S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.
(semasa bersalin, sampel darah diambil dari tali pusat dan dihantar ke makmal untuk ujian G6PD).

Fungsi enzim G6PD:
Untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan lebih awal.

Apa yang perlu IbuBapa lakukan?
Elakkan anak awda dari bahan bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah seperti:

  1. kacang parang
  2. Ubat Gagat
  3. Ubat ubat tradisional/jamu
  4. Ubat nyamuk
  5. Memberi ubat ubat sendiri tanpa arahan Doktor.
Apa akan berlaku jika termakan bahan bahan diatas?
  1. Sel darah merah musnah dengan cepat
  2. Bayi akan dapat kuning/jaundice dengan serta merta (Yang boleh menyebabkan kecacatan otak/pendengaran).
  3. Air kencing berdarah atau berwarna seperti teh pekat.
  4. Pucat
  5. demam
Bolehkah seseorang yang mempunyai kekurangan G6PD hidup secara normal?
  1. Mereka boleh hidup secara normal, tetapi mesti mengelakkan makanan atau ubat ubatan tertentu (seperti yang telah disebutkan sebelum ini).
  2. kekurangan ini adalah sepanjang hayat, nemun ia BUKAN penyakit berjangkit.
  3. G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak kanak lelaki. Manakala kanak kanak perempuan sebagai pembawa (carrier).

Obesity/kegemukan:
Kurangkan....

  1. Sweets (manis-manisan)- kuih, susu pekat, gula putih, air gas/syrup, gula-gula/chocolate.
  2. Fats (minyak & lemak)- keju full fat, susu/yogurt full cream, santan, minyak/deep fry, lemak daging/kulit ayam.
  3. Kanji (carbohydrate)- Nasi/pulut/tapai (2 suap kecil saja), roti (1-2 keping roti wholemeal/rye (pumper nikel)/chapati/naan), ubi (kayu,keledek,kentang), mee (semua jenis/spaghetti/macaroni-2 suap kecil saja)
  4. Cholesterol (sila ikuti bahagian cholesterol)
Darah Tinggi:
Kurangkan...
  1. garam
  2. Kicap
  3. Ikan masin
  4. Telor masin
  5. Ikan bilis
  6. Ajinomoto
  7. cencalu
  8. Air gas
  9. Keju
  10. Kurangkan berat badan
Cholesterol:
Kurangkan...
  1. Kuning telor (kek lapis, serimuka, serikaya.....)
  2. Sotong/ketam/udang
  3. Keju/susu penuh lemak)
  4. Hati (liver ayam, kambing, lembu)
  5. Brain (otak)
  6. Daging merah
Gout (sejahan):
Kurangkan...
  1. Bahan bahan proteun (paru,limpa, hati, daging, ikan, pusu, ayam, tauhu, tempe)
  2. Kekacang
  3. Telor ikan
Yang boleh...
  1. Nasi
  2. Sayur
  3. Buah
  4. Sedikit isi ikan yang besar (bukan ikan pusu)
Saturated Fats/Triglicerides (Lemak-lemak):
Kurangkan...
  1. Santan/minyak kelapa
  2. Rendang/kerisik
  3. Lauk lemak
  4. Roti prata/martabak/wajid/lemak/kelupis
Nasi minyak/ayam/lemak/beriani
  1. Lemak daging/ayam (kulit/tungking)
  2. Mebtega/minyak sapi
Yang boleh...
Sedikit minyak olive (zaiton), canola, sunflower (bunga matahari), kacang soya.


NASIHAT AM
  1. Lebihkan~Sayur daun/ulam-ulam, buah-buahan, minuman air putih (lebih kurang 2 liter sehari)
  2. Kurangkan/hentikan~ rokok/pipe/dadah, minuman keraqs, gamdum putih (ganti dengan capati iaitu tepung atta), gula putih (ganti dengan sedikit air madu/gula melaka), margerin, deep fry (digoreng memakai lemak/minyak yang banyak)
  3. Pilihlah~dalam masakan (makanan yang direbus)~susu/keju/yogurt (yang low fat/rendah lemak)
  4. Amalkan....
Madu lebah asli (didalamnya mengandungi ubat untuk badan manusia)-Al-quran
Biji jintan hitam (ubat segala penyakit melainkan maut)-Al-Hadis
Makan berpada-pada
Exercise/senaman~sekurang-kurangnya setengah jam 3 kali seminggu.
Bertenang selalu~kurangkan sifat geram, dendam dan stress (rasa tidak puas hati)
Amalan baik~berpuasa, amalan ayat Quran, sedekah dan kerja kebajikan
Sentiasa berfikiran positif.

