S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

ASMA- Penyebab dan Rawatan

Semasa serangan asma saluran udara paru-paru menjadi sempit sehingga menyukarkan udara mengalir melaluinya. Pernafasan menjadi lebih sukar dan bising dan kanak-kanak mungkin mengalami perasaan 'kesempitan' dada. Semasa serangan teruk kanak-kanak mungkin mengalami kelemasan udara.

Penyempitan Saluran Udara: Disebabkan oleh kontraksi otot.
Keradangan: menyebabkan lapisan saluran udara membengkak dan menghasilkan banyak kahak yang menghalang aliran udara.

Asma boleh dikawalnmelalui rawatan campuran STEROID sedutan dan agen BRONKODILATOR.

Steroid sedutan:Bengkak boleh berkurangan walaupun otot masih berkontraksi.
Bronkodilator: Otot mengalami relaksasi walaupun bengkak masih kekal.

Jadi apabila steroid sedutan dan agen bronkodilator ini digunakan, bengkak akan berkurangan dan otot akan mengalami relaksasi (combined therapy).

UJIAN KAWALAN PENYAKIT ASMA: (ketahui markah ujian kawalan penyakit asma kanak-kanak): Ujian ini akan mengira markah keseluruhan bagi ujian kawalan asma anak awda yang akan membantu doktor menilai kawalan asma kanak-kanak. sekiranya kawalan asma tidak memuaskan, mungkin tiba masanya untuk menukar pelan tindakan penyakit asma kanak-kanak. Pada kebiasaannya ujian kawalan penyakit asma ini dibuat sebelum membawa anak awda berjumpa doktor pada hari yang sama.

Cara mengambil ujian kawalan penyakit asma bagi kanak-kanak:
Langkah 1: Biarkan anak menjawab soalan soalan 1-4. sekiranya kanak-kanak itu memerlukan pertolongan awda membaca atau memahami soalan tersebut, ibubapa boleh membantu tetapi pastikan yang anak awda yang memilih jawapan soalan 5-7 harus dijawab oleh ibubapa tanpa mengendahkan jawapan anak awda.
Langkah 2: Catit markah diperolehi (markah 1 hingga 5) untuk setiap soalan
Langkah 3: Jumlahkan markah untuk mendapatkan markah keseluruhan anak awda
Langkah 4: berbincang dengan doktor berkenaan kawalan asma anak awda.

Soalannya:-

1. Bagaimana keadaan asma hari ini?
2. Adakah asma memberikan masalah sewaktu berlari, bersenam ataupun bersukan?
3. Adakah batuk disebabkan oleh asma?
4. Adakah bangun diwaktu malam disebabkan oleh asma?
5. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mempunyai simptom asma pada waktu siang?
6. Dalam masa 1 bulan yang lalu, berapa kerap anak awda mengalami semput/lelah disebabkan oleh asma pada waktu siang?
7. Dalam masa 1 bulan yang lalu, secara puratanya, berapa kerap anak awda bangun waktu malam disebabkan oleh asma?

Markah keseluruhan anak awda:
Markah <20 adalah hilang sasaran kerana disebabkan Asma anak awda TIDAK TERKAWAL.
Sila berbincang dengan doktor untuk meningkatkan kawalan asma anak awda.

Apakah maksudnya sekiranya markah keseluruhan anak saya ialah 19 ataupun kurang?

  1. Sekiranya markah ialah 19 ataupun kurang, mungkin kawalan asma anak awda kurang memuaskan dan tidak terkawal sepenuhnya.
  2. Sila tunjukkan ujian kawalan asma ini dan berbincang dengan doktor. Doktor boleh menyarankan pelan tindakan penyakit asma bagi membantu kawalan asma anak awda.
  3. Sila berbincang dengan doktor mengenai ubat asma jangka panjang yang boleh membantu mengurangkan dua penyebab utana simptonm asma iaitu mengawal inflamasi dan pengecutan saluran pernafasan untuk memperolehi kawalan asma sepenuhnya.

