S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

Ambil langkah-langkah yang perlu supaya dapat menghindarkan sebarang kemalangan dan kemungkinan berlakunya penyakit-penyakit seperti cirit-birit, kolera, tifoid dan lain-lain.

Ketika berlakunya banjir:

1. Masak Air Minum

  • Masak air minum terlebih dahulu dibiarkan mendidih selama 5 minit bagi mengelakkan jangkitan bawaan air
2. Sediakan Bekalan Air
  • Pastikan bekalan air awda bersih dan tidak tercemar sebelum digunakan sebab bekalan air paip atau sumber-sumber lain mungkin tercemar ketika banjir
  • Simpan air dalam bekas-bekas yang sesuai dan bertutup rapat untuk digunakan jika bekalan air terputus.
3. Masak Semua Makanan
  • Masak semua makanan dengan sempurna sebelum dimakan
  • Gunakan air yang bersih untuk membersihkan sayur-sayuran dan semasa membasuh pinggan mangkuk
4. Utamakan Kebersihan Diri
  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menghidang/menyediakan makanan dan selepas ketandas untuk mencegah penyakit dan keracunan makanan.
5. Jaga kebersihan Alam Sekitar
  • Jaga kebersihan alam sekitar dan jangan membuang sampah merata-rata terutama selepas banjir kerana ianya boleh menyebabkan pembiakan kuman-kuman penyakit berjangkit
6. Dapatkan Rawatan
  • Keadaan banjir boleh menimbulkan beberapa masalah kejadian penyakit-penyakit ringan seperti demam, selesema, batuk-batuk, cirit-birit dan juga penyakit yang merbahaya
  • Dapatkan rawatan segera di Pusat-Pusat Kesihatan/ Hospital-Hospital berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut
  • Bagi pesakit-pesakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan lain-lainnya, hendaklah menyimpan bekalan ubat-ubatan dengan sempurna dan mencukupi selama sebulan
7. Utamakan Keselamatan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri kepada air banjir bagi megelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti lemas dan kecederaan serta mencegah penyakit-penyakit seperti jangkitan kulit, cirit-birit dan lain-lain
  • Jangan biarkan kanak-kanak bermain air
  • Jangan sentuh dawai elektrik yang jatuh kedalam air
8. Ambil langkah berjaga-jaga
  • Sediakan Kit persediaan yang dilengkapi dengan lampu suluh, tempat dokumen penting, radio kecil, ubat-ubatan dan lain-lain yang diperlukan
  • Simpan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, paspot, surat beranak, kad kesihatan dan lain -lain di bekas/tempat yang selamat
  • Pastikan telefon bimbit berfungsi dengan baik
  • Sentiasa peka akan keadaan anak-anak dan ahli keluarga
  • Jangan cuba merempuhi jalan yang dinaiki air. Kenderaan awda berisiko untuk terkandas
  • Elakkan mengharungi air yang berarus sekiranya paras air melebihi paras lutut
  • Jsangan sentuh barangan elektrik sembarangan
9. Patuhi Arahan Pihak Berkuasa
  • Pasang radio untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan banjir
  • Pastikan awda bersedia selalu dan ikuti segera arahan pihak-pihak berkuasa
  • Apabila arahan berpindah dikeluarkan, tutup semua bekalan elektrik dan segera berpindah ke pusat-pusat penempatan sementara yang telah ditetapkan
Berhati-hati dan ambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan keluarga ketika banjir.

BERITA PERUBATAN,
FOKUS KESIHATAN-Bilangan 121, 2009.

0 Responses to "Persediakan bagi menghadapi banjir"

Post a Comment