S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

9:47:00 AM

Sakit kepala ialah sakit pada bahagian didalam tengkorak. Sakit kepala adalah masalah yang biasa dialami oleh setiap orang.

Ianya disebabkan oleh:

  1. Ketegangan pada otot-otot dibahagian kulit kepala, muka dan leher, atau
  2. Perkembangan pada saluran darah dikepala atau
  3. Tekanan yang meningkat didalam otak yang disebabkan oleh jangkitan kuman, luka atau barah,
Sakit kepala bukan berpunca daripada otak. Sakit kepala mempunyai berbagai sifat seperti pudar, denyutan yang berpanjangan atau tajam. Sakit kepala bukan selalunya bererti seseorang itu menghidap penyakit yang merbahaya, malahan kebanyakan sakit kepala disebabkan oleh rasa lapar, demam selsema, perubahan cuaca dan sebagainya. Ianya timbul sekejap dan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. Ia boleh hilang selepas memakan ubat penahan sakit, jika perlu.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah sakit kepala memerlukan rawatan dengan segera terutama sekali jika ia disertai dengan rasa loya, muntah-muntah, masalah penglihatan, kelalaian, hilang ingatan, hilang imbangan badan, pengsan atau koma.

JENIS SAKIT KEPALA

Sakit kepala yang SEDERHANA:

Sakit kepala ketika lapar
Sakit kepala akibat ketagihan kafein
Sakit kepala selepas bersetubuh
Sakit kepala disaat ketegangan atau stress
"Migraine"
Sakit kepala yang berkelompok
Sakit kepala ketika berada dikawasan bising
Sakit kepala ketika mengalami perubahan tahap hormon

Sakit kepala yang TERUK:

Sakit kepala selepas nkecederaan kepada kepala
Jangkitan kuman pada bahagian otak seperti meningitis
Radang pada bahagian lapisan otak
Barah otak
Pendarahan otak
Kenaikan tekanan dalam otak (mungkin disebabkan oleh tekanan darah tinggi)
Kenaikan tekanan dalam mata
Jangkitan kuman tropika seperti malaria.

Bagaimana cara untuk mengurangkan sakit kepala?
  1. Baring didalam bilik yang tenang
  2. Urut kepala
  3. Makan ubat penahan sakit seperti paracetanol, aspirin
  4. Letakkan beg atau tuala yang berisi ketulan ais pada dahi (untuk "migraine")
  5. Mandi dengan air suam (untuk sakit kepala disaat ketegangan atau stres)
Bilakah awda perlu berjumpa doktor?
  1. Jika sakit kepala melebihi daripada satu hari selepas memakan ubat penahan sakit
  2. Jika sering mengalami sakit kepala
  3. Jika berlainan dengan sakit kepala yang biasa dialami.
Bilakah awda perlu pergi ke bahagian kecemasan di rumah sakit?
  1. Jika sakit kepala disertai dengan sawan
  2. Jika sakit kepala disertai dengan panas badan yang tinggi dan ketegangan pada bahagian leher
  3. Jika sakit kepala disertai dengan rasa kebas atau lumpuh pada anggota badan
  4. Jika sakit kepala disertai dengan masalah penglihatan
  5. Jika mengalami sakit kepala selepas kecederaan pada bahagian kepala.
Sila hubungi atau jumpa doktor di Pusat Kesihatan yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.
Kem. Kes 2007.

0 Responses to "Sakit Kepala"

Post a Comment