S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

What u need is only B$380...No meeting! Need 2 downline saja then help ur downline to get another 2 downline through briefing regarding the process n the benifit in joining this helpful financial plan throughout ur life!!..

A year older, a year wiser. Hmmm...2 years before 40 (age is just a number)...Kalau sudah nanti 40 years old,....Life begins at 40...hahahaha betul..betul...betul. March 22nd, the day i'm waiting for... Kata orang "cintai dulu diri sendiri, baru dapat mencintai orang lain"..Iakah?..sounds macam selfish jua tapi ada jua banarnya. Bila kita menghormati diri sendiri, automatically orang akan menghormati kita, insyaallah. My birthday wish??....I wish...setiap yang di plan akan berjalan lancar, amin. Hopefully, before 40, masalah akan berkurangan dan mudahan mentari akan terus menyinar, insyaallah. Actually today nda kan wawa plan, cuma kan jalan-jalan sama adibdanish saja. Tapi tadi nini bini mau kami berkumpul bersama sama......patang makan ambuyat hehehe...Sibuk tadi dikulapis menyasah n menarikah n cuci-cuci. Datang lambak,...wah!!!..banyak sudah kreta parking. Hepy banar wawa maliat anak-anak buah wawa main main mandi dalam 2 kolam basar. Danish apalagi terus tukar baju seluar kan join mandi sama-sama. Didapur sibuk nini bini menyiapkan makanan. Baik jua ada bibi Eis sama bibi Adi mendangani nini. Mami dangani mengusai ngusai barang..iatah favourite mami tu suka mengusai ngusai tapi kalau bab memasak, hmmm refer tah ngangah imah..terror masak tu. Time makan, siuk tah becerita itu ini, baibun n menyakat hahaha. Hmmm, pendek kata soalannya, bila wawa kan ada 'dangan' lagi??. Hmm rasanya nda lah,..single n happy bah!..hahaha. Jara n fobia masih, may be jua. Not anti lah, becos not all of them beperangai buruk kan, yang penting nawaitu sorang sorang. Secret admirer saja,..cukup tah untuk jadi semangat hahaha. I dont think sampai kan serious. Takut pada commitment n risky jua. Nda tau lah dimasa akan datang...No Promises hehe. Yang penting, I have my family yang really supportive, memahami n mau menolong disaat wawa kesempitan baik dari segi masa dan kawangan. I really love U all...Asai n family, Ngangah Ina n family, Ngangah Imah n family, Ngangah Izul n Family, not forgeting Mamit n teman....Yo mamit!..Uda zaki n Amit padli n Usu...masing-masing wit teman. Semoga kitani semua dipeliharakan dan dilindungi Allah selalu,..Amin. Thanks for coming!!..We celebrate today tarus birthday Asai laki jua....Hepy birthday Bro!. Really love all my nieces n nephews....Abang Wazif, Kaka Zihah, wahidah,.Rizqa my Pooh, Damia....lawa rambut mia, wawa suka liat. Irfan today nda, ngangah zul karaja kali ia. Thanks nini, sibuk masak masak. Thanks to nini laki jua, the first person yang ucap happy birthday to wawa hehe. Pertengahan makan, wawa rindu abang Adib balum balik balik lagi. Ndapa baik saja ada Danish...Last last tekajut wawa liat ada kreta merah yang wawa familiar masuk diperkarangan rumah. Mungkin adib mau ambil baju seluarnya atau.....mau ambil Danish????...Nda lama, nampak Adib keluar dari kreta bawa bag laptop n gitarnya. Ahhh, alhamdulillah at last doa wawa dikabulkan...Adib balik dihari jadi wawa. Sempat jua TER lihat ia menoleh kanak kanak mandi dikolam. Danish pun masih bemain main siuk dengan abang wazif nya, nda ingau usulnya. Diorang dua ani bestfren bila bejumpa...hmmm....Yang wawa gali hati, Rizka marah liat ulah abang danish sama abang Wazif ..katanya kaka zihah bagus nda bising hahaha. Pooh..Pooh.... Hopefully, kitani akan lebih berbahagia di masa masa akan datang..., Amin!!.

