S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

kalau kitani bercakap mengenai herba tradisional, semestinya berkait rapat dengan perawatan alternatif. Semua badan perubatan adalah merupakan agensi bagi usaha untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh manusia, haiwan mahupun tumbuhan.

Badan perubatan moden yang lebih kitani kenali sebagai klinik klinik swasta memang nda asing lagi pada masa ani. Sekiranya apa pun penyakit yang dihidapi oleh kitani yang dapat diikhtiarkan hanyalah membawa sipesakit tersebut ke pusat berkenaan. Pada masa ani alhamdulillah orang orang kitani sudah concern mengenai perihal pentingnya kesihatan. Bagi mereka yang berkemampuan, mereka akan terus ke pusat perubatan /klinik swasta yang berbayar, kerana disana mereka akan mendapat perawatan yang lebih teliti serta pengawasan yang terjamin. Pada yang lebih berkemampuan, sanggup mengeluarkan wang ringgit mendapatkan rawatan keluar negeri dengan memilih pakej-pakej tertentu iaitu 'rawatan special dari hujung rambut kehujung kaki'. Ani oleh dari mendangar dari mulut kemulut yang sudah mendapat hasil kepuasan dari pusat perubatan yang berkenaan. "auw nda menyasal walaupun bebelanja eh, yang penting puas hati". Banar jua ah, nda perlulah mendapatkan appointment/perjanjian terlebih dahulu, mun datang saja-saja ada karang dimarahi nurse nyanya ia kali punya spital ani. Nda payah kan be atur menunggu giliran kan bejumpa doktor (yang mana selalu kana komplen "menunggu kan bejumpa doktor batah..auw sampat lagi ku minum dikoperasi tapi bejumpa doktor nda pun sampai 10 minit udah tia siap ganya jua panadol dibarinya") dan lapas atu nda payah kan menunggu ubat bejam-jam. kedangaran lagi suara di suatu sudut..."mana lagi menyuruh menyain surat kebenaran keluar keraja, mun ndada tah diorang pecaya yang diri ani kan ke spital bejumpa doktor,...eh pakal saja memikirkan penyakit mun nda mambari malas bah kan kemari ani, udah tah payah paking. Kan paking bebayar, baik tah simpan saja kan bata anak kitani sakulah". Ada lagi suara bersahut-sahutan "auw eh lapas ani alum tantu kan dapat balik semula ke pejabat ni, tu nah liat jam kan pukul 4.30 tia udah. pukul 5 kan mengambil lagi anak balik sakulah, bukan saurang ganya kan diambil ani". Atutah senario yang biasa udah talinga ani mendangar..hafal sudah, khatam pun sudah.

Persoalannya, Apakah kitani akan memperolehi kesihatan yang terjamin jika mendapat rawatan berterusan dipusat perawatan moden??, Belum tantu.

Setiap penyakit ada ubatnya...
Dimana? dan Bagaimana?
Dengan adanya pusat rawatan alternatif, dapatlah kitani memilih yang mana sesuai untuk kitani. Apa yang kitani tau, perubatan tradisional tidak kurang jua hebatnya. Kadang-kadang ramai diantara kitani yang telah dapat menyelesaikan penyakit yang dihidapi dengan hanya mengunjungi pusat-pusat alternatif setelah usaha dipusat perubatan moden menemui jalan buntu...

Living Naturally.....

0 Responses to "Perawatan Alternatif"

Post a Comment