ASTHMA ACTION PLAN (Rancangan Tindakan Asma/Ampus.


A. UBAT PENCEGAH (PREVENTER):
Digunakan setiap hari (no cough or wheeze); Jangan berhenti menggunakan ubat pencegah.
Alat sedut Coklat (Becotide Inhaler dan Pulmicort Inhaler)/Ungu (Serotide Inhaler). ? puffs/times per day.
Singulair (montelukast) 1 tablet per day

B. UBAT PELEGA (RELIEVER): Ventolin/Bricanyl Turbuhaler.
Digunakan sebelum melakukan exercise atau bermain.
Alat Sedut Biru Ventolin 2 puffs sahaja bila perlu setiap 4-6 jam.

Ubat Pelega Reliever perlu diambil dos tambahan jika terjadi simptom yang teruk: Jika batuk dan selesma.
Pada masa yang sama,teruskan menggunakan pencegah (preventer)
Dengan menggunakan aerochamber, Ventolin 6 puffs/Bricanyl Tubuhaler 3 puffs 4-6 jam.
Jika simptom berkurangan, kurangkan dos dan kekerapan penggunaan.
Berhenti menggunakan apabila sudah sembuh selalunya dalam tempoh masa 1 minggu.

Tetapi apabila simptom berterusan: seperti batuk yang semakin teruk dan selalu terjaga dari tidur.
Gunakan Ventolin: 6 puffs/Bricanyl Turbuhaler 3 puffs setiap 4 jam.
Jika simptom berkurangan pada masa itu, kurangkan dos pengambilan.

Apabila simptom bertambah teruk seperti sesak dada, sesak nafas sehingga tidak boleh bercakap: Iaitu apabila ventolin/Bricanyl digunakan kerap setiap 3 jam.
Jangan dilengahkan dan awda perlu membawa anak awda berjumpa doktor.
Atau hubungi Ambulan (991)
Teruskan menggunakan ventolin 6 puffs/Bricanyl 3 puffs setiap 15-30 minit sehingga ambulan datang.

(Adapted from Asthma Plan Generator, Royal children's Hospital, Parkville, Australia).

Penyakit Asma (asthma) adalah suatu penyakit kronik yang menyerang saluran pernafasan
(bronchiale) pada paru paru dimana terdapat radangan (inflamation) dinding rongga bronchiale sehingga mengakibatkan penyempitan saluran pernafasan yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas.

Faktor penyebab:

  • Penyakit asma seringkali dikaitkan dengan mereka yang mempunyai sejarah atau latar belakang keluarga yang jua terdiri daripada pesakit asma.
  • Penyakit asma banyak berlaku dinegara maju, terutama yang mempunyai kadar pencemaran udaranya yang tinggi, baik dari asap yang dikeluarkan oleh aktiviti perindustrian, asap kenderaan mahupun debu dan sebagainya.
Tanda tanda awal anak mendapat asma;