Hati mami gelisah, tapi alhamdulillah tenang selepas solat... Adib nda disisi mami. Semoga adib sihat disana walau mami tau adib kadang nda happy...atu yang adib bagi tau mami. Mami nda boleh buat apa apa sayang...he's your dad. Nda pun pernah ada niat mami untuk misahkan antara keduanya walau hati mami disakiti. Seharian ani ingatan mami dikuasai akan kehilangan anak anak mami. Tapi mami mau anak-anak mami tau...nda lain dihati mami selain kalian. Nda pernah mami mensia siakan anak anak mami selama ani,...adib pun tau, danish pun sudah faham. Segala keperluan semampu mami adakan, walau sangat susah, sangat payah...meski tanpa ada bantuannya. Nda pernah pun adib danish belapar,....balik sekolah mami tanya, adib danish balikan apa duit mami bagi tadi?. Mami nda mau anak-anak mami belapar palagi disekolah yang memerlukan tenaga otak dan badan yang sihat. Mami nda mau adib simpan duit belanja makan minum sekolah tuk keperluan lain. keperluan lain biar mami yang mengadakannya nanti. Balik sekolah, anak anak mami dahaga lagi...."mami, karing leher adib",...."mami, danish kan bali minuman". Nda pernah mami sampai hati meniadakan walau duit syiling dalam kreta dalam bag mami kumpulkan. Maunya mami bawakan botol minuman yang sudah awal disediakan atau minuman kotak milo yang sudah disejukkan dlm esbok....jadinya save sikit belanja bayangkan kalau hari hari cmatu. ...."mami,...adib kan bali nasi siring kadai".....ehehe adib.....adib, padantah adib ani jadi badannya, kadang nda cukup mau jua 2 kotak. Danish lain sukanya green tea saja. Lain lagi lapas balik sekolah ugama..."mami,..adib kadai kajap mami". Eee anak anak mami ani sehari sudah berapa belanjanya, tapi kalau pasal makanan nda mami sampai hati, takut kepunan. Pasal makan minum nda pernah mami menyakat, tapi kalau kan bali dvd games saja palagi kalau balik balik bali cerita/game yang sama...kan membazir. Mami pernah liatkan adibdanish di Tv real story cmana kanak kanak lain nda tempat tinggal, nda cukup makan minum, nda cukup pakaian palagi pelajaran. Ada yang damit damit sudah keraja jaga adi adinya yang ramai....kasian kan??. Jadi jangan membazir. Adibdanish pernah liatkan ada kanak kanak memutik makanan dari sampah..."eee! kasian mami ah?..., karang sakit parutnya tu mami"...Adib pernah sendiri liat kan masa kitani dulu di hongkong sama di pilipin,..ada kanak kanak jual bunga banang, mainan yang nda seberapa tapi unik sampai adib ketawa.....hehehe. Adib marah mami bali bali saja tapi untuk apa. Mami saja kasian liat, yang mami suka kanak kanak atu bukan teminta minta tapi jual bunga apa untuk megalas parutnya.. Lapas atu mami nampak lagi ada bini bini jual barangnya sikit tapi anaknya banyak keliling pinggang kan?. "Eeeh mami ani singgah tia lagi membali padahal arah lain lagi lawa barangnya". Hehehe besungut lagi adib sama daddy masa atu. Bukan apa kasian mami liat banyak anaknya....yang anaknya satu atu macam sakit lagi usulnya. Mami pernah marahkan security dikadai supermarket landmark di pilipin. Adakah patut dimarahkannya kanak kanak yang jual-jual atu suruhnya lari jauh jauh. Apa salah kanak kanak atu, bukan jua mengacau orang, ganya menjual bunga dan mainan untuk membeli makanan mengisi kelaparan parut sendiri~daripada teminta minta. Dui, lamah bangun kanak kanak atu tapi nda menangis kana marahi. Semoga kanak kanak atu semua dilindungi dan dirahmati tuhan...amin. Mami selalu cakap "Hormati orang tua, kasihi kanak kanak". Danish kan masuk 7 tahun, macam biasa at this age banyak tia gigi dapan danish tumbang hehehe..."mami, karang danish inda ada gigi lagi, camana malu danish eeh!" hahahaha. Cali usul danish nda gigi dapan. AAhhhh....I really love my 2 kids whatever it takes!!. Kadang mami marah marah kalau adib belaptop saja, kalau nda ada homework pun baca buku dan sembahyang~belajar kalau dapat panuhkan 5 waktu. Kadang confuse mami bezakan jadikan kawan dan tegas arah adib. Adib sudah basar panjang, mami suka adib share cerita sama mami n alhamdulillah mami open minded jua. Mami pernah jadi remaja sama macam adib, tapi mami nda suka kalau adib leka dapan laptop dapan Tv sampai lalai pelajaran dan solat. Danish pun mami marahkan jua selalu liat malas malasan kan bangun mandi, nini bini pun taukan perangai danish ani. Mami marah ada sebabnya, I just want u all tau,..semuanya tuk kebaikan adibdanish jua. Selagi mami masih ada, insyaalah mami maukan, mami doakan yang terbaik untuk keduanya, amin. Sudah bertahun bersama mami, walau satu pihak sudah mengabaikan...anak anak mami umpama patah satu sayap. Fitrah manusia memang semua maukan kebahagiaan, masalahnya bila dikhianati dan berterusan disakiti siapa pun akan hilang kesabaran dan kehormatan terhadap seseorang.....Tapi Insyaallah, satu hari adib kan faham dan mengerti. Harta mami yang kekal dan paling berharga hanyalah "adibdanish". Masya allah, sungguh mempunyai hati yang busuk dan jahat akal orang yang ingin memisahkan. Cukuplah akad talaq,...tapi anak anak tidak sekali kali ku redha untuk melepaskan!!!......Apakah wajar setelah 5 tahun tanpanya, susah senang, sakit demam anak anak tiada dipeduli. And NOW!!,.....tanpa malu malu, ingin mengambil anak anak!?. Dimana dirinya sewaktu anak anak memerlukannya??, memerlukan perhatiannya??, memerlukan makanminum??, memerlukan perlindungannya??, memerlukan belas kasihnya???.....Hah!!...Ya Allah, peliharakanlah, lindungilah, kasihanilah, dan kurniakanlah kepada aku dan anak anakku rahmat dan keberkatan daripadamu jua...amin..