G6PD (Glucose.6.Phosphate Dehydrogenase) is a hereditary enzyme found in the red blood cells. Deficiency of this enzyme can damage the red cells when exposed to infection, certain drugs or food, resulting in jaundice especially during the first 3 weeks of life. If the jaundice is severe, it can result in brain damage.

All newborns are routinely screened for this enzyme deficiency, which occurs in 28% of our population.

G6PD deficiency being hereditary and thus lifelong, it is important to avoid certain drugs or foods which can trigger a reaction.

6:10:00 PM

If Your child has G6PD Deficiency....

There are certain precautions that must be taken for the rest of his life:

  1. At every visit, tell the doctor or dentist that your child has G6PD deficiency
  2. Don't use mothballs on clothes and bedding
  3. Don't give your child any traditional medicines such as certain herbs and beans such as san zi zi, fava beans (bian dou or kacang parang) and chuan lian (banned in Singapore)
  4. Remind the bdoctor that your child has G6PD deficiency if any of certain western medicines are prescribed for him
  5. Don't buy any medicines yourself from a pharmacy for your child without consulting a doctor
This is a list of the more common medicines to avoid. please consult your family doctor for information on other medicines;

Antipyretics (for treating fever):
Aspirin (acetylsalicylic acid)
Phenacetin (acetophenetidin)
Acetanilid
Antipyrine
Aminopyrine

Antibiotics (for treating infection):
Nitrofurantoin (furadantin)
Furazolidone
Nitro Furazone
Sulfisoxazole (Gantrisin)
Sulphamethoxazole
Sulphamethoxy pyridine
Sulphanilamide

Antimalarials (for preventing malaria):
Primaquine
Pamaquine
Pentaquine
Quinine
Chloroqiune

Others:
Nalidixic acid
Phenylhydrazine
probebecid
Vitamin K3

  • Chemicals in mothballs, certain medicines, herbs and beans make the red blood cells break down in people with G6PD deficiency.
  • Breastfeeding mothers should not take any of the above too as the chemicals can reach the baby through breast milk.

Health Promotion Board, Singapore.
www.hpb.gov.sg/www.healthylife.org.sg

Spacer devices are made out of plastic material . Material that accumulates are static charge. This charge will attract the drug particles so differing amounts of drug will be delivered on each dose. The charge effect will reduce with use. Therefor to wash the spacer more than once a week is not recommended.

To Wash a Space Device:-

  1. Separate the two halves of the spacer
  2. Use a soap detergent to wash the spacer
  3. Rinse and leave to dry
  4. Do not wipe the spacer dry, as this will cause a static charges that will impede the flow of the drug.

SN Zuriyati Hj Ismail
Paediatric Clinic,
Paediatric Unit/Department,
RIPAS Hospital. BSB.

ASMA- Penyebab dan Rawatan

Semasa serangan asma saluran udara paru-paru menjadi sempit sehingga menyukarkan udara mengalir melaluinya. Pernafasan menjadi lebih sukar dan bising dan kanak-kanak mungkin mengalami perasaan 'kesempitan' dada. Semasa serangan teruk kanak-kanak mungkin mengalami kelemasan udara.

Penyempitan Saluran Udara: Disebabkan oleh kontraksi otot.
Keradangan: menyebabkan lapisan saluran udara membengkak dan menghasilkan banyak kahak yang menghalang aliran udara.

Asma boleh dikawalnmelalui rawatan campuran STEROID sedutan dan agen BRONKODILATOR.

Steroid sedutan:Bengkak boleh berkurangan walaupun otot masih berkontraksi.
Bronkodilator: Otot mengalami relaksasi walaupun bengkak masih kekal.

Jadi apabila steroid sedutan dan agen bronkodilator ini digunakan, bengkak akan berkurangan dan otot akan mengalami relaksasi (combined therapy).

UJIAN KAWALAN PENYAKIT ASMA: (ketahui markah ujian kawalan penyakit asma kanak-kanak): Ujian ini akan mengira markah keseluruhan bagi ujian kawalan asma anak awda yang akan membantu doktor menilai kawalan asma kanak-kanak. sekiranya kawalan asma tidak memuaskan, mungkin tiba masanya untuk menukar pelan tindakan penyakit asma kanak-kanak. Pada kebiasaannya ujian kawalan penyakit asma ini dibuat sebelum membawa anak awda berjumpa doktor pada hari yang sama.