  • Mood yang berubah ubah seperti selalu menangis
  • Selalu mendapat demam
  • selsema
  • Batuk yang berpanjangan
  • Gangguan tidur akibat serangan asma
  • Tidak dapat menjalankan aktiviti harian disebabkan gejala asma
  • Kekurangan aliran puncak (bacaan pada peak 'flow meter'
Tanda tanda yang perlu diambil lebih perhatian;
  • Apabila kelihatan ada gerakan pernafasan yang terlalu laju dibahagian dada dan perut anak berkenaan.
  • Tidak selesa dan tidak dapat berbaring
  • Bibir dan hujung jari (kuku) kelihatan membiru.
Rawatan untuk pesakit Asma;
  • Adalah sangat penting dan mustahak untuk ibubapa supaya memastikan pengambilan ubat kepada anak berkenaan secara berterusan dengan cara yang betul iaitu tidak boleh diberhentikan selain dari arahan Doktor.
  • Apabila pernafasan anak menjadi tidak stabil seperti sukar untuk bernafas, segeralah membawa anak biskita keklinik yang berhampiran atau kehospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
  • Pada kebiasaannya, Doktor akan memberikan 'Nebulizer' iaitu sedutan gas untuk mencairkan kahak atau lendir dalam saluran pernafasan anak tadi. Kerana Nebulizer adalah ubat sedutan yang terus masuk kedalam saluran pernafasan.
Kaedah perubatan Alternatif;
  • Homeopathy
  • Madu lebah asli
  • Scott Emulsion (minyak ikan kod)
Petua petua tradisional;
  • Ikan belut yang dimasak sup atau digoreng sahaja
  • Telor burung puyuh
Tips penjagaan untuk anak yang mendapat Asma;
  • Elakkan dari memandikan mereka diawal pagi dan terlalu lewat petang. Ini kerana cuaca sejuk dipagi hari boleh mengakibatkan rasa sejuk pada dada mereka.
  • Pastikan selepas mandi disapu minyak angin diperut, dada, betis dan tapak kaki mereka untuk mengelakkan angin masuk kedalam tubuh mereka.
  • Elakkan jua dari memberi anak anak yang berkenaan memakan buah buahan yang berair dan sejuk seperti tembikai (sikoi), jambu air, betik (kepayas) dan buah buahan yang lain.
  • Jauhi dari memberi makan buah buahan yang masam seperti oren, limau, strawberi, anggur, epal hijau kerana kandungan acid citrus didalam buah tersebut akan menyebabkan lendir didalam saluran pernafasan anak berkenaan menjadi pekat dengan lebih cepat.
  • Elakkan jua dari memberikan mereka minuman yang bergas, minuman sejuk seperti ais batu, ais krim dan jangan biarkan mereka berendam terlalu lama didalam air atau kolam renang.
  • Adalah jua dinasihatkan untuk anak anak ini tidak ditujukan kipas yang terlalu kuat atau pada pendingin udara yang bersuhu terlalu sejuk (tukar ke mode fan).
Panduan Kecemasan;
  • Ambil Dos tambahan pada ubat yang diambil seperti yang telah diseneraikan didalam 'Asthma Action Plan' pada perjumpaan diklinik berdekatan atau diklinik pediatrik yang lalu.
  • Jika tidak jua ada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkanlah rawatan kecemasan dengan seberapa segera.


Anak anak adalah dinasihatkan untuk;


  • Membawa ubat yang telah diberikan kesekolah terutama sekali pada ketika anak anak melakukan aktiviti sukan seperti ubat Inhaler Ventolin (berwarna biru), Becotide (berwarna coklat)atau Serotide (berwarna unggu).
  • Apa yang penting anak anak hendaklah menjauhkan yang menyebabkan alahan pada pernafasan iaitu haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya.
  • Ibu bapa atau penjaga anak berkenaan sebaiknya mencatitkan kedalam kalendar pada setiap bulan, setiap kali anak dihinggapi asma dan ditunjukkan kepada Doktor pada perjumpaan yang berikutnya.
Semoga anak anak yang menghidap Asma ini akan cepat sembuh sepenuhnya, Insyaalah.

Bertuturlah cinta mengucap satu nama,..
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Kusandarkan hidup matiku padamu

Bisikan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku padamu maha cinta
Sudah diubun ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
Merungkai butir cinta
Sujud syukur padamu...atas segala cinta..