10:00:00 PM




Antasid adalah kumpulan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat masalah penghadaman (indigestion), perut yang kurang selesa selepas makan makanan terlalu banyak, sakit atau pedih ulu hati (heartburn) dan penyakit ulser peptik. masalah tersebut adalah disebabkan oleh kandungan asid didalam perut yang terlalu tinggi. Antasid bertindak dengan mengurangkan atau menseimbangkan kandungan asid ini.

Jenis-jenis penyakit gastrik dan ulser yang sering didapati:

  1. Pedih ulu hati (heartburn)
  2. Refluks gastroesofagus (gastric Reflux)- kandungan asid yang mengalir balik dari perut ke bahagian bawah esofagus
  3. Dispepsia (Dyspepsia)- ketidak selesaan bahagian perut selepas makan
  4. Gastritis- keradangan (inflamasi) pada bahagian lapisan perut.
Ubat antasid boleh didapati dalam bentuk 'tablet' dan dalam bentuk cecair. kedua dua bentuk ubat ini mempunyai kesan yang sama. Ubat antasid cecair mungkin bertindak lebih cepat dalam melegakan simtom tetapi rasa kapor ubat berkenaan boleh menyebabkan ianya kurang digemari. Ubat tablet antasid pula perlu dihisap atau dikunyah dengan perlahan sebelun ditelan.

Jenis antasid yang terdapat difarmasi kerajaan,
  1. Ubat "tablet' Antasid contoh Gaviscon tablet dan Hydrosil tablet.
Ubat ini diambil selepas makan dan sebelum tidur.

2. Ubat Antasid cecair contoh Gaviscon liquid, Polysilic iii liquid dan Eviline Forte

Ubat ini diambil selepas makan dan sebelum tidur
peringatan: Jangan berbaring serta merta selepas mengambil ubat ini.

Berbagai produk dengan berlainan jenama terdapat dipasaran. Dosnya adalah mengikut panduan atau arahan yang disarankan bagi produk berkenaan.

