S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu satu puteranya Nabi Ismail alaihissalam. Baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan. Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri. Lebih lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki hasil perkahwinan dengan siti Hajar. Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya. Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatannya kepada Allah taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang. Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan diatas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih diatas leher anak yang tabah itu. Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya. Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibassy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut. Sejak waktu itu Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kitani laksanakan setiap hariraya Adha atau hari hari Tasyrik.

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tarmizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:-
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh disisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.

Ibadat korban pada hariraya Adha ini dilakukan bukan sahaja semata mata untuk membantu kehendak syariat Islam dalam menghidupkan dan meneruskan sunnat nabi Ibrahim Khalilullah dan sebagai ikutan dari perbuatan Nabi Muhammad SAW. Disamping dapat menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin, tetapi lebih dari itu ialah sebagai simbolik dari pengajaran Islam, agar umat Islam hendaklah sentiasa berkortban dan berjihad dalam hidup mereka, pengorbanan itu sesuatu yang utama kepada pensaksian akidah untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup didunia dan diakhirat.

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, betapa ramai orang orang yang telah berkorban kerana Allah Subhanahu Wataala semata mata. Umpamanya dizaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan Islam. Mereka bukan sahaja berkorban harta tetapi jua jiwa raga. Saiyidina Ali karamallahu Wajhah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasullullah SAW berhijrah ke Madinah. Saiyidina Abu Bakar As-Siddek dan Saiyidina Othman Radiallahu-Anhuma banyak mengorbankan harta untuk menegakkan Islam. Bilal bin Rabah dan Yasir mengorbankan nyawanya kerana Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Jelas kepada kitani Ibadat korban dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji disamping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati. Bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta. Ibadah korban boleh jua menyemaikan benih kasih sayang dan timbang rasa sesama manusia dimana jua boleh merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat.

Selamat Hariraya AidilAdha untuk semua,...semoga kita diampunkan dan dikurniakan rahmat dan keberkatan serta belas kasihan daripada Allah jua....amin.

0 Responses to "SELAMAT HARIRAYA AIDILADHA"

Post a Comment