6:15:00 PM
Bagaimana kita melihat isu jururawat Islam? Apakah yang dikehendaki oleh jururawat islam?. Adakah menjadi satu kesilapan jika kita mengambil manfaat dari tokoh jururawat barat seperti Florance Nightingle dan Virginia Herderson yang tidak islamik?. Adakah lengkap dengam kita hanya menjadikan tokoh jururawat Nusaybah dan Rufaidah sebagai model kejururawatan Islam?
Kita perlu kembali kepada fungsi dan tujuan kerjaya jururawat sebelum menjawap persoalan persoalan tersebut. Fungsi seorang jururawat adalah memberikan perawatan kepada pesakit sehingga mendapat kesembuhan.
Teori 14 keperluan activity of daily living (ADL) yang dicetuskan oleh Virginia Herderson akan dapat membantu para pesakit:
- Breathe normally
- Eat and drink adequately
- Eliminate body wastes
- Move and maintain desirable postures
- Sleep and rest
- Select suitable clothes- dress and undress
- Maintain body temperature within normal range by adjusting clothing and modifying environment.
- Keep the body clean and well groomed and protect the integument
- Avoid dangers in the environment and avoid injury to others
- Communicate with others in expressing emotions, needs, fears or opinions
- Worship according to one's faith
- Work in such a way that there is a sense of accomplishment
- play or participate in various forms of recreation
- Learn, discover, or satisfy the curiosity that leads to normal development and health and use the available health facilities.
Kesimpulannya, tidak menjadi masalah jika kita mengambil prinsip-prinsip dan teori kejururawatan yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh jururawat barat seperti Florance nightingle dan Virginia Herderson dalam bidang kejururawatan. kerana kita dapat mengambil hikmah segala perkara-perkara baik dari prinsip-prinsip tersebut. Ia akan menepati keperluan dalam memajukan perawatan. kita bukan mengagung-agungkan Eropah tetapi kita hanya mengambil hikmah dan iktibar untuk kita menjadi lebih maju...lebih kurang menjadikan mana yang baik dijadikan teladan dan menjadikan yang buruk itu sebagai sempadan kehidupan.
Sebagaimana kata Imam Malik: "Tidak gemilang umat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang".
Apakah Nilai Islam dalam kejururawatan?
Pada masa dahulu seorang muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. Ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata. Contohnya Ummu Nusaibah binti kaab kerana mempertahankan rasulullah SAW dan pengikutnya didalam peperangan Uhud" (Mustafa Mashyur).
Quantum Intifada, may 31,(2009)
0 Responses to "JURURAWAT ISLAM"
Post a Comment