Kesan Sampingan:

Kadangkala ubat antasid boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kekejangan perut (stomach cramp), rasa mual, muntah, sembelit dan cirit birit.

Peringatan dan Nasihat:

Sila jumpa doktor awda sekiranya simptom awda berlarutan lebih dari 2 minggu setelah mengambil ubat antasid.

Sila beritahu doktor awda sekiranya awda mempunyai penyakit buah pinggang.

Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan seperti zat besi dan ubat Tetracycline sekurang kurangnya 2 jam sebelum dan selepas memakan antasid. Ini disebabkan antasid boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan tersebut.

Makan makanan yang seimbang 3 kali sehari (sarapan, tengahari dan malam) dan elakkan memakan makanan yang tidak berkhasiat.

Elakkan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah penghadaman dan pedih ulu hati seperti:
  1. Makan terlalu banyak
  2. Mengambil makanan berlemak, berempah dan pedas
  3. Minum alkohol, kopi, minuman ringan bergas
  4. Makan coklat
  5. Buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato
Mendapatkan rehat yang mencukupi dan mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan daripada tekanan.

Last sunday, we attend forum di lecture theatre, RIPAS. Our guest from Paediatric Hospital KL (Paed Haemo-Oncology) iaitu DR Hisham Shah, Md Ibrahim.

First, apa yang kitani tau mengenai Penyakit Thalasaemia??
Its a commonest haematological problem in our community.
A medically debilitating disease,
Life-long blood transfusion,
Expensive medications,
8-10 hours injection daily for 5-6 days a week,
Multi organ complications.

Therefore, Public awareness of the disease is very important.

Types of Thalasaemia:

  1. Thalasaemia carriers ada 2 jenis iaitu Thalasaemia Minor dan Thalasaemia Trait
  2. Thalasaemia Major
Age at presentation:
<1 year - 62% -75%
1-2 year - 29%-35%
>2 year - 9% - 11%
(Modell & Berdoukas, 1984).

Sign & symptom:
Pallor
Easily tired
Loss of appetite
Disturbed sleep.

Treatment:
  1. Supportive Therapy; Blood treatment, Iron chelation Therapy.
  2. Curative Therapy; Stem cell transplantation.
Organ system susceptible to iron overload:

Pituitary - Impaired growth
Heart - Cardiomyopathy
Liver - Hepatic Cirrhosis

Desferal (Desferrioxamine) given via injection 5-6 days/week by injecting needle under the skin for the rest of their life....Life long...
Side-effects:
Local infection
Abscess formation
Erythema

Thalasaemia SET.....More expensive but safer than using butterfly needles.

Tablet (Desferasirox) taken once daily...but expensive.....

Haemo-Stem Cell Transplant:
  1. The only curative option
  2. A form of gene therapy
  3. Replace defective hematopoietic system from healthy compatible donors
Cure VS Death:
Gene therapy ~ Ultimate goal to cure genetic diseases.

Can we prevent Thalasaemia???
In the West, they prevent further thalasaemia.Italic
In our country?...By giving transfusion and offer chelation.

Thalasaemia prevention & control programme;
  1. Screening
  2. Detection
  3. Counselling
Prevention programme - most successful in Med-countries.
In Cyprus:
  1. Confidential premarital screening mandatory
  2. 98% at risk couples detected prior to marriage proceed to marry
  3. At risk couples having fewer children and utilise prenatal diagnosis
  4. Screening also done in high school.
Antenatal diagnosis selective abortion: (8-9 weeks)
Amniocentesis
Chrionic Villus sampling
Cordocentesis.

PGD ~ Pre-implantation (retrieve several ovums)- genetic disease blastocyst by;
Induce ovulation
IVF
Biopsy 1-2 cells
Introduce healthy embryo/embrios.

Can we abort thalasaemia baby?
Ethically??
Religiously wrong??
Non-maleficence- first do no harm
Beneficience.

When does life begin?...After 120 days??

Ethical Issues..
Antenatal diagnosis
when does life begin
Abortion- In whose interest?, Life VS no life
Genetic Selection- designer babies, Eugenics.

Among couples...
Considered a social stigma
Relatives/ Illiterate
Wife blamed-menyalahkan pasangan masing masing.