Salam aidiladha......
Duhai bonda, duhai ayahanda....tanpa ku sedari airmataku mengalir, mendengar ayat suci seruan takbir. ku peluk ibuku, ku peluk ayahku...ku pohon restu. Ooh maafkan daku, kesalahan diriku. Terasa hangat pelukan ibu, terasa mesra pelukan ayah. Semangatku pulih seketika. Walau tiada kedua permataku disisi. Semalm hatiku gundah, dimana anak anakku??....bonda mengharapkan kepulangan anak anak tercinta. Tiada seri tanpa kehadiran putera puteraku. Semalam mami sms, mami telepon tapi tiada jawapan. Hati ini gundah lagi...aduh. Doa mami siang malam agar anak anak mami sihat sejahtera dimana jua berada. Baru pagi ini mami terima sms- anak anak mami bersama daddynya dan sekejap lagi kan balik. Wah, hati mami berbunga kembali. Semangat dan kekuatan mami pilih sepenuhnya. Terima kasih tuhan....

Ramai ramai berkumpul dilambak sempena aidiladha ini. kitani semua ditemukan sekali lagi dengan izin tuhan. Semua ada disini asai, ngangah ngangah, uda, amit dan usu....Cuzen cuzen pun ada.....pulanglah anak anakku. Mami rindu untuk memeluk kalian. Kemarin mami sms teacher adib to say thank you. kata teacher adib, "Same to mummy adib. It has been a pleasure teaching Adib and lucky he has a great mum..."...Wah, terasa beban yang ditanggung selama ini terurai. Ada satu lagi yang menghiris pilu hati mami, Kaka fifah. Kaka fifah 2nd cuzen adib sebelah daddynya same school sama adib. Setiap kali mami ambil adib, kaka fifah selalu salam cium tangan mami walau pun sudah tau situasi antara mami dan daddy. Tetapi ikatan persaudaraan masih ada, tiada benci dihati. Mami janji kalau pass psr mami pun kan bagi kaka fifah hadiah. Mungkin mami teringin banar tedapat anak bini bini iatah mami sayang kaka fifah. Happy rasanya mami maliat kaka fifah senyum memeluk mami masa mami bagi teddy bear n chocolate. Ngilu hati mami nya kaka fifah, "kalau fifah sudah year 7, nda dapat lagi jumpa auntie yati'. Katanya lagi, "kalau fifah rindu auntie yati, fifah takul saja teddy bear ani". Insyaallah, panjang umur dan dengan izin allah kitani kan berjumpa lagi. Nda terasa masa berlalu.....HARGAILAH ORANG ORANG YANG KITANI SAYANGI..

Tuhan,...berikan aku pedoman.
Tunjukkan aku kearah jalan yang kau redhai..

'Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi untuk kau isi sebagai isteri...untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita,....untuk kau beri erti dengan kelembutan,...untuk kau hargai dengan kasih sayang. Ku ingin kau jadi wanita mulia, yang tau harga budi dan hati,..seorang lelaki bernama suami....kerana kau isteri,... ku ingin kau mengerti bahwa hidup ini.....tak semudah yang kita janjikan,..yang kita janjikan, kerana kau isteri ku....'. Syahdunya dan gemersiknya alunan lagu dari sang suami. Alangkah indahnya alam maya jika disirami dengan Kasih sayang, dibanjiri dengan kemanisan sebuah kehidupan. Cinta itu indah, lembut di mata tenang dijiwa. Manusia memerlukan cinta kerana itu adalah fitrah semulajadi manusia,...ingin dibelai, ingin dimanja... Tetapi apa yang paling penting adalah RASA HORMAT dan MEMAHAMI perasaan. Sedangkan 'persamaan' yang disebut orang sekarang sebagai 'ADA CHEMISTRY' adalah diawal sesuatu perhubungan sahaja. Selepas itu.....aahhh! entah dimana silapnya. Atau mungkinkah ianya Qada' dan Qadar yang mana kita harus pasrah dan bertawakal kepadanya. Kata orang 'what past is past', biarkan yang berlalu biar berlalu. SENTIASA BERBAIK SANGKA KEPADA TUHAN dan BERBUAT BAIK KEPADA SESAMA MANUSIA. Walau hati disakiti, hancur berkecai. Namun siapalah aku sebagai hamba yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangannya. Sedaya mungkin, sekuat mungkin kekuatan dikumpulkan. Ahirnya, aku redha, aku pasrah dengan ketentuanmu ya Allah.....'mungkin ada yang lebih baik' berbisik ditelingaku. Tiada yang lebih baik dari mendapat rahmat dan keberkatanmu ya allah. Syukurlah...Diri ini masih kuat, masih jua mampu menjalani kehidupan ini.....apakah ini tidak mencukupi??.....jadi buat apa ditangisi lagi?. Siti Hawa yang terdampar sendiri tanpa Adam disisi selama bertahun tahun meski ada rindu dihatinya. Tapi berkat kesabaran dan iman yang kuat pada allah, akhirnya kembali bertemu Adam. jadilah juga seperti Siti hajar yang terlantar seorang diri dengan puteranya Ismail ditanah lapang yang tandus tanpa air yang akhirnya allah berikan air zam zam. Oleh kerana iman yang kukuh memberikan hidayah dan menjadikan mereka wanita wanita yang sentiasa dekat dengan Allah dan redha dengan ketentuannya....

