dan menghasilkan banyak kahak yang menghalang aliran udara.

Asma boleh dikawalnmelalui rawatan campuran STEROID sedutan dan agen BRONKODILATOR.

Steroid sedutan:Bengkak boleh berkurangan walaupun otot masih berkontraksi.
Bronkodilator: Otot mengalami relaksasi walaupun bengkak masih kekal.

Jadi apabila steroid sedutan dan agen bronkodilator ini digunakan, bengkak akan berkurangan dan otot akan mengalami relaksasi (combined therapy).

UJIAN KAWALAN PENYAKIT ASMA: (ketahui markah ujian kawalan penyakit asma kanak-kanak): Ujian ini akan mengira markah keseluruhan bagi ujian kawalan asma anak awda yang akan membantu doktor menilai kawalan asma kanak-kanak. sekiranya kawalan asma tidak memuaskan, mungkin tiba masanya untuk menukar pelan tindakan penyakit asma kanak-kanak. Pada kebiasaannya ujian kawalan penyakit asma ini dibuat sebelum membawa anak awda berjumpa doktor pada hari yang sama.

Cara mengambil ujian kawalan penyakit asma bagi kanak-kanak:
Langkah 1: Biarkan anak menjawab soalan soalan 1-4. sekiranya kanak-kanak itu memerlukan pertolongan awda membaca atau memahami soalan tersebut, ibubapa boleh membantu tetapi pastikan yang anak awda yang memilih jawapan soalan 5-7 harus dijawab oleh ibubapa tanpa mengendahkan jawapan anak awda.
Langkah 2: Catit markah diperolehi (markah 1 hingga 5) untuk setiap soalan
Langkah 3: Jumlahkan markah untuk mendapatkan markah keseluruhan anak awda
Langkah 4: berbincang dengan doktor berkenaan kawalan asma anak awda.

Soalannya:-

1. Bagaimana keadaan asma hari ini?
2. Adakah asma memberikan masalah sewaktu berlari, bersenam ataupun bersukan?
3. Adakah batuk disebabkan oleh asma?
4. Adakah bangun diwaktu malam disebabkan oleh asma?
5. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mempunyai simptom asma pada waktu siang?
6. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mengalami semput/lelah disebabkan oleh asma pada waktu siang?
7. Dalam masa 1 bulan yang lalu, secara puratanya, berapa kerap anak awda bangun waktu malam disebabkan oleh asma?

Markah keseluruhan anak awda:
Markah <20 adalah hilang sasaran kerana disebabkan Asma anak awda TIDAK TERKAWAL.
Sila berbincang dengan doktor untuk meningkatkan kawalan asma anak awda.

Apakah maksudnya sekiranya markah keseluruhan anak saya ialah 19 ataupun kurang?

  1. Sekiranya markah ialah 19 ataupun kurang, mungkin kawalan asma anak awda kurang memuaskan dan tidak terkawal sepenuhnya.
  2. Sila tunjukkan ujian kawalan asma ini dan berbincang dengan doktor. Doktor boleh menyarankan pelan tindakan penyakit asma bagi membantu kawalan asma anak awda.
  3. Sila berbincang dengan doktor mengenai ubat asma jangka panjang yang boleh membantu mengurangkan dua penyebab utana simptonm asma iaitu mengawal inflamasi dan pengecutan saluran pernafasan untuk memperolehi kawalan asma sepenuhnya.

ASTHMA ACTION PLAN (Rancangan Tindakan Asma/Ampus.


A. UBAT PENCEGAH (PREVENTER):
Digunakan setiap hari (no cough or wheeze); Jangan berhenti menggunakan ubat pencegah.
Alat sedut Coklat (Becotide Inhaler dan Pulmicort Inhaler)/Ungu (Serotide Inhaler). ? puffs/times per day.
Singulair (montelukast) 1 tablet per day

B. UBAT PELEGA (RELIEVER): Ventolin/Bricanyl Turbuhaler.
Digunakan sebelum melakukan exercise atau bermain.
Alat Sedut Biru Ventolin 2 puffs sahaja bila perlu setiap 4-6 jam.

Ubat Pelega Reliever perlu diambil dos tambahan jika terjadi simptom yang teruk: Jika batuk dan selesma.
Pada masa yang sama,teruskan menggunakan pencegah (preventer)
Dengan menggunakan aerochamber, Ventolin 6 puffs/Bricanyl Tubuhaler 3 puffs 4-6 jam.
Jika simptom berkurangan, kurangkan dos dan kekerapan penggunaan.
Berhenti menggunakan apabila sudah sembuh selalunya dalam tempoh masa 1 minggu.

Tetapi apabila simptom berterusan: seperti batuk yang semakin teruk dan selalu terjaga dari tidur.
Gunakan Ventolin: 6 puffs/Bricanyl Turbuhaler 3 puffs setiap 4 jam.
Jika simptom berkurangan pada masa itu, kurangkan dos pengambilan.

Apabila simptom bertambah teruk seperti sesak dada, sesak nafas sehingga tidak boleh bercakap: Iaitu apabila ventolin/Bricanyl digunakan kerap setiap 3 jam.
Jangan dilengahkan dan awda perlu membawa anak awda berjumpa doktor.
Atau hubungi Ambulan (991)
Teruskan menggunakan ventolin 6 puffs/Bricanyl 3 puffs setiap 15-30 minit sehingga ambulan datang.

(Adapted from Asthma Plan Generator, Royal children's Hospital, Parkville, Australia).

0 Responses to "Ujian Kawalan Penyakit Asma (kanak-kanak) N Asthma Action Plan"

Post a Comment

  • Learn~Live~Hope

    LEARN FROM YESTERDAY LIVE FOR TODAY HOPE FOR TOMORROW

    Whazzup!...


    ShoutMix chat widget

    sHoppiNG oNLine...


    Hits

    Nice to Know U!..

    My Dearest Frens!..

    Aku seorang Perawat....

    My Photo
    adibdanish
    BSB, Kulapis villa, Brunei
    Me, myself, my world n my 2 adorable kids!
    View my complete profile

    HePy BuSyDaY 2 mE!

    There was an error in this gadget

    Islamic Hijri Calendar

    Asma ul-Husna

    Islamic Quotation..

    There was an error in this gadget

    As-Salam

    As-Salam

    my harry porter

    my harry porter

    my twins...

    my twins...

    Search This Blog

    Loading...

    Pages

    Related Posts with Thumbnails

    Pete The Penguin Virtual Pet

    Feed my turtles..

    Do MaTHs

    Money saver

    Beat Stress! (Stress Relief Tips for the Day)

    know ur dreams...

    There was an error in this gadget

    Fitness Tip of the Day

    Calorie Calculator

    Info-Info Kesihatan

    There was an error in this gadget

    EnGlish IDioms

    English guidelines

    Arkanoid arcade classic

    There was an error in this gadget

    My Blog List