FATWA on Termination~ Termination of pregnancy;
  1. 1-40 days- MAKROH (not desirable)
  2. Before 120 days- HARUS (permissible) if fetus affected AND life of mum at risk
  3. >120 days- HARAM (not permissible)..unless life of mum at risk.

Kemarin sunday, March 14th ada wawa attend forum mengenai Thalasaemia. All about Thalasaemia~ Patients, Therapy, Adverse reactions, Its management n termasuklah fatwa mengenainya. Every thursday morning ada clinic khas for Thalasaemia patients. semasa berjumpa doktor, patients n parents ditanya akan hal keadaan pesakit atu. Kadang nampak dari warna kulit, kalau nampak pucat, selalunya turuntah 'Haemoglobin' (Hb) nya tu. Ani dikatahui dari result blood test PRE 'Full Blood Count' which is taken 3 days before appointment. ada yang memerlukan 'blood transfusion' as soon as possible kalau randah banar Hb nya n nampak pucat. Ada yang booking transfusion day awal awal lagi kadang via phone the day before. Booking days Thursday till Monday, 5 orang dalam sehari kadang ikut available katil jua. Mostly pesakit datang with other sibling kadang 3 of them jumpa same day, same time, see same doctor. Kasian jua kalau appointmentnya different day, balik balik parents membawa ke Hospital. Selain FBC, we have to monitor 'Ferritin level' jua every 3 months. kalau tinggi ferritin nya sampai >1,ooo atutah yang bahaya. Ani disebabkan Pesakit nda memakan ubat dengan secara teratur, which is kadang kadang 'Ter miss' tia apa. Banar pulang sakit yang menggunakan through machine pump, tapi ada jua makan ubat betalan. Mula mula doctor n nurses yang ajar cemana memasang, tapi lama kelamaan, parents n patients sudah terbiasa. kadang masalahnya syringe pump jua, tapi dapat dibawa kehospital tuk kan di komplen n repair. Blood transfusion given in wad 3. Wawa minat banar topic ani pasal ada tesangkut hal hal social dan hukum2. Apapun niat kitani untuk mengubati dan berubat. Bear in mind, penyakit ani bukan jenis penyakit yang dapat dicegah, kerana ia adalah penyakit keturunan yang didapati dari kedua ibu dan bapa. sebab atu penyakit ani kadang kadang sensitif isu.

Alhamdulillah, hampir semua kitani berada didalam kesejahteraan, tiada kacau bilau maupun kemiskinan. 'Average life'....kesederhanaan~ cool n practical. Tiada bebanan berat seperti yang dialami sebilangan manusia. Kerana terlalu lebih 'over' selalunya menjerumuskan kita kepada kekufuran dan akhirnya kefakiran...Naujubillahiminzalik...mohon dijauhkan Ya Allah. Sifat kesederhanaan sememangnya sudah dituntut oleh agama kitani yang mulia ini. Dari sifat kesederhanaan, menjadikan kitani lebih berhati hati, lebih menghargai dan lebih mensyukuri segala kurniaan dari Ilahi. Ibarat menaiki tangga, bila diri melangkah dengan sempurna, ada kesabaran dihati dan seimbang dunia dan akhirat...insyaallah kita akan menemui perjalanan. Jika diri sombong, takabbur dan lupa diri apalagi jika sampai membelakangi agama, ditambah pula tersilap langkah.....aduh!, kita akan jatuh ketanah jua....Masyaallah!..Barulah ingat dari mana asal usul, setelah kaki berpijak dibumi yang nyata.