Pengorbanan seiring dengan keikhlasan...menjanjikan kebahagiaan dan menghasilkan kejayaan. Dimanakah letaknya keikhlasan?....dihati. Hati yang bersih, jiwa yang tenang membuahkan keimanan dan ketaqwaan kepada tuhan. Akhirnya menimbulkan keinsafan dan melahirkan pengorbanan atas dasar kecintaan. Cinta pada ilahi dan sekalian makhluknya. Ingatlah jika kita menghormati orang, orang akan menghormati kita. Jika ingin diri disayangi, hendaklah kita jua menyayangi. Jangan ada dendam dan benci, kelak merosak diri sendiri. Terlalu banyak pengorbanan didunia ini......pengorbanan seorang ibu. IBu, terimakasih atas segalanya. Tiada ada insan yang lebih memahami selain ibu. Sesejuk airmata ibu, sebening kasih diwajah ibu. Aaahh,....mampukah aku sekuat ibu??. Bila saja terluka , hati ini bagai disiat siat pilu,....pedihnya!. Tipisnya perasaan dihati ini, mudah tergores bagai sembilu. Halusnya perasaan ini.....Rawannya hati ini......

Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu satu puteranya Nabi Ismail alaihissalam. Baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan. Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri. Lebih lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki hasil perkahwinan dengan siti Hajar. Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya. Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatannya kepada Allah taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang. Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan diatas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih diatas leher anak yang tabah itu. Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya. Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibassy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut. Sejak waktu itu Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kitani laksanakan setiap hariraya Adha atau hari hari Tasyrik.

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tarmizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:-
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh disisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.

Ibadat korban pada hariraya Adha ini dilakukan bukan sahaja semata mata untuk membantu kehendak syariat Islam dalam menghidupkan dan meneruskan sunnat nabi Ibrahim Khalilullah dan sebagai ikutan dari perbuatan Nabi Muhammad SAW. Disamping dapat menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin, tetapi lebih dari itu ialah sebagai simbolik dari pengajaran Islam, agar umat Islam hendaklah sentiasa berkortban dan berjihad dalam hidup mereka, pengorbanan itu sesuatu yang utama kepada pensaksian akidah untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup didunia dan diakhirat.

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, betapa ramai orang orang yang telah berkorban kerana Allah Subhanahu Wataala semata mata. Umpamanya dizaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan Islam. Mereka bukan sahaja berkorban harta tetapi jua jiwa raga. Saiyidina Ali karamallahu Wajhah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasullullah SAW berhijrah ke Madinah. Saiyidina Abu Bakar As-Siddek dan Saiyidina Othman Radiallahu-Anhuma banyak mengorbankan harta untuk menegakkan Islam. Bilal bin Rabah dan Yasir mengorbankan nyawanya kerana Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Jelas kepada kitani Ibadat korban dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji disamping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati. Bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta. Ibadah korban boleh jua menyemaikan benih kasih sayang dan timbang rasa sesama manusia dimana jua boleh merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat.

