Macam siok rasanya malam ani semangat esok stat puasa. Mami sembahyang terawih bawa danish. Adib wit his dad. Mami kan sembahyang terawih di masjid katimahar tapi mami malam ani ke lambak liat persiapan puasa. Mami sampat buka cucul n spotlite dikulapis, biar cahaya terang. Dilambak, babu sibuk menyediakan makan malam before kami semua kemasjid. Wow ada umai, ada acar nyaman tah makan mami. Nah...camana mami kan lose weight ni, nini masak nyaman nyaman hehehe. Habis mamam n sembahyang maghrib, mami bersiap siap bawa bag bakul isi tikar sembahyang, kain telekong n stokin. Telekong andang mami pakai awal. Wah,..sambutan first day terawih memang lah...full parking sampai keluar jalan. Mami nda mau mau memajal jua kan paking ampir, jangan harap. I wish, setiap malam meriah macamani, kan siuk. Jangan karang sudah separuh puasa, dui kurang tia jemaah ah. palagi pada 7 malam terakhir, bukannya ingau malam lailatul Qadar tapi jadi malam lailatul kadai hahaha. Biasalah, sibuk mengusai rumah, bepikir apa patut ditambah. Kek n biskut siap kah udah, baju kurung takut nda siap manalagi kan di ubah suai. Pas tu bepikir, hariraya keberapa kan open house ani?. 2 kali ni kan open house, skali khas tuk peradian, patuan, cuzen. Skali lagi tuk frens hehehe. Kasian, dari dulu udah bisdia ani kan beraya dikulapis, bah insyaallah. Eh, kedangaran babu bangun kedapur menyediakan sahur. Apa babu masak ah?. Cerita pasal sungkai lagi. Dulu membali penyungkaian di gerai gerai ramadhan. Masani restoran sudah berakal, masing masing belumba lumba offer sungkai buffet murah, ada yang $6 per head, ada yang $5 per head. Kanak kanak murah lagi daripada atu. Hai, alamat bersih nda berasap dapur ni...Kadang boring jua makan direstoran. Ingin jua merasa masakan simple ie. lauk berabus, telor masin hehehe. K salam ramadhan tuk semua!!. Semoga kitani beroleh rahmat dan keberkatan darinya jua..Amin.
LoVe is sWeeT
SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN
Welcome!...
Intan Payung..
Anak bujang mami~
Si Manja mami..
My Favourite Songs
Gurindam Jiwa...
Adorable...
Beauty TiPs
Categories
- Bisnez (3)
- Entertainment (2)
- Favourite (4)
- General NURSING (1)
- Health (8)
- ICU Nursing (2)
- Information (7)
- PAED Nursing (5)
- Princess Diaries (16)
- Religious (2)
- Reminder (1)
- science (2)
Ramadhan bulan kerinduan. Sudah lama mami tunggu kan bertarawih malam berkumpul makan sama sama masa sungkai hehehe teringat mami zaman kanak kanak dulu, nini bangunkan subuh tuk makan sahur tapi mata mami masih mengantuk jadi sambung lagi tidur dimeja makan padahal makanan sudah tersedia dapan mata. Siang berlapar menyesal nda makan sahur tapi ditahankan jua malu sendiri punya pasal. Time kan sungkai atu yang siuk sibuk minta balikan makanan tais liur kan makan itu ini semua kan mau. Nya orang iatah liur puasa tu. masa sungkai banar banar makan sudah atu 'kebungkayangan' nah kan sembahyang maghrib pun barat baratan palagi sembahyang terawih. Habis nunggu bis nini sama bis babu terawih, kami ramai ramai bekumpul tuk betedarus. Kedangaran mulah nini melagau mami adiberadi mengarahkan suruh sediakan alquran dan riyal (alas quran). Bah urak tikar betadarus tah kitani,.....Yati! zam! na! ada udah bis kajah linah mu bis ka bini, ka dk raimah, dk ramnah tu?.. sibuk tah nini tu sambil menyediakan makanan minuman tuk bis kami yang kan betadarus ani. Koktel, cincau, cindul, air puspa menjadi satu kemestian mesti ada hehehe. Time makan bah sibuk tah kami tu adi beradi n sepupu sepupu 'gaplah' baibun nda jauh kadang becakal jua hehehe. Mulah nini, i really rally miss u.......'alfatihah' tuk niniku tercinta. Sebak rasa hati mami sayu rasanya menganang mulah nini. sermangatnya kuat, ketabahannya yang sekarang diwarisi oleh babu- seorang ibu dan nenek yang cukup tabah. I really admire them, mami belum tantu macamatu. Malam malam sebelum tidur mesti kami ramai ramai main bunga api. Dulu bunga api mami cap kucing bali arah siung, cina yang menjual kerumah rumah dikampung air pakai perahu merah hehehe. Bila hujan, mesti ia betapuk dibawah rumah kami belindung menunggu habis hujan. Ntah dimana kah siung masani, mungkin sudah tedapat kadai runcit kali. Atutah, alangkah indahnya zaman kanak kanak mami. Kalau boleh mami ulangi semula dan akan lebih berhati hati bila menginjak