Tadi telalai wawa maliat rancangan TV parabola dilambak yang menceritakan kisah dan teladan...Its life tentang rancah kehidupan yang dirakam secara tersembunyi dari seorang hamba Allah yang ingin mempelajari erti sebuah pengorbanan didalam mentadbir sebuah kehidupan. Sebak hati wawa maliat, hati seorang ibu mudah tersentuh, mudah sensitif!. Nda sadar menitik nitik aing mata maliat. Tapi ketawa wawa jua pasal malu adib sama Usu nampak wawa cry. Al-Kisah seorang ibu gigih (a) dan ibu yang berhati mulia (b)dari negara jiran. Semoga keduanya dirahmati tuhan, Amin. Ibu a yang mempunyai anak 5, yang terdesak ingin membelikan anaknya sepatu (kasut) sekolah kerana anaknya sudah sering diejek kerana mempunyai sepatu yang sudah koyak lagi buruk. Pekerjaannya adalah menjual makanan dijalanan hanya untuk mengumpulkan duit kerana manjanjikan untuk membelikan anaknya sepasang kasut sekolah. Sayangnya, dari pagi hingga kepetang nda ada yang mau membeli jualannya. Mungkin dugaan Tuhan, tetapi Ibu ani masih tidak berputus asa kerana janjinya pada anak yang tercinta. Wawa terharu dengan cara ibu a ani mendekati pelanggan, penuh ramah dan mesra menyapa lembut setiap orang yang lalu lalang sambil ditangannya membawa sebakul makanan untuk didagangkan. Pada satu saat, dagangannya dirampas oleh seorang perempuan jahat yang kurang siuman. Ibu ani tidak pun terdengar jeritannya terpekik terlolong meminta tolong tetapi berlari mengekori sambil berbicara lembut memohon supaya dikembalikan bakulnya. Masyaallah!,...sampai atukah derita yang terpaksa dilaluinya? ...hanya sekadar ingin membeli sepasang kasut sekolah untuk anaknya yang selalu diejek kawan-kawan??, Pipi wawa basah lagi, nda sanggup rasanya maliat cerita selanjutnya....Tekanang wawa kasut abang adib dan kasut danish yang banyak sudah sempit tetapi masih boleh dipakai rasa kan wawa unjuk rasanya tapi apakan daya jauh. Disambung cerita, berkat kesabarannya, bakul makanan jualannya didapatinya dengan pertolongan orang yang lalu dikawasan atu. Di suatu simpang, Ibu ani ditemukan dengan seorang ibu yang berhati sangat prihatin iaitu ibu b. Ibu a merayu supaya kali ani jualannya dibeli kerana sedari pagi hingga kepetang jualannya nda laku laku, tetapi butuh wang untuk membeli kasut anak. Nampak diwajah Ibu b ani sifat keibuan dan simpati dengan nasib malang ibu a tadi. Dengan hanya menjual cacing tanah untuk dijadikan umpan orang untuk memancing, berapa ada sangatlah pendapatan ibu b. Kesemua makanan dibeli dan wang yang ada diberi kepada ibu a dengan ikhlas, meski dirinya jua memerlukan untuk membayar biaya sekolah anak-anaknya. Walau tidak berapa mencukupi, ibu a menerima wang dengan penuh kesyukuran dan sebelum pergi, ibu a mendoakan semoga jualan cacing ibu b ani mudah-mudahan laku. Sebak melihat keikhlasannya, insan yang merakamkan tontonan cerita ani mengunjuk wang kepada ibu b sehingga ia terkejut tetapi berkeras tidak mahu menerima sehingga dipujuk berkali kali.

Niat ikhlas akan dibalas dengan seribu kebaikan,...Insyaalah.

Life is short, so...make it sweet!......Soo Sweet!,..

For me, dimana pun saja dan apapun jenis pekerjaan adalah sama asal kan halal dan ganjarannya mendapat berkah. Kalau bekerja didalam bidang yang sama, dimana mana pun sama jua theory dan practicenya ganya berlainan cabang. Ketahanan hati, kekuatan minda dan spiritual mau tau hehehe. Urat dawai tulang besi hahahaha........ waduh!..waduh!.. kok bisa mencabar gue sendiri gawat...gawat nih!. mata ngak bisa terpejam terpelik, tidur kekiri salah, kekanan jugak sa...lah!. Jadi apa ceritanya....bangsawan diudara errr atau bujang sigandam??..ngak jugak!...begawan solo?...ngak jugak!...laila majnun?...ngak jugak!...seribu satu malam?...ngak ah! ......lalu apa sih??!.

