Apatu??.....ehem ehem macam galak saja bunyinya, soal hati kah?. Itulah fitrah kejadian manusia, manusia memang memerlukan cinta untuk meneruskan hari hari mendatang. Tanpa cinta, kosonglah jiwa. Cinta kepada ilahi, cinta kepada anak anak, cinta kepada ibubapa, cinta kepada adik adik, cinta kepada agama dan negara. Cinta kepada sesama manusia??...hehehe adakah?. Kita tidak dapat berselindung, dan bukan salah kita jika cinta hadir didalam hidup kita walau macamana speednya..pelahan kah atau macam disembar kilat hahaha. Cinta adalah milik tuhan yang maha kuasa. Cinta adalah satu anugerah pemberian tuhan yang sungguh nikmat kepada hamba hambanya. Cuma manusialah yang selalu menyesatkan pemberian tuhan yang satu ini. sesat cinta?...hehehe. Cuma manusia yang berakal dapat membezakan cinta. Cinta plastik, cinta kaca...aduh berkecailah jika terhempas. Cinta monyet, cinta yang cuma sementara...yang hanya ingin melihat yang indah indah belaka dipandangan mata. Jika sudah kelihatan kudisnya..........terkuburlah cinta semacam mendapat penyakit berjangkit. Cinta kepada ilahi dan cinta yang berlandaskan iman adalah cinta hakiki. Soalnya, dimanakah bisa mendapat cinta yang hakik??. Inilah cinta berlandaskan iman serta penuh kasih sayang, cinta yang benar benar memerlukan penghayatan dan pengorbanan. Tiada apa yang diinginkan, tiada apa yang dijanjikan, melainkan ketenangan dan kesejahteraan jiwa nurani. Bukan saja cantik dan indah dipandangan mata, malahan terasa sejuk dan damai dihati. Cinta inilah yang membakar semangat untuk sebuah kehidupan yang lebih bererti. Bukan cinta yang penuh keasyikan dan khayalan semata mata seperti cintanya cindarella atau snow white yang pada hujung ceritanya happy ending kerana bertemu putera idaman. Selepas itu tamatlah cerita....sekian wassalam. Apa cerita selepas itu tidaklah diketahui dan diikuti lagi. Tiada siapa yang tahu apakah bahagianya hingga kehujung nyawa?. Cinta yang membuak buak, sehari tidak jumpa bagaikan setahun. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena....aduhai kasihannya. Lemas dalam buaian kasih yang akhirnya terdampar dilautan.....hilang pengayuh, sampan entah kemana. Masya allah.......Ya allah, maha suci tuhan...alangkah indahnya cinta yang hakiki. Tuhanku, sekiranya hambamu ini tiada akan menemui cinta hakiki milikmu ya allah, maka palingkanlah cinta hati hambamu ini sepenuhnya hanya kepadamu. Cukuplah cinta yang hanya sekadar ucapan yang sebenarnya adalah dusta!....yang hanya indah dimata dan manis dibibir, tetapi meratah dan mengelapkan hati dan memusnahkan perasaan.
Video Silibus KAFA
-
NAK ANAK SKOR KAFA TANPA STRESS? [image: 💯][image: 💪] JOM GUNA MODUL
VIDEO INI!
Hanya 15 minit sehari, anak boleh belajar Ibadah & Sirah dengan cara...
14 hours ago
0 Responses to "Yang baru mengamit rindu meski belum pasti gelora dihati. Yang lama cinta tetap tertanam dihati, walau kering tetapi belum mati."
Post a Comment