dewasa,......tapi semuanya ketentuan ilahi. Sudahlah duhai hati. Bebalik kepada bulan kerinduan," eh mami!,..mami!,...nda nampak anak bulan katanya dalam tv".....sibuk adib sama danish membaritau mami hehehe. Perangai mami dari dulu sampai sekarang, bila kedatangan bulan puasa mesti pasang angan angan mesti kurus kan sikit badan kan belawa nanti pakai baju kurung baru. Barutah mami sibuk mencari cream lotion mami yang betimbun bebali nda jua makai. Hehe kan beusai belawa sapu bio-oil ketangan kekaki atleast lambut jua tangan nda kasar besalam. Barutah mami sibuk kan menyambung makan vitamin c n other supplement. Eh masih ada ubat mami ginkgo biloba capsule...lah baik jua balum expired jan, 2011..bah talan sebiji sehari. Eh knapa tah mami nda rajin lagi makan ubat ani?. Dulu setiap kali habis mens, mesti mami tutuk indung kunyit ambil airnya n dicampur diminum dengan air suam. Ajaran petua mulah nini, katanya untuk wujud kan kembali kekuatan badan. Banyak lagi petua kesihatan tubuh badan yang diajarkan mulah nini sebab atu mulah nini dulu cakah, rajin hehe. Dulu sikit2 gatal badan allergic punya pasal pun mengadu arah nini. Sibuk tah nini mengeluarkan arang, sabut piasau, kulit bawang merah yang sudah kering.....bah yati, betangas bekamban tah diberanda tutup lampung...hehe.Tapi banar, dengan kuasa tuhan jua sekajap ilang tia gatal gatal dibadan ah hehe. Now harapkan ubat dari hospital saja palagi mudah bagi mami untuk mendapatkannya...tau apply saja kekulit before sleep. Tapi kesan nya sekajap saja n sure ada side effectnya...nda dapat mengalahkan petua perubatan orang dulu dulu. wallahuaklam...
|
0
comments
|
edit
kedatangan musibah, dukacita dan seumpamanya bukan bererti detik kehancuran dan kedaifan. As we know we learn from mistakes. Dari sana kitani mengetahui tahap kebijaksanaan dan kedaifan diri sendiri. Tanpanya kitani nda kan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Jadi bersabarlah dan berserahlah pada tuhan. Paling penting, berbaik sangkalah kepada tuhan kerana allah sajalah yang mengetahui segala galanya. Allah tidak akan membebankan sesuatu kepada manusia melainkan sesuai dengan kamampuannya. Pahit hendak ditelan, namun berbanggalah kitani adalah salah seorang pilihannya, kuatkan hati kembalikan semangat kehidupan yang sudah musnah. Disamping itu jangan putus putus berdoa dan berusaha. "janganlah berputus asa dari rahmat allah". Maybe there is something good reason behind it, who knows??. Ingatlah, jika tuhan segera memakbulkan doa hambanya bererti tuhan amat menyayangi kitani. Jika tuhan melambat lambatkan doa hambanya bererti tuhan menguji kitani. Jika doa belum dimakbulkan tuhan bukan bererti tuhan tidak mengasihi kitani, tetapi tuhan 'merancang sesuatu' untuk kitani. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Langit tidak selalunya cerah. Jangan berhenti, teruskanlah berjalan dilandasan yang betul. Insyaallah, kehidupan akan lebih bermakna selepas ini....amin.
|
0
comments
|
edit
Adib jalan sama dady, danish ikut nganah imah liat kedai kasut baru buka d madang complex. Owner is sis ngangah elminya, dina. Bannernya sudah ada tapi opening by next week. Anyway congrats to her. Eeeh siuk jua buka bisnes hehe. Mami minat n udah lama kan tedapat kadai, tapi kadai apa ah??,..restoran, cafe, kadai jahit, dobi, car wash hehehe. Today mami semangat baca buku buku motivasi esp yg bersangkutan dengan bisnes (buat duit). Salah satu buku yang mami tepakai 'Buat duit dengan rumah' by shamsuddin abdul kadir, penulis buku best-seller 'kaya dengan rumah'. actually mami pinjam from my bro, zul. Its how to buy house n sell to someone. But in my case, mami plan kan buat rumah banglo damit siring rumah mami dikulapis dapat jua tuk disewakan one day. Boleh pulang tambah rumah dibawah n sewakan tapi its not good for privacy n for long term. Waah..business minded jua mami ani ah. Insyaalah,....Umur bersara ditambah ke umur 60 tahun. syukur alhamdulillah..by that time adib n danish sudah keraja. Mami selalu terpikir apa duit udah pencen ah?..melangui kasau. Kan bisnes makanan, im not so good in cooking, kan menjahit nda pandai lagipun masa atu memang mata udah semakin kabur, karang singan memasukkan banang dalam lubang jarum tecucuk tangan sendiri...adui!! hehehe. Ntah lah, yang pastinya rezeki tuhan yang membari.
