S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

Berikutan dengan kejadian hujan lebat dan banjir pada masa ini, Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai terutama yang tinggal dikawasan yang boleh terjejas dan yang telah dilanda banjir supaya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menghindarkan sebarang kecederaan dan kemungkinan berlakunya penyakit-penyakit berjangkit seperti kolera, tifoid, cirit-birit dan sebagainya.

Antara langkah-langkah yang perlu diambil jika berlakunya banjir termasuklah:

  • Memastikan bekalan air adalah bersih dan tidak tercemar
  • Memastikan air minum dimasak terlebih dahulu atau meminum air botol
  • Memasak semua makanan dengan sempurna
  • Mengutamakan kebersihan diri khususnya membasuh tangan dengan air bersih dan sabun sebelum mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas
  • Menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah merata-rata
  • Mendapatkan rawatan jika mengalami penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, muntah dan lain-lain
  • Mengutamakan keselamatan khususnya kanak-kanak agar tidak terdedah kepada air banjir bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak didingini seperti lemas, kecederaan serta jangkitan penyakit
  • Mengelakkan daripada menyentuh dawai elektrik yang jatuh berdekatan air banjir
Pusat-pusat kesihatan dan juga hospital-hospital diseluruh negara akan sentiasa memantau mengenai berlakunya sebarang penyakit disebabkan oleh banjir.

BERITA,
FOKUS KESIHATAN- Bilangan 121, 2009.

0 Responses to "NASIHAT KESIHATAN SEMASA BANJIR"

Post a Comment