S.L.I.D.E.S.H.O.W

LoVe is sWeeT

SeTeLaH KePaHiTaN PaSTi AkaN aDa KeMaNiSaN

mY GueStBooK

Anak bujang mami~

Si Manja mami..

My Favourite Songs

Gurindam Jiwa...

Adorable...

Beauty TiPs

Diabetes ialah sejenis penyakit kronik yang terjadi apabila organ pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau apabila badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan. Ini menyebabkan paras glukos (gula) meningkat dalam darah. Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang membantu sel-sel dalam badan untuk mengambil glukos dari darah dan menggunakannya sebagai tenaga.

"Diabetes boleh terjadi di kalangan kanak-kanak di semua peringkat umur"
Bold
Tahukah awda?
-Diabetes semakin meningkat dikalangan kanak-kanak
-Diabetes adalah salah satu penyakit paling kronik di kalangan kanak-kanak
-Walaupun adanya rawatan moden, lebih daripada 50% kanak-kanak yang menghidapi diabetes mendapat komplikasi 12 tahun selepas diagnosis.
-Penjagaan yang terbaikbialah dengan melibatkan berbagai disiplin (multidiscliplinary) dari semua bidang profesional yang berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak
-Kanak-kanak yang menghidapi diabetes boleh menikmati kehidupan yang sihat dan produktif.

Apakah jenis-jenis diabetes?

Diabetes Jenis 1:
  1. Seringkali terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja
  2. Berlaku aoabila pankreas gagal menghasilkan insulin
  3. Memerlukan insulin untuk rawatan dan mencegah komplikasi diabetis
Diabetes Jenis 2:
  1. Lazimnya berlaku di kalangan dewasa; semakin menibgkat dikalangan kanak-kanak yang obes
  2. Sering dikaitkan dengan berat badan berlebihan
  3. Insulin yang dihasilkan oleh pankreas kurang berfubgsi
  4. Boleh dikawal dengan mengawal makanan dan berat badan
  5. Mungkin memerlukan ubat-ubatan dan juga suntikan insulin

Apakah tanda-tanda diabetes?


Kerap buang air kecil
Dahaga yang berlebihan
Sentiasa merasa lapar
Berat badan menurun
Merasa penat
Kurang tumpuan perhatian dan minat
Kabur penglihatan
Muntah dan sakit perut (sering dikelirukan sebagai flu)

Dikalangan kanak-kanak yang menghidapi diabetes jenis 2, tanda-tanda ini mungkin ringan atau tiada langsung.


Bagaimana diabetes dikenalpasti dan dipantau?


Ujian-ujian yabg lazim dibuat untuk mengenalpasti diabetes ialah:
-Ujian darah untuk mengetahui paras glukos
-'Glycated Haemoglobin' (HbA1C)
-C-peptide

Bagaimana untuk memantau diabetes awda?
Ramai pesakit diabetes memeriksa paras glukos mereka sendiri dan belajar bagaimana mengubah dos insulin untuk mengawal diabetes dengan lebih baik. Ini dilakukan dengan menggunakan sampel cucukan jari. Paras glukos dalam darah yang normal ialah di antara 3.5-8.0 mmol/l.

Apakah HbA1c?
HbA1c memberikan gambaran menyeluruh mengenai kawalan glukos dalam darah pada beberapa bulan sebelumnya. Ianya menyukat jumlah hemoglobin yang yang telah melekat pada sisa-sisa lebihan glukos dalam darah. Paras HbA1c yang normal dalam darah ialah hingga 6.0% bagi orang-orang yang tidak menhhidapi diabetes. awda mempunyai kawalan yang baik jika paras hbA1c awda kurang daripada 6.5%.

Adakah diabetes berlainan bagi kanak-kanak?
Diabetes mempunyai impak yang unik terhadap kanak-kanak dan keluarga mereka. Kehidupan harian mereka terganggu dengan keperluan untuk memeriksa paras glukos, pemgambilan ubat dan mengimbangkan kesan-kesan aktiviti dan makanan. Diabetes juga boleh mengganggu perkembangan normal kanak-kanak dan remaja, termasuk kejayaan dalam pelajaran dan peralihan ke alam dewasa.

Untuk memastikan kesihatan fizikal dan emosi yang terbaik untuk kanak-kanak dan keluarga mereka, penjagaan kesihatan seharusnya diterima daripada berbagai bidang disiplin (multidisciplinary) yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai isu-isu pediatrik.

Mengapakah kawalan diabetes yang baik itu penting?
Diabetes ialah penyakit kronik dan memerlukan pemantauan dan pemgawalan yang rapi untuk sepanjang hidup. Tanpa pengurusan rawatan yang baik, ianya boleh menyebabkan kenaikan paras glukos yang tinggi dan memudahkan komplikasi diabetes terjadi.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengawal diabetes?
  1. Bersenam
  2. Pemakanan yang sihat dan kurang lemak
  3. Kurangkan berat badan jika perlu
  4. Berjumpa doktor
Pemeriksaan pesakit diabetes:

Kawalan permakanan- Setiap kali makan
HbA1c- 2-4 bulan jika tinggi dan cuba dikurangkan
Buah pinggang- protein dalam air kencing setiap tahun
Mata/saraf-Setahun sekali
Tekanan darah- sebulan sekali jika tinggi
Periksa glukos- 6 kali sehari (bagi pengguna insulin) dan 1 kali seminggu diet (bagi pesakit yang mempunyai kawalan baik)
Bersenam- berjalan 5-10000 langkah sehari
Memeriksa kaki- srtiap hari
Timbangan badan- sekali seminggu jika hendak mengurangkannya

"kunci pencegahan komplikasi ialah melalui pengesanan awal- jika dikesan awal, ianya lebih mudah dirawati"

Bolehkah diabetes dicegah?
Lebih daripada 50% diabetes jenis 2 boleh dicegah. perubahan dari segi cara hidup telah menunjukkan ianya berkesan dalam mencegah atau melambatkan terjadinya diabetes jenis 2. Ini termasuklah:

  1. Meningkatkan kegiatan fizikal- awda hanya perlu melakukan kegiatan yang sederhana 30 minit sehari, 5 kali seminggu.
  2. Mengamalkan pemakanan sehat- makan 3-5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dan kurangkan pengambilan gula dan lemak tepu.
  3. Mengurangkan berat badan- dianggarkan lebih daripada setengah kes-kes diabetes jenis 2 boleh dielakkan jika berat badan berlebihan dapat dicegah.
  4. Berhenti merokok- Penghidap-penghidap diabetes mempunyai lebih risiko meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung koronari, strok dan penyakit vaskular periferi. merokok meningkatkan lagi risiko ini.
KEM. KESIHATAN,
N.B.D.

0 Responses to "Diabetes di kalangan Kanak-kanak dan Remaja"

Post a Comment