|
0
comments
|
edit
Hehehe sibuk banar orang mengunjar mask nyanya lakas abis, market tinggi. Mami belurih mask price nda sampai $20 for 1 box 50 pcs. rupanya dikadai naik harga. Talk about mask, macam macam nama n bentuknya. N95 macam nama mobile nokia tah pulang haha, pas tu mask nano. Yang mami tau baju slim saja namanya nano. So nano means barang yang diperbuat menggunakan nano technology. Ada warna putih, biru, hijau, orange. Ahhh, mask dari kain beludu yang dapat disasah balik balik pun bejual, lagi lawa tarang tarang warnanya dark blue, dark green, maroon, brown. baiktah pakai ikut warna baju. So dijemputan, jangan lupa pakai mask as part of our accessories. Yang calinya, ada yang pakai mask tebalik, yang putih pulang diluar. ada mask tangah tangahnya ada filter nampak lagi munjung mulut. For nurses, no choice mesti pakai N95. For patients pakai surgical mask, atupun yang having cough n cold saja. We at RIPAS pun nda dapat sukahati kan mengorder labih, they will ask you tu. Ni lagi cali, my fren just now call me, she's a teacher n she told me now trend sudah di skulah ada yang pakai mask kain beludu atu, sudah pun colourful dibaginya manik manik lagi for attraction hahaha, nak.. nak... nda lagi cigu kamu tecakap, speechless udah maliat ulah kamu tapi membari gali hati jua hahaha...bah habis swine flu karang tutup tia kadai mask, kadai apalagi buka??.
|
0
comments
|
edit
keyakinan dalam rawatan secara islam dengan mengamalkan ayat ayat allah untuk mengubati diri sendiri adalah lebih mujarab, insyaallah....salah satunya ialah mengamalkan dengan bacaan selawat syifa. Bila badan terasa ruam dan gatal gatal disebabkan oleh rengsangan kulit atau peluh yang berlebihan, ambil sirih dan ditumbukkan bersama kunyit. Di ambil airnya, bacakan selawat syifa dan sapukan pada tempat yang berkenaan. Atau ambil daun sirih yang bertemu urat dan isi lidah buaya, jadikan sirih atu sebagai penampal dan bacalah selawat syifa. Ada sejenis penyakit kulit nya orang tua2 'tepalit', daun balik angin dibakar sampai kering, kemudian dicampur dengan minyak zaitun dan disapukan seperti losyen. Untuk mengelakkan kembung perut dan masuk angin, setiap pagi biasakan meminum air halia yang dicampur dengan satu sudu teh madu. Sebelum minum, bacakan selawat syifa 7x dan ditiupkan kedalam air atu. Dan setiap pagi sebelum berus gigi, cacapkan jari manis kegaram, kemudian lekatkan jari kedalam langit2 mulut. Bacalah selawat, dikulum dan telan. Berhati hati, beringat ingat kata orang tua 'sudah jadi idapan baru mengunjar apa ubatnya'...... hehehe. Jika diberi minuman, bacalah surah al quraish 3x serta bacakan selawat syifa dan ditiupkan perlahan kedalm air tersebut. Apabila hati was was dengan minuman dan makanan pemberian yang sudah ditelan, minumkan dengan air yassin dan bacakan ayat "lau anzalna" dan surah Thoha ayat 1 hingga 7, insyaallah musnah. Wallahuaklam bisawaf.....
|
0
comments
|
edit
Banyakkan amalan sunat disamping mengerjakan kewajiban akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Ikhlas dalam pekerjaan dan menjalankan tuntutan seharian juga dikira sebagai pahala. Dibulan ini kitani berpuasa sunat, semakin hampir rasanya bulan ramadhan. Bulan mulia yang dinanti nantikan,........ tenang, sejuk dan damai rasa hati bila bersama sama solat terawih di surau. sayang rasanya kalau nda share setiap pengajaran yang membawa kearah kebaikan dan ketaqwaan. Amalkan membaca surah yassin (selepas solat maghrib). Teruskan membaca surah waqiah (selepas solat isyak) dan membaca surah as-sajadah dan al mulk sebelum tidur. Banyakkan membaca 'laillahailallahu wahdahula syarikalah, lahulmulku walahulhamdu yuhyi wayumith, wahuwa ala qullisyaiin kadir' hingga tertidur. Insya allah.....
|
0
comments
|
edit











