S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

Penyakit Asma (asthma) adalah suatu penyakit kronik yang menyerang saluran pernafasan
(bronchiale) pada paru paru dimana terdapat radangan (inflamation) dinding rongga bronchiale sehingga mengakibatkan penyempitan saluran pernafasan yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas.

Faktor penyebab:

  • Penyakit asma seringkali dikaitkan dengan mereka yang mempunyai sejarah atau latar belakang keluarga yang jua terdiri daripada pesakit asma.
  • Penyakit asma banyak berlaku dinegara maju, terutama yang mempunyai kadar pencemaran udaranya yang tinggi, baik dari asap yang dikeluarkan oleh aktiviti perindustrian, asap kenderaan mahupun debu dan sebagainya.
Tanda tanda awal anak mendapat asma;

  • Mood yang berubah ubah seperti selalu menangis
  • Selalu mendapat demam
  • selsema
  • Batuk yang berpanjangan
  • Gangguan tidur akibat serangan asma
  • Tidak dapat menjalankan aktiviti harian disebabkan gejala asma
  • Kekurangan aliran puncak (bacaan pada peak 'flow meter'
Tanda tanda yang perlu diambil lebih perhatian;
  • Apabila kelihatan ada gerakan pernafasan yang terlalu laju dibahagian dada dan perut anak berkenaan.
  • Tidak selesa dan tidak dapat berbaring
  • Bibir dan hujung jari (kuku) kelihatan membiru.
Rawatan untuk pesakit Asma;
  • Adalah sangat penting dan mustahak untuk ibubapa supaya memastikan pengambilan ubat kepada anak berkenaan secara berterusan dengan cara yang betul iaitu tidak boleh diberhentikan selain dari arahan Doktor.
  • Apabila pernafasan anak menjadi tidak stabil seperti sukar untuk bernafas, segeralah membawa anak biskita keklinik yang berhampiran atau kehospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
  • Pada kebiasaannya, Doktor akan memberikan 'Nebulizer' iaitu sedutan gas untuk mencairkan kahak atau lendir dalam saluran pernafasan anak tadi. Kerana Nebulizer adalah ubat sedutan yang terus masuk kedalam saluran pernafasan.
Kaedah perubatan Alternatif;
  • Homeopathy
  • Madu lebah asli
  • Scott Emulsion (minyak ikan kod)
Petua petua tradisional;
  • Ikan belut yang dimasak sup atau digoreng sahaja
  • Telor burung puyuh
Tips penjagaan untuk anak yang mendapat Asma;
  • Elakkan dari memandikan mereka diawal pagi dan terlalu lewat petang. Ini kerana cuaca sejuk dipagi hari boleh mengakibatkan rasa sejuk pada dada mereka.
  • Pastikan selepas mandi disapu minyak angin diperut, dada, betis dan tapak kaki mereka untuk mengelakkan angin masuk kedalam tubuh mereka.
  • Elakkan jua dari memberi anak anak yang berkenaan memakan buah buahan yang berair dan sejuk seperti tembikai (sikoi), jambu air, betik (kepayas) dan buah buahan yang lain.
  • Jauhi dari memberi makan buah buahan yang masam seperti oren, limau, strawberi, anggur, epal hijau kerana kandungan acid citrus didalam buah tersebut akan menyebabkan lendir didalam saluran pernafasan anak berkenaan menjadi pekat dengan lebih cepat.
  • Elakkan jua dari memberikan mereka minuman yang bergas, minuman sejuk seperti ais batu, ais krim dan jangan biarkan mereka berendam terlalu lama didalam air atau kolam renang.
  • Adalah jua dinasihatkan untuk anak anak ini tidak ditujukan kipas yang terlalu kuat atau pada pendingin udara yang bersuhu terlalu sejuk (tukar ke mode fan).
Panduan Kecemasan;
  • Ambil Dos tambahan pada ubat yang diambil seperti yang telah diseneraikan didalam 'Asthma Action Plan' pada perjumpaan diklinik berdekatan atau diklinik pediatrik yang lalu.
  • Jika tidak jua ada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkanlah rawatan kecemasan dengan seberapa segera.


Anak anak adalah dinasihatkan untuk;


  • Membawa ubat yang telah diberikan kesekolah terutama sekali pada ketika anak anak melakukan aktiviti sukan seperti ubat Inhaler Ventolin (berwarna biru), Becotide (berwarna coklat)atau Serotide (berwarna unggu).
  • Apa yang penting anak anak hendaklah menjauhkan yang menyebabkan alahan pada pernafasan iaitu haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya.
  • Ibu bapa atau penjaga anak berkenaan sebaiknya mencatitkan kedalam kalendar pada setiap bulan, setiap kali anak dihinggapi asma dan ditunjukkan kepada Doktor pada perjumpaan yang berikutnya.
Semoga anak anak yang menghidap Asma ini akan cepat sembuh sepenuhnya, Insyaalah.

0 Responses to "Panduan IbuBapa kepada anak penghidap Asma."

Post a Comment