10:00:00 PM
Antasid adalah kumpulan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat masalah penghadaman (indigestion), perut yang kurang selesa selepas makan makanan terlalu banyak, sakit atau pedih ulu hati (heartburn) dan penyakit ulser peptik. masalah tersebut adalah disebabkan oleh kandungan asid didalam perut yang terlalu tinggi. Antasid bertindak dengan mengurangkan atau menseimbangkan kandungan asid ini.
Jenis-jenis penyakit gastrik dan ulser yang sering didapati:
- Pedih ulu hati (heartburn)
- Refluks gastroesofagus (gastric Reflux)- kandungan asid yang mengalir balik dari perut ke bahagian bawah esofagus
- Dispepsia (Dyspepsia)- ketidak selesaan bahagian perut selepas makan
- Gastritis- keradangan (inflamasi) pada bahagian lapisan perut.
Jenis antasid yang terdapat difarmasi kerajaan,
- Ubat "tablet' Antasid contoh Gaviscon tablet dan Hydrosil tablet.
2. Ubat Antasid cecair contoh Gaviscon liquid, Polysilic iii liquid dan Eviline Forte
Ubat ini diambil selepas makan dan sebelum tidur
peringatan: Jangan berbaring serta merta selepas mengambil ubat ini.
Berbagai produk dengan berlainan jenama terdapat dipasaran. Dosnya adalah mengikut panduan atau arahan yang disarankan bagi produk berkenaan.
Kesan Sampingan:
Kadangkala ubat antasid boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kekejangan perut (stomach cramp), rasa mual, muntah, sembelit dan cirit birit.
Peringatan dan Nasihat:
Sila jumpa doktor awda sekiranya simptom awda berlarutan lebih dari 2 minggu setelah mengambil ubat antasid.
Sila beritahu doktor awda sekiranya awda mempunyai penyakit buah pinggang.
Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan seperti zat besi dan ubat Tetracycline sekurang kurangnya 2 jam sebelum dan selepas memakan antasid. Ini disebabkan antasid boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan tersebut.
Makan makanan yang seimbang 3 kali sehari (sarapan, tengahari dan malam) dan elakkan memakan makanan yang tidak berkhasiat.
Elakkan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah penghadaman dan pedih ulu hati seperti:
- Makan terlalu banyak
- Mengambil makanan berlemak, berempah dan pedas
- Minum alkohol, kopi, minuman ringan bergas
- Makan coklat
- Buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato
April 3, 2015 at 8:29 PM �
As salam.. terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pengalaman.
March 4, 2022 at 3:54 PM �
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
Harrah's 안산 출장안마 Cherokee Casino & 울산광역 출장샵 Hotel - TripYRO 안동 출장샵 has 14 restaurants, a full-service spa, a casino, live entertainment, a 24-hour poker room, and an indoor pool. 제천 출장마사지 Rating: 4.1 바카라 사이트 유니벳 · 10 votes