Selamat Hariraya AidilAdha untuk semua,...semoga kita diampunkan dan dikurniakan rahmat dan keberkatan serta belas kasihan daripada Allah jua....amin.

Aduh ngalehnya hujung minggu kan berehat tapi have to attend conference n symposium. Belum lagi kira meeting audit, attend lecture cne n talk time ofis hours. meeting sampai ahir, balik kan buat homework terrunggak lagi hehe. Awal december ani injection H1N1 kan sampai tuk semua. Bersyukur tah kitani dikurniakan kemudahan dan kesenangan tanpa bayaran. Tiada dapat kitani membalasnya, cukuplah berbaik baik sangka kepada ilahi dan berbuat baik sesama manusia. Mencuba sedaya upaya memaafkan, nescaya tuhan akan mengampuni dosa dan kitani akan lebih dikasihi dan disayangi, amin. Bebalik pada injection, before that we have benzylpenicillin monthly we have to give to patient in need. Pas tu inj prevanar, pnemo 23, alum lama ani flu vaccine. Dirumah buat database kan dikumpulkan list2 premature babies, asthma patients, down syndrome, diabetic, heart cases n baru baru ani kan dimasukkan lagi thalasaemia patients. Belum lagi masuk referal case n not forgeting jaundice babies...uwaaa

12:48:00 AM

'Malam ini ku sendiri, tak ada yang menemani seperti malam malam yang sudah sudah....Hati ini selalu sepi tak ada yang menghiasi seperti cinta ini yang slalu pupus. Tuhan kirimkanlah aku,.... kekasih yang baik hati yang mencintai aku....apa adanya...'Hehehe bukan apa, rindu dengan anak anak mami padahal baru tadi daddynya ambil. especially my angel Danish, mami kan cium takul danish tapi nda danish. Barangkali adib n danish sudah tidur disana,....baik baik sayang. Mami lepas solat baca surah as-sajadah, mohon diberikan kemaafan dan ketenangan dihati mami. Really mami sad, mami rindu anak anak mami sayang. Esok balik tah ah.....mami nda kawan. Mamitmu slalu jalan, nini kejemputan. Time time cmani mami malas kejemputan, nda anak anak mami tersayang dimata mami. Ani mami kan tidur tapi nda dapat. Mami cium baju danish bagas danish pakai tadi. Hmm bebau hehe tapi nyaman dihidung mami, terasa danish disiring mami. Mami rawan hati. Tadi masa danish kan keluar kata danish "mami, mami laju bah ikut danish jalan daddy bawa danish".....hancur luluh hati mami mendangar. Danish belum faham sayang. Mami sentiasa selalu bersama danish, tapi bukan pada saatnya seperti yang satu ini. I really really love u n abang adib. Insyaalah, esok tani jumpa k. Ingat mami dalam tidur adib dan danish......Ya tuhan, lindungilah.....peliharakanlah dan selamatkanlah anak anak ku....amin.