Sebenarnya siapa pun bisa termudah menjadi dirinya begitu sensitif ....aah!..Offended barangkali!...nda kira apa pun puncanya!. Masalah kadang ngak bisa diketerpikan, harusnya digendong gitu!.....kadang, bila kita nyembunyikan sesuatu, wah!..masing masing mau ingin tau banget!!. Tapi bila kita mau cerita sesuatu, semuanya angguk anguk aje, yang pasti dibelakang kita semuanya geleng-geleng ku capi hahaha. Jadi saya setuju banget deh ama lagu yang satu ini......"Kadang, suatu perkara...lebih baik didiamkan saja.....; Kadang mendiamkan diri.., lebih baik dari bersuara!...."

Tapinya lapas atu dituduh pulak marung!, nda mau nagur!,..apa jua kami ani!....Eeehhhhh!....JADI APA SIH MAUNYA???!!....
Nda mau bezakan diantara-antaranya,...waduh ama aja. Manusia kan sebentar bisa jadi malaikat dan bisa menjadi munafik silih berganti atas desakan sesuatu mungkin eyah!.. kalau mungkinnya ngak, ngomong aja ama diri sendiri.....gitu!...ehehehe..

Aduh sudahlah...lupakan aje!..relaks dong!... Apa gue masih bermimpi atau udah berpijak dibumi yang nyata lagi hakiki??... Cubit peha,....aduh sakit!!. Eyah, aku masih sadar nih....
A few weeks to go back to my previous unit..... Thanks to semuanya, banyak pengajaran dan pelajaran yang sudah dicetak!.... buruk dan baiknya harus ditelan...umph!!.. rasanya panadol juga rasa coklat, strawberry, vanilla, mint.... yummy!..yummy!...Tapi masih juga ada harga diri bila diri dimau, diperlu......ya eya lah!...insyaallah bisa buat yang terbaik selagi masih ada kecintaan terkadang masih juga di******** .......ooppps!!!....astaghfirullahul Azim, allahuakbar!!!

Kajap buang stress...

I love Maroon:
Melambangkan kekuatan, kemahuan atau cita cita, sifatnya agresif, eksentrik, berkemahuan keras, penuh ghairah, dominasi dan jantan.

I love Coklat:
Suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleransi, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

I love Ungu:
Antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan.

Hhmmm,....ada jua banarnya tapi ada jua yang nda pasti tapi kebanyakannya lurus hahaha!..
Ambil saja yang baiknya, yang kurang ditingkatkan...umph!..insyaallah.

Hmmm... sudah 3 hari fever on n off. Panadol n tamiflu masih on. Nafsu makan pun nda tantu maklum sakit menalan n telinga bangal n padas rasa lidah. Ehehe baik jua nda bedangan, mun nda nuhun ooppps senyum saja dari jauh jangan nda menghampakan paham paham saja. Glister amway malar wawa spray supaya menyamankan rasa mulut, segar rasanya bau mint. Danish alhamdulillah sekajap saja damam, now ok. Adib kuat antibodynya kadang tutup mulut ketawakan mami takut jangkit hehehe. Eeh jauh hati mami, ndalah viral fever saja. Liur damam ani tekanang menu menu kampung- lauk rabus, tahai tumis, ulam-ulam wow best tais liur wawa. Now lagi time adib coming first term exam year 7. Tadi minta ajarkan mami menghafal suruh al-zalzalah dari wikipedia internet, it works jua..sampai tetidur adib menghafal. Danish esuk macam biasa every saturday ada english n malay dictation test. Tadi ajar danish, semua ia tejawap..mudahan esok masih ingat, amin. Waaw nda dapat tidur, rasa kan minum susu dutch lady strawberry ummph!. Masa damam ani balik balik wawa mandi, nda wawa beguna heater tapi mau jua sejuk ntah mungkin pasal dalam badan panas. Baju pun balik balik betukar mungkin pasal mudah bepaluh. Masani allergic banar wawa kan habuk,kadang tepaksa pakai mask maklum mudah jadi batuk kalau sudah stat selesma. Tidur pun terganggu, tepaksa pakai bantal at least 2 tingkat hehehe teruk jua wawa ani eh kalau damam. Terhibur jua hati wawa tadi liat rizqa 'winnie the pooh' wawa. Sayang wawa anak buah wawa ani rajin menagurkan wawa, ada ada saja ceritanya ngam lah sama danish. Irfan,...wow macam lipas, nda teranah duduk ada ada saja kan dibuatnya. Sungguh camatu manja jua semana mana bepangku arah wawa, menyacah punggung saja lapas atu gauk tia balik. Damia pun ada hehehe makin pintar bekurapak tapi takutkan abang adib, liatnya abang adib panjang basar sudah, suara lagi sudah sangau. Next month adib sudah 12 tahun, muda sudah bujang sudah anak mami ani. Pendiam nda banyak cakap, maliat adib solat n study sudah sajuk hati mami, ganya susah banar hati mami kalau adib be facebook saja takut lalai. Danish, rasanya janganlah capat basar macam abang adib, karang mami nda kawan. Kata danish, mami kawinlah kalau danish sudah basar.....hahaha cali!. Danish suka buatkan mami minuman tea n milo, kadang buatkan abang adib nya minuman. Danish suka kedapur dangankan mami cuci piring, kadang maunya sendiri nda mau mami cucikan. Satu yang mami suka, danish prihatin n pengasian orangnya. ketara bila mami damam, danish selalu disiring mami perhatikan mami. kalau mami susah hati n menangis, danishlah orang pertama menakul mami sambil tanya...."kenapa mami nangis?....". Semoga segala pengorbanan mami akan selalu dihargai oleh anak anak mami, Amin...