Cara mengambil ujian kawalan penyakit asma bagi kanak-kanak:
Langkah 1: Biarkan anak menjawab soalan soalan 1-4. sekiranya kanak-kanak itu memerlukan pertolongan awda membaca atau memahami soalan tersebut, ibubapa boleh membantu tetapi pastikan yang anak awda yang memilih jawapan soalan 5-7 harus dijawab oleh ibubapa tanpa mengendahkan jawapan anak awda.
Langkah 2: Catit markah diperolehi (markah 1 hingga 5) untuk setiap soalan
Langkah 3: Jumlahkan markah untuk mendapatkan markah keseluruhan anak awda
Langkah 4: berbincang dengan doktor berkenaan kawalan asma anak awda.

Soalannya:-

1. Bagaimana keadaan asma hari ini?
2. Adakah asma memberikan masalah sewaktu berlari, bersenam ataupun bersukan?
3. Adakah batuk disebabkan oleh asma?
4. Adakah bangun diwaktu malam disebabkan oleh asma?
5. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mempunyai simptom asma pada waktu siang?
6. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mengalami semput/lelah disebabkan oleh asma pada waktu siang?
7. Dalam masa 1 bulan yang lalu, secara puratanya, berapa kerap anak awda bangun waktu malam disebabkan oleh asma?

Markah keseluruhan anak awda:
Markah <20 adalah hilang sasaran kerana disebabkan Asma anak awda TIDAK TERKAWAL.
Sila berbincang dengan doktor untuk meningkatkan kawalan asma anak awda.

Apakah maksudnya sekiranya markah keseluruhan anak saya ialah 19 ataupun kurang?

  1. Sekiranya markah ialah 19 ataupun kurang, mungkin kawalan asma anak awda kurang memuaskan dan tidak terkawal sepenuhnya.
  2. Sila tunjukkan ujian kawalan asma ini dan berbincang dengan doktor. Doktor boleh menyarankan pelan tindakan penyakit asma bagi membantu kawalan asma anak awda.
  3. Sila berbincang dengan doktor mengenai ubat asma jangka panjang yang boleh membantu mengurangkan dua penyebab utana simptonm asma iaitu mengawal inflamasi dan pengecutan saluran pernafasan untuk memperolehi kawalan asma sepenuhnya.

ASTHMA ACTION PLAN (Rancangan Tindakan Asma/Ampus.


A. UBAT PENCEGAH (PREVENTER):
Digunakan setiap hari (no cough or wheeze); Jangan berhenti menggunakan ubat pencegah.
Alat sedut Coklat (Becotide Inhaler dan Pulmicort Inhaler)/Ungu (Serotide Inhaler). ? puffs/times per day.
Singulair (montelukast) 1 tablet per day

B. UBAT PELEGA (RELIEVER): Ventolin/Bricanyl Turbuhaler.
Digunakan sebelum melakukan exercise atau bermain.
Alat Sedut Biru Ventolin 2 puffs sahaja bila perlu setiap 4-6 jam.

Ubat Pelega Reliever perlu diambil dos tambahan jika terjadi simptom yang teruk: Jika batuk dan selesma.
Pada masa yang sama,teruskan menggunakan pencegah (preventer)
Dengan menggunakan aerochamber, Ventolin 6 puffs/Bricanyl Tubuhaler 3 puffs 4-6 jam.
Jika simptom berkurangan, kurangkan dos dan kekerapan penggunaan.
Berhenti menggunakan apabila sudah sembuh selalunya dalam tempoh masa 1 minggu.

Tetapi apabila simptom berterusan: seperti batuk yang semakin teruk dan selalu terjaga dari tidur.
Gunakan Ventolin: 6 puffs/Bricanyl Turbuhaler 3 puffs setiap 4 jam.
Jika simptom berkurangan pada masa itu, kurangkan dos pengambilan.

Apabila simptom bertambah teruk seperti sesak dada, sesak nafas sehingga tidak boleh bercakap: Iaitu apabila ventolin/Bricanyl digunakan kerap setiap 3 jam.
Jangan dilengahkan dan awda perlu membawa anak awda berjumpa doktor.
Atau hubungi Ambulan (991)
Teruskan menggunakan ventolin 6 puffs/Bricanyl 3 puffs setiap 15-30 minit sehingga ambulan datang.

(Adapted from Asthma Plan Generator, Royal children's Hospital, Parkville, Australia).

Penyakit Asma (asthma) adalah suatu penyakit kronik yang menyerang saluran pernafasan
(bronchiale) pada paru paru dimana terdapat radangan (inflamation) dinding rongga bronchiale sehingga mengakibatkan penyempitan saluran pernafasan yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas.

Faktor penyebab:

  • Penyakit asma seringkali dikaitkan dengan mereka yang mempunyai sejarah atau latar belakang keluarga yang jua terdiri daripada pesakit asma.
  • Penyakit asma banyak berlaku dinegara maju, terutama yang mempunyai kadar pencemaran udaranya yang tinggi, baik dari asap yang dikeluarkan oleh aktiviti perindustrian, asap kenderaan mahupun debu dan sebagainya.
Tanda tanda awal anak mendapat asma;

  • Mood yang berubah ubah seperti selalu menangis
  • Selalu mendapat demam
  • selsema
  • Batuk yang berpanjangan
  • Gangguan tidur akibat serangan asma
  • Tidak dapat menjalankan aktiviti harian disebabkan gejala asma
  • Kekurangan aliran puncak (bacaan pada peak 'flow meter'
Tanda tanda yang perlu diambil lebih perhatian;
  • Apabila kelihatan ada gerakan pernafasan yang terlalu laju dibahagian dada dan perut anak berkenaan.
  • Tidak selesa dan tidak dapat berbaring
  • Bibir dan hujung jari (kuku) kelihatan membiru.
Rawatan untuk pesakit Asma;
  • Adalah sangat penting dan mustahak untuk ibubapa supaya memastikan pengambilan ubat kepada anak berkenaan secara berterusan dengan cara yang betul iaitu tidak boleh diberhentikan selain dari arahan Doktor.
  • Apabila pernafasan anak menjadi tidak stabil seperti sukar untuk bernafas, segeralah membawa anak biskita keklinik yang berhampiran atau kehospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
  • Pada kebiasaannya, Doktor akan memberikan 'Nebulizer' iaitu sedutan gas untuk mencairkan kahak atau lendir dalam saluran pernafasan anak tadi. Kerana Nebulizer adalah ubat sedutan yang terus masuk kedalam saluran pernafasan.
Kaedah perubatan Alternatif;
  • Homeopathy
  • Madu lebah asli
  • Scott Emulsion (minyak ikan kod)
Petua petua tradisional;
  • Ikan belut yang dimasak sup atau digoreng sahaja
  • Telor burung puyuh
Tips penjagaan untuk anak yang mendapat Asma;
  • Elakkan dari memandikan mereka diawal pagi dan terlalu lewat petang. Ini kerana cuaca sejuk dipagi hari boleh mengakibatkan rasa sejuk pada dada mereka.
  • Pastikan selepas mandi disapu minyak angin diperut, dada, betis dan tapak kaki mereka untuk mengelakkan angin masuk kedalam tubuh mereka.
  • Elakkan jua dari memberi anak anak yang berkenaan memakan buah buahan yang berair dan sejuk seperti tembikai (sikoi), jambu air, betik (kepayas) dan buah buahan yang lain.
  • Jauhi dari memberi makan buah buahan yang masam seperti oren, limau, strawberi, anggur, epal hijau kerana kandungan acid citrus didalam buah tersebut akan menyebabkan lendir didalam saluran pernafasan anak berkenaan menjadi pekat dengan lebih cepat.
  • Elakkan jua dari memberikan mereka minuman yang bergas, minuman sejuk seperti ais batu, ais krim dan jangan biarkan mereka berendam terlalu lama didalam air atau kolam renang.
  • Adalah jua dinasihatkan untuk anak anak ini tidak ditujukan kipas yang terlalu kuat atau pada pendingin udara yang bersuhu terlalu sejuk (tukar ke mode fan).
Panduan Kecemasan;
  • Ambil Dos tambahan pada ubat yang diambil seperti yang telah diseneraikan didalam 'Asthma Action Plan' pada perjumpaan diklinik berdekatan atau diklinik pediatrik yang lalu.
  • Jika tidak jua ada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkanlah rawatan kecemasan dengan seberapa segera.


Anak anak adalah dinasihatkan untuk;


  • Membawa ubat yang telah diberikan kesekolah terutama sekali pada ketika anak anak melakukan aktiviti sukan seperti ubat Inhaler Ventolin (berwarna biru), Becotide (berwarna coklat)atau Serotide (berwarna unggu).
  • Apa yang penting anak anak hendaklah menjauhkan yang menyebabkan alahan pada pernafasan iaitu haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya.
  • Ibu bapa atau penjaga anak berkenaan sebaiknya mencatitkan kedalam kalendar pada setiap bulan, setiap kali anak dihinggapi asma dan ditunjukkan kepada Doktor pada perjumpaan yang berikutnya.
Semoga anak anak yang menghidap Asma ini akan cepat sembuh sepenuhnya, Insyaalah.