Terimakasih pada babu, bapa dan adik adik dan anak anak buah tercinta!...kerana berkesudian datang kerumah kaka Yati hehe kerumah Wawa di kulapis malam jumaat lalu untuk sama sama membaca doa selamat dan diteruskan Bbq. Nda lupa jua terimakasih datang kerumah masa open house di aidilfitri yang lepas. Rupanya dat day sambutan hari guru...Oh...happy teachers day to asai, ngangah ina, ngangah non, ngangah imah, ngangah elmi, babu pinah, babu nana n babu hjh amal...semoga berbahagia!....rupanya tani ani 'family cigu2' hahaha. Thanks ngangah Ina for the lamb chop n thanks ngangah Imah bawakan pemanggangnya. Siuk rasanya berkumpul beramai ramai sampai lupa ambil gambar hehehe. Thanks jua tua pun ada,...uwa marul n babu nana , babu iju pun ada sms nda dapat datang. Its ok, next time lagi, insyaallah. Wawa miss alya, si lawa ah nda ia ada kali ani. All my anak buah sibuk baibun kadang ikut main game dalam bilik abang Adib n liat dvd dibilik Danish. Wazif, best cuzen of danish tidur dirumah palagi siuk tah adibdanish tu..hehehe dapat main game sampai subuh. Maklum abis udah psr n exam ugama. Mudahan adib n wazif pass amin!...Yeah ngangah zul from kb jua ada sama irfan, si handsome wawa....Biar kegembiraan, harapan dan cita cita kitani share bersama. Yo Asai, my bro...to u mudahan tercapai cita citamu ambil phd. Wawa tumpang gembira n mudahan wawa pun ikut jejak asai nanti, amin. Insyaalah, habis urusan mahkamah wawa kan menyambung cita cita meneruskan pelajaran. Tiada istilah sudah terlambat dalam kamus wawa....begitu jua pada semua adik adik yang lain. Semoga tercapai segala impian kalian, amin. Semangat dan perjuangan perlu diteruskan sehingga dapat menggapai bintang. Namun keimanan tatap bersarang dijiwa supaya dipermudahkan segala urusan kitani. 'Berusahalah seolah olah kamu hidup untuk selamanya dan bertakwa dan bertaubatlah seolah olah kamu mati keesokan harinya'. Hidup memerlukan pengorbanan dan perjuangan my dear!. Terimakasih semuanya kerana sudah banyak membantu dan menyokong wawa sehingga dimana berdirinya wawa disaat ini....Syukur alhamdulillah. Semoga kita dipanjangkan umur, sehat walafiat dan senantiasa didalam perlindungan allah. Diluaskan pengetahuan kita, dimurahkan rezeki dan mendapat keampunan ilahi, amin....

9:13:00 AM

'Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. Apakah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?...Kita asyik membicarakan persoalan hidup dan juga pilihan. Serta kejujuran semakin berkurang, mungkinkah tiada bertemu jawapan....... Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati??...Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan seolah olah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus. Pertemuan sekali ini bagi diriku amat bererti, tetapi ku bimbang untuk menyatakan...bimbang kan berulang kesilapan......'. Apa??, nda apa apa...jangan lupa lirik. Tiada salahnya berkawan dengan sesiapa saja...hmmm walaupun dengan x?. Satu soalan lagi. Boleh, untuk kesejahteraan anak anak. Lagipun sudah dimaafkan, walau tidak dapat dilupakan. Yang baru...yang mana satu?? hehe. Kata orang nda semuanya sama, jika bernasib baik mendapatkan yang terbaik. Kata Dr fadzilah kamsah, 'maafkanlah semua orang' dan selalulah berkata 'innalilllahi wainnailaihi raziun'....... Insyaalah tuhan akan menggantikannya dengan yang lebih baik, amin. Paling mujarab, sebelum tidur, maafkanlah semua orang disekeliling kita, ikhlaskanlah. Bila hati kita ikhlas, tuhan lebih menyayangi kita. Bila tuhan menyayangi kita, kita akan merasa ketenangan walau beribu halangan dihadapan kita. Bila hati kita bersih, terpancarlah sebuah ketulusan dan keindahan. Life is short my dear!....Tak ada manusia yang terlahir sempurna...jangan kau sesali segala yang telah terjadi. Kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat...seakan hidup ini tak ada ertinya lagi?..... jangan menyerah, jangan menyerah.....'Syukuri apa yang ada. Hidup adalah anugerah...Tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik. Tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasanya,bagi hambanya yang sabar yang tak kenal putus asa......'. Jangan lupa lirik lagi hehehe. Be cheerful!!....