Last sunday, sempurnalah majlis persandingan Iju, my cuzen dikulapis. Semoga berbahagia dan sejahtera selalu. Meriah lah jua rumah dikulapis, cuzen cuzen lain turut sama menumpang stay maklum iatah saja ni musimnya beramai ramai bekumpul. Ngaleh jua melayan orang datang but at the same time happy jua lagipun cuti memanjang friday to sunday. Wawa kana standby saja 23hb n 27hb, esuknya lagi beramai ramai iatah lalah terasa kan damam. Adib n Danish bukan main siuk lagi ada dangan bemain game dibliik masing masing. Auntie Wan dari singapore pun ada datang n wawa yang suruh nek wan stay dirumah. Bilik tuk auntie wan sudah ready hoping comfortable stay here. Rasa kan masak tiap masa tuk our guest tapi kesuntukan rasanya masa sebab kan kerumah nini uwa lagi liat persiapan n tolong mana mana yang patut. Habis berdikir dimalam berbedak, bekaraoke tia tuk hiburkan family. Wawa nda berapa suka bekaraoke, saja liat liat lagu mana berkenan tapi ahirnya menyanyi jua 3 lagu saja saja tuk hiburkan hati n family. Wah...pandaikan wawa nyanyi?...testing 1 2 3 chewah habis satu lagu nyanyat lagi kan belagu. Hehe ada tia jua cuzen ani tangkap gambar kan dimasukkan dalam facebook hahaha nyaya nyaya!....Rupanya lagu lagu yang wawa pilih ani lagu duet hehehe. Mula mula duet sama ntah saudara jua lah tapi orangnya malu malu tapi suara hmmm...bole tahan jua. Second time wit my uncle, amit n third wit my cuzen. wah...iakan, suara wawa mendayu dayu....oops!.. Maklum manyanyi dengan luahan hati hahaha. Now, alhamdulillah selesai sudah. Dua dua anak tua sudah kawin, nda lagi ada saudara rapat yang kawin dikulapis ani. Tapi ada jua yang mengusik ada lagi sorang kan dipengantinkan hahaha wawa said....impossible tapi nda tau kalau ada jodoh atu saja becos so far ntah ah.... auntie Wan dipanjangkan sehari stay dirumah auntie mina (our inspector) but pencen dah tapi.....badan cergas n maintain wah!...really admire her. Lusanya auntie wan baru balik singapore sebab she is teaching maths dimadrasah..... wah!,..'practice make perfect'!..Kadang siuk jua kalau mikirkan diri turut bujang, nda apa apa yang mengganggu fikiran... Tapi masing masing diberi bahagian oleh tuhan tuk menjalankan peranannya masing masing kan.. Now sunyi banar, malam nda kawan wawa lagi kan becerita sampai subuh hahaha.. Cerita pasal dulu dulu, pasal cinta dulu oopppsss!... kata auntie wan "Its better to be loved n lost rather than no love" hehehe.