S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

Alhamdulillah, hampir semua kitani berada didalam kesejahteraan, tiada kacau bilau maupun kemiskinan. 'Average life'....kesederhanaan~ cool n practical. Tiada bebanan berat seperti yang dialami sebilangan manusia. Kerana terlalu lebih 'over' selalunya menjerumuskan kita kepada kekufuran dan akhirnya kefakiran...Naujubillahiminzalik...mohon dijauhkan Ya Allah. Sifat kesederhanaan sememangnya sudah dituntut oleh agama kitani yang mulia ini. Dari sifat kesederhanaan, menjadikan kitani lebih berhati hati, lebih menghargai dan lebih mensyukuri segala kurniaan dari Ilahi. Ibarat menaiki tangga, bila diri melangkah dengan sempurna, ada kesabaran dihati dan seimbang dunia dan akhirat...insyaallah kita akan menemui perjalanan. Jika diri sombong, takabbur dan lupa diri apalagi jika sampai membelakangi agama, ditambah pula tersilap langkah.....aduh!, kita akan jatuh ketanah jua....Masyaallah!..Barulah ingat dari mana asal usul, setelah kaki berpijak dibumi yang nyata.

Tadi telalai wawa maliat rancangan TV parabola dilambak yang menceritakan kisah dan teladan...Its life tentang rancah kehidupan yang dirakam secara tersembunyi dari seorang hamba Allah yang ingin mempelajari erti sebuah pengorbanan didalam mentadbir sebuah kehidupan. Sebak hati wawa maliat, hati seorang ibu mudah tersentuh, mudah sensitif!. Nda sadar menitik nitik aing mata maliat. Tapi ketawa wawa jua pasal malu adib sama Usu nampak wawa cry. Al-Kisah seorang ibu gigih (a) dan ibu yang berhati mulia (b)dari negara jiran. Semoga keduanya dirahmati tuhan, Amin. Ibu a yang mempunyai anak 5, yang terdesak ingin membelikan anaknya sepatu (kasut) sekolah kerana anaknya sudah sering diejek kerana mempunyai sepatu yang sudah koyak lagi buruk. Pekerjaannya adalah menjual makanan dijalanan hanya untuk mengumpulkan duit kerana manjanjikan untuk membelikan anaknya sepasang kasut sekolah. Sayangnya, dari pagi hingga kepetang nda ada yang mau membeli jualannya. Mungkin dugaan Tuhan, tetapi Ibu ani masih tidak berputus asa kerana janjinya pada anak yang tercinta. Wawa terharu dengan cara ibu a ani mendekati pelanggan, penuh ramah dan mesra menyapa lembut setiap orang yang lalu lalang sambil ditangannya membawa sebakul makanan untuk didagangkan. Pada satu saat, dagangannya dirampas oleh seorang perempuan jahat yang kurang siuman. Ibu ani tidak pun terdengar jeritannya terpekik terlolong meminta tolong tetapi berlari mengekori sambil berbicara lembut memohon supaya dikembalikan bakulnya. Masyaallah!,...sampai atukah derita yang terpaksa dilaluinya? ...hanya sekadar ingin membeli sepasang kasut sekolah untuk anaknya yang selalu diejek kawan-kawan??, Pipi wawa basah lagi, nda sanggup rasanya maliat cerita selanjutnya....Tekanang wawa kasut abang adib dan kasut danish yang banyak sudah sempit tetapi masih boleh dipakai rasa kan wawa unjuk rasanya tapi apakan daya jauh. Disambung cerita, berkat kesabarannya, bakul makanan jualannya didapatinya dengan pertolongan orang yang lalu dikawasan atu. Di suatu simpang, Ibu ani ditemukan dengan seorang ibu yang berhati sangat prihatin iaitu ibu b. Ibu a merayu supaya kali ani jualannya dibeli kerana sedari pagi hingga kepetang jualannya nda laku laku, tetapi butuh wang untuk membeli kasut anak. Nampak diwajah Ibu b ani sifat keibuan dan simpati dengan nasib malang ibu a tadi. Dengan hanya menjual cacing tanah untuk dijadikan umpan orang untuk memancing, berapa ada sangatlah pendapatan ibu b. Kesemua makanan dibeli dan wang yang ada diberi kepada ibu a dengan ikhlas, meski dirinya jua memerlukan untuk membayar biaya sekolah anak-anaknya. Walau tidak berapa mencukupi, ibu a menerima wang dengan penuh kesyukuran dan sebelum pergi, ibu a mendoakan semoga jualan cacing ibu b ani mudah-mudahan laku. Sebak melihat keikhlasannya, insan yang merakamkan tontonan cerita ani mengunjuk wang kepada ibu b sehingga ia terkejut tetapi berkeras tidak mahu menerima sehingga dipujuk berkali kali.

Niat ikhlas akan dibalas dengan seribu kebaikan,...Insyaalah.

Life is short, so...make it sweet!......Soo Sweet!,..

0 Responses to "Syukuri apa yang ada